Wednesday, December 10, 2008

Hikmah ibadah haji

ZULHIJAH bermaksud bulan haji. Pada bulan ini umat Islam menunaikan ibadah haji, rukun Islam yang kelima. Berbahagialah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada bulan ini.

Banyak kelebihan disediakan untuk mereka yang membelanjakan harta, meninggalkan keluarga dan keselesaan di tanah air semata-mata menyahut seruan Allah menuju ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji.

Justeru, haji dikatakan sebagai puncak pengabdian dan lambang ketauhidan yang paling unggul.

Kelebihan paling utama ibadah haji adalah terhapusnya segala dosa. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan haji di rumah ini (Baitullah), ketika mengerjakan haji itu dia tidak mencarut dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang, dia terkeluar daripada dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”

Di samping itu, ada kelebihan lain ketika berada di Tanah Suci seperti solat di Masjidil Haram yang ganjarannya 100,000 kali ganda dan solat di Masjid Nabawi pula 10,000 kali.

Bagi umat Islam yang tidak terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini, tetap berpeluang untuk menikmati kelebihan Zulhijah.

Allah berfirman maksudnya: “Demi waktu fajar. Demi 10 malam. Demi hari yang genap dan hari yang ganjil...” (Surah al-Fajr, ayat 1-3)

Menurut Ibn ‘Abbas, Ibn az-Zubayr, Mujahid dan ramai dari kalangan mufassirin salaf dan khalaf, 10 malam yang disebut di dalam ayat itu ialah 10 malam pertama Zulhijah.

Pendapat itu diperkuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Amal salih yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan pada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikit pun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah).”

Hari yang ganjil adalah hari Arafah iaitu hari ke-9. Hari yang genap adalah Hari Nahar (Aidiladha) yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijah.

Demikian pendapat Ibn ‘Abbas, ‘Ikrimah dan adh-Dhahhak.

Ayat al-Quran dan hadis di atas menjelaskan betapa mulianya bulan ini di sisi Allah, khususnya 10 hari pertamanya sehingga dikatakan amalan hamba yang paling Allah suka adalah amalan yang dilakukan pada hari itu.

Apakah amalan yang sebaiknya dilakukan? Terlalu banyak kebaikan yang boleh difikir dan di senaraikan.

Antaranya ialah berpuasa sunat, lebih-lebih lagi pada hari Arafah (hari ke 9). Dalam hal ini Nabi bersabda maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, ibadat korban yang disunatkan pada hari ke-10, 11, 12 dan 13.

Korban adalah sunnah muakkadah. Ada ulama yang menyebut sebagai sunnah wajibah bagi mereka yang mampu. Cukup satu korban bagi satu keluarga.

Antara dalil berkaitan dengan korban adalah firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Apa-apa yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imranm, ayat 92)

Dalil hadis: “Barang siapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan korban), lalu tidak melakukannya (tidak berkorban), maka janganlah mendekati tempat solatku.” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ummu Salamah, Rasulullah bersabda: "Apabila kalian telah melihat hilal bulan Zulhijah dan ada di antara kalian yang akan berkorban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kukunya." (Hadis riwayat Muslim)

“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar adalah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka, laksanakanlah korban dengan sepenuh hatimu.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Sahabat bertanya Nabi: “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita peroleh daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Amalan adalah solat sunat, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat.

Yang penting tanamkan azam di dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana juga dan pada bila-bila masa. Apabila tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.

Bukit Antarabangsa..apa nak jadi...???

Negara kita masih lagi hangat tentang isu tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, setakat ini jumlah kematian adalah 4 orang, dan seorang lagi mangsa belum lagi ditemui… Aku masih tidak faham apa keuntungan yang Buletin Utama TV3 dapat, bila siarkan berita ni setiap malam(hampir separuh waktu siaran). Walaupun kejadian ni dah masuk hari ke 4… Anyway, bukan kisah TV3 yang aku nak ceritakan. Tapi kisah ragam penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, yang dianggarkan seramai 2000 orang yang diminta untuk meninggalkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.

Mereka ni seolah-seolah seperti anjing yang dilepaskan tuannya, tapi menggigit pula… Maaf ya, mungkin bukan semua. Tapi sebahagian daripada anda cukup melampau! Aku faham dengan masalah korang semua, tapi berpada-padalah… Dalam masa tempoh kritikal macam ni, sepatutnya berilah kerjasama kepada pihak berkuasa. Lagi pun untuk keselamatan anda juga. Jika sudah diminta untuk keluar tu, ikut saje la… Tinggal la di rumah saudara-mara, rakan-rakan, atau jiran-jiran terdekat.

Janganlah pula pergi menginap kat hotel, lepas tu desak kerajaan bayar kos penginapan hotel korang pulak? WTF?! Tak masuk akal…

Selain tu, ada juga dikalangan penduduk yang nak saman PBT dan juga pemaju… Hello, jangan nak menangguk di air keruh… Bila dah jadi macam ni, masing-masing nak ambil kesempatan? Tak perlulah nak salahkan orang lain, kalau dah tau nak jadi macam tu buat pe la korang beli/sewa rumah kat situ? Konon jaga status la? Rumah atas bukit mahal? nak menunjuk banyak duit? Sepatutnya dari dulu lagi korang tak beli/sewa rumah kat atas bukit tu, tidakkah tragedi Highland Tower memberi sebarang pengajaran kepada anda?

Inilah sikap talam dua muka segelintir rakyat Malaysia yang cukup aku meluat dan menyampah! Bila senang kawan, tapi bila susah masing-masing hanya tau jaga punggung sendiri… Apa nak jadi…

Kemenangan bersejarah

RAKYAT Amerika Syarikat dahagakan perubahan dan mereka telah bersuara dengan lantang dan jelas mahukan perubahan ini melalui peti undi dengan memilih calun Presiden dari Parti Demokrat, Barrack Obama menjadi Presiden AS ke 44.

Kemenangan Barack Obama dan kejayaannya mengalahkan calon presiden dari Parti Republikan, John McCain untuk memegang tampuk kuasa di Rumah Putih merupakan satu sejarah kepada AS yang buat pertama kali mempunyai presiden dari warga berkulit hitam.

Barack Obama akan mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke 44 pada 20 Januari 2009 dan selaku presiden beliau akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang hebat antaranya krisis ekonomi yang sedang melanda AS, perang Iraq dan sistem perkhidmatan kesihatan yang perlu di perbaiki selain dari mengembalikan reputasi AS di arena antarabangsa yang menurun di bawah pentadbiran Bush.

Kemenangan Obama juga merupakan satu kemenangan besar kepada Parti Demokrat, Dan undi besar yang di berikan rakyat Amerika kepada Obama dan Parti Demokrat mengambarkan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Presiden George W. Bush sepanjang 8 tahun yang lalu.

Mengimbau kembali perjalanan kempennya sepanjang 2 tahun lalu Obama berkata, “Ia satu perjalanan yang jauh. Tapi malam ini, tiba hari nya dalam pilihan raya saat yang bermakna, perubahan sudah tiba bagi Amerika," katanya di hadapan lebih 125,000 penyokongnya.

Beliau turut berterima kasih kepada pasukan kempennya, iaitu isteri, anak dan mendiang neneknya yang meninggal sehari sebelum pembuangan undi, semalam.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah bayangkan untuk ke Rumah Putih. Kami tidak bermula dengan banyak wang atau cadangan.

"Kempen kami tidak bermula di Washington, ia bermula di lorong belakang di Des Moines, bilik tetamu atau ruang depan Charleston.”

Sementara itu jika McCain menang beliau akan merupakan presiden tertua pernah berkuasa di Rumah Putih dalam penggal pertama menakala calun naib presiden Sarah Palin pula merupakan naib presiden wanita pertama dalam sejarah AS.

Kemenangan Obama terjamin semalam apabila Ohio, Florida, Virginia, Iowa, New Mexico, Nevada dan Colorado yang telah menyokong Bush dalam pilihanraya 2004 memberikan undi kepada Obama.

Kekalahan McCain menjadi lebih teruk apabila beliau gagal merebut undi di Pennsylvania yang merupakan kubu kuat Parti Demokrat.

Keputusan mutakhir menunjukkan Obama dengan selesa memenangi undi dari lebih 380 undi perwakilan (Electoral College) walaupun beliau hanya perlu 270 undi. Dalam undi popular pula atau undi majoriti dari rakyat Amerika beliau mendahului McCain dengan 51 peratus atau lebih 5 juta undi berbanding McCain yang hanya mendapat 48 peratus undi.

John McCain akur dengan keputusan pilihanraya tersebut dan berkata rakyat Amerika telah bersuara dan sambil mengucapkan tahniah kepada Obama beliau berjanji akan membantu Obama menghadapi cabaran-cabaran yang bakal di hadapinya sebagai presiden nanti.

"Kita sudah samapi ke penghujung perjalanan yang jauh. Warga Amerika telah bersuara dan mereka telah bersuara dengan jelasnya".

Senator Obama telah mencapai kemuncak yang di harapkannya untuk negara ini. Seluruh masyarakat dunia menyanjung tinggi Obama atas kejayaannya. Ini merupakan satu pengajaran yang sangat penting kepada semua ahli politik Malaysia. Segala yang baik kita jadikan tauladan dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan.

Hari Raya Qurban

Diriwayatkan bahawa apabila Syaikh Abdullah Mubarak (seorang waliyUllah besar) pulang dari mengerjakan haji, beliau ditanya tentang apa yang dilihatnya sewaktu menjalani ibadah tersebut. Beliau menjawab : "Aku melihat binatang berkeliaran". Begitu juga saat Imam Ja'faar as-Shadiq berada dalam Masjidil Haram, beliau melihat banyak haiwan di situ. Pernah juga berlaku ketika Kiyai Agung selesai menjalani suluknya, beliau singgah di sebuah masjid untuk bersholat, tiba-tiba dilihatnya masjid tersebut dipenuhi oleh manusia berkepala binatang, macam-macam binatang ada. Istighfar panjang Kiyai Agung, jika beginilah manusia yang sholat, apatah lagi yang tidak bersholat. Inilah pandangan kasyaf para wali, yang apabila tabir diangkat oleh Allah mereka melihat apa yang dikehendaki oleh Allah untuk mereka melihat.

Hujjatul Islam al-Ghazali menyatakan bahawa manusia mempunyai sifat-sifat kebinatangan, sama ada binatang melata maupun binatang buas. Sifat kebinatangan yang menjadi kenderaan paling mudah untuk syaithan kerana ianya sentiasa suka mengikut hawa nafsu semata-mata. Oleh itu, kita disarankan agar sentiasa mujahadah demi membuang sifat-sifat ini dengan menjalankan syariat dengan ikhlas kepada Allah. Jadikanlah syariat Allah sebagai tali kekang untuk mengawal sifat-sifat kebinatangan ini.

Oleh itu, apabila kita melakukan ibadah korban, maka antara hikmahnya ialah melatih jiwa kita untuk bersikap prihatin dan berbelas kasihan kepada sesama umat. Sifat "Haji Bakhil bin Lebai Kedekut" sedikit sebanyak dilunturkan kerana korban memerlukan harta untuk dikorbankan. Apalah RM400 - RM500, bagi yang berkemampuan, tetapi kenapa tidak ramai yang melakukannya, mungkin alasannya tidak mampu sedangkan duit di bank ada banyak lagi.

Antara hikmahnya lagi ialah sewaktu berkorban, hendaklah kita mohon kepada Allah mudah-mudahan segala sifat kebinatangan yang ada pada diri kita dihilangkanNya. Agar dengan keberkatannya, jadilah kita insan yang sempurna (i.e. bukan makhluk berupa manusia berhati serigala, bukan makhluk badan manusia kepala baghal dan sebagainya). Inilah, kata sebahagian sufi, isyarat dari sabdaan Junjungan s.a.w. "Fa thiibuu biha nafsan", (maka engkau perbaikkanlah dengannya (yakni dengan korban) akan diri). Insya-Allah, segala ibadah yang maqbulah di sisi Allah akan mempunyai efek positif bagi diri pelakunya. Begitu juga dengan korban yang dilakukan dengan ikhlas hanya untuk Allah.

Mari sama-sama kita cari sapi dan kambing untuk dibuat korban tahun ini. Lagi mahal harganya ertinya lagi banyak harta kita dilaburkan untuk saham akhirat. Ingat ibadah korban adalah sunnah muakkad bagi yang berkemampuan. Punya kuat tuntutannya, diberitakan bahawa Junjungan s.a.w. murka pada orang kaya yang tidak melakukannya, sehingga dinyatakan Junjungan s.a.w. menegah mereka untuk menghampiri tempat baginda bersholat.

Friday, November 28, 2008

Keganasan pelampau Islam

Sudah beberapa tahun ini kita sering saja disajikan dgn berita siri keganasan yg dilakukan oleh mereka yang mengelar diri sebagai mujahid atau pejuang islam. Segala pembunuhan kejam yg dilakukan semua nya atas nama perjuangan mempertahankan Islam dan jihad ke jalan Allah.

Mengapakah perkara seumpama ini berlaku dgn begitu kerap dan mendadak sekali. Hampir di seluruh pelusuk dunia pasti ada kumpulan pelampau Islam ini melakukan tindakan kejam Apa yg mereka lakukan jauh dari perkara yg diajar oleh Islam. Perbuatan mereka adalah kejam dan berdosa. Tidak ada hukum dan ajaran dalam Islam yg menyuruh umatnya membunuh org dengan kejam apatah lagi mereka yang tidak berdosa dan tidak berupaya seperti orang tua dan kanak-kanak.

Pemimpin-pemimpin dunia khasnya negara Islam patut mengadakan perbincang bagi mengenalpasti punca perbuatan ini dan mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Semoga imej Islam akan dapat diperbaiki.

Thursday, November 27, 2008

Bersahabat dengan musuh

Cara penyelesaian masalah yg terbaik ialah melalui proses perbincangan dan perkongsian pintar. Tidak ada manusia di dunia ini dapat memikirkan cara utk mengatasi semua masalah dgn sendiri. Melalui perbincangan dan percambahan fikiran maka banyaklah alternatif utk menyelasaikan masalah-masalah tertentu.

Baru-baru ini, Barrack Obama telah berbincang dgn MacCain ttg cara-cara utk mengatasi masalah ekonomi serta cara terbaik utk meminpin negara mereka. Pertemuan dan perbincangan ini dilihat oleh penganalisis politik sebagai satu langkah yg bijak dan strategik. Melaluinya, byk alternatif dpt dihasilkan dan sgt menguntungkan mereka khasnya rakyat amerika. inilah yg kita namakan sebagai kebijakasanaan kematangan berpolitik seorang pemimpin.

Saya sgt berharap, pemimpin-pemimpin negara kita mengambil contoh kebijaksanaan dan kematangan berpolitik yg btelah ditunjukkan oleh raka-rakan politik mereka di luar negara. Kita jgn takut utk mendekati musuh kita kerana mereka juga sgt sayang kpd rakyat dan negara kita.

Pepatah Melayu

Orang melayu kaya dengan bahsa nya yg sangat indah dan penuh bermakna. Penggunaan pepatah melayu dalam ungkapan harian mereka mempunyai tujuan. Antara pepatah melayu yg praktikal dan berkaitan dgn masalah politik dan semasa kita adalah seperti "gunting dalam lipatan", "musuh dlm selimut", "Semut diseberang laut nampak, gajah di depan mata tidak Kelihatan" dan banyak lagi.

Pepatah-pepatah ini dicipta oleh masyarakat terdahulu agar ianya dpt menjadi pengajaran kepada kita dalam membaiki kehidupan harian. Semua pepatah yg ada mempunyai objektif tertentu dan relevan jika kita bandingkan dgn senario yg ada. Sebagai contoh, pepatah "semut di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak kelihatan" menjelaskan kpd kita bahawa sesuatu penyelesaian utk masalah-masalah tertentu dpt kita selesaikan sendiri tanpa meminta bantuan org asing kerana kita mempunyai ramai pakar yg berkebolehan utk menyelesaikannya. Krisi kewangan yg pernah kita alami pada tahun 98/99 adalah bukti yg nyata. Pada masa itu banyak negara meminta bantuan IMF tetapi kita menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan segala resources yg ada dgn tunjukajar pakar-pakar tempatan dan ini jelas membuahkan kejayaan yg sgt mengkagumkan.

Kesimpulannya, nenek moyang kita mempunyai visi yg jauh apabila mereka mencipta pepatah, peribahasa atau simpilan bahasa. Pengajaran yg terdapat didalamnya sgt berguna dan patut dikaji dan dicontohi oleh kita semua. Apa yg baik dijadikan amalan dan segala yg tidak baik itu kita jadikan sempadan.

Kematangan Berpolitik

Proses pemilihan presiden Amerika dari peringkat parti hingga ke peringkat pilihanraya presiden menampakkan satu kematangan berpolitik yang sangat tinggi. Semua calon yg menawarkan diri utk menjadi calon presiden amerika akan bertanding di peringkat parti. taktik berkempen yg digunakan sgt menarik, inovatif dan kreatif. Penggunaan media disamping cara berkempen tradisional digunakan secara meluas tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana pihak. Perdebatan umum juga turut diadakan agar rakyat dapat melihat dan mengukur kebolehan dan standard calon yg bakal menerajui negara mereka.

Jika kita bandingkan dgn proses pemilihan tersebut dgn senario di negara kita, perbazaannya amat ketara sekali. Pemimpin-pemimpin parti pemerintah khasnya sgt takut akan kedudukan mereka tergugat jika pencabar nereka khasnya dari parti pembangkang diberi peluang yg sama utk berkempen terutama sekali melalui television. Namun demikian, pemimpin-pemimpin pembangkang kini telah menggunakan saluran media yg amat berkuasa iaitu melalui kemudahan internet. Jika kita kaji, banyak blog telah diwujudkan oleh mereka dan penyokong-penyokong mereka untk meluahkan perasaan dan pemikiran mereka kepada rakyat. Calon-calon pembangkang menggunakan blog-blog ini utk menyampaikan segala hasrat dan manifesto mereka kepada rakyat. Cara ini telah didapati berjaya mempengaruhi rakyat sehingga mereka berjaya memenangi banyak kerusi parlimen dan berjaya menguasai beberapa buah negeri.

Zaman telah berubah dan kematangan berpolitik rakyat juga semakin meningkat. Kita mestilah lebih telus dalam apa jua yg hendak kita lakukan. Jadikan kelemahan yg ada sebagai pengajaran dan penanda aras agar ianya dapat diperbaiki dgn segera dan secara bijaksana.

Sunday, November 16, 2008

Obama legacy strike: a lesson for you..

I guess everybody knows it by now on the epic success by Obama and his team. Here are some winning formula which we could learn.

Here are some of the ingredients of Obama's success:
• He belongs to the generation that knows how to use technology to reach, then captivate, people at the grass roots level, yielding both campaign financing and votes.
• His message around change rang true; his rhetoric and body language conveyed sincerity.
• He kept his cool during false charges and vitriolic attacks by John McCain and Sarah Palin.
• His message attracted the attention of thousands of new voters--people who had never voted before and the country's youngest voters.
• His Afro-American background, instead of being a handicap, signaled change to everyone who saw him. A win by Obama would make history just by virtue of his racial mixture. Symbolically, the barriers that one important change would knock down could lead to other kinds of change.
• He made a winning case for good judgment, showing that it need not come from decades of experience and can be more valuable than multiple terms in the political arena.

Well..I hope all Malaysian politicians have their brains working like the one mentioned above..

Thursday, November 13, 2008

Kemelut Wanita UMNO

Apa dah jadi dgn UMNO? Tenggelam satu masalah timbul pula masalah baru. Seolah-olah pemimpin UMNO tidak serik untuk bermain api. Inilah yang akan berlaku apabila kita sudah lama memegang kuasa dan apabila masa sudah tiba untuk melepaskannya, perasaan dan nafsu kita akan merasa takut untuk berpisah dengan kuasa.

Kenapa perlu memegang kuasa apabila kita sepatutnya menyerahkan kuasa tersebut kepada kepimpinan baru? Tepuk dada tanya selera. Mengapa perlu kita memperjudikan kepercayaan rakyat terhadap parti kita? Tepuk dada tanya selera. Mengapa kita membuka ruang untuk perpecahan part? tepuk dada tanya selera. Mengapa kita menjemput orang ramai untuk menonton kelemahan kita? Tepuk dada tanya selera.

kepada Rafidah..enough is enough. kalau u teruskan jua niat peralihan kuasa mengikut jadual yg u telah tetapkan, bersedialah utk menerima natijahnya. Jika kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin terhakis, bersedialah utk dikritik krn menjadi punca kekalahan UMNO kelak.

Kepada semua perwakilan Wanita UMNO, anda semuanya bijak-bijak belaka. Suarakan pendapat anda serta kehendak akar umbi agar pihak kepimpinan tertinggi akur dgn kehendak anda.

Monday, October 27, 2008

Debat Terbuka

Seringkali kita bertanya, adakah pemimpin pilihan kita benar-benar memahami skop tugas mereka? Adakah mereka mempunyai reaksi spontan yang bijak untuk mengatasi sebarang masalah yang datang dalam masa terdekat? Adakah mereka mempunyai karisma dalam kepimpinan? Adakah mereka mempunyai kebolehan dalam menangkis hujah2 pihak lawan secara spontan? Apakah perancangan mereka untuk mentadbir negara kita? Saya rasa ramai rakyat ingin tahu sejauh mana kredebiliti bakal-bakal pemimpin kita yang mungkin menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan negara.

Kalau kita lihat di beberapa buah negara barat khasnya Amerika Syarikat, calon-calon Presiden negara tersebut perlu bersaing diperingkat parti terlebih dahulu dan debat terbuka diadakan sebagai platform untuk menerangkan kepada rakyat akan strategi pemerintahan mereka serta bagaimana mereka hendak membangunkan negara.

Sejak akhir-akhir ini, debat terbuka juga dilakukan secara langsung di kaca televisyen di negara kita. Ianya dimulakan dgn debat antara Datuk Shaberry dan DSAI, LimGuan Eng dan Koh Soo Kun dan yang terbaru ialah antara Saifudin Nasution dgn Khir Toyo. Apakah kualiti debat yang boleh kita lihat? Adakah debat ini dapat membantu kerajaan meraih sokongan daripada rakyat? Tepuk dada tanya selera. Jauh disudut hati, saya merasa kesal dan sedih melihat calon-calon yang mewakili kerajaan kerana seolah-olah mereka tidak mempunyai persediaan serta pengetahuan yang mendalam dalam banyak isu yang dibangkitkan semasa debat tersebut. Hentaman demi hentaman di tujukan oleh pihak lawan kpd mereka. Bagi menutup kelemahan wakil-wakil kerajaan, pakar-pakar tertentu akan dibawa masuk dalam beberapa rancangan susulan di tv bagi menghentam pihak lawan serta memulihkan luka pihak kerajaan. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Kerajaan sepatutnya memikirkan secara masak-masak sebelum berdebat dgn pihak pembangkang kerana impaknya terhadap populariti serta sokongan rakyat sangat tinggi. Jika silap langkah, rakyat akan terus meminggirkan parti pemerintah dan bertukar arah pula. Jika masih lagi nak berdebat, pilihlah calon yang benar-benar berkemampuan, jika tidak ada, diam saja dan buatlah propaganda bagi menutup segala kelemahan.

Friday, October 24, 2008

Rasuah dalam UMNO..

Saya tertarik dgn tulisan Tun mahathir dlm blog beliau ttg rasuah dlm Parti UMNO. Masalah ini bukanlah sesuatu yg baru tp telah lama berlaku. Semasa era Dinasti Tun pun masalah ini pun ada berlaku hanya masalah ini tidak di "highlight" sebegini rupa oleh org dalam UMNO. Apabila mantan Presiden UMNO yg juga mantan Perdana Menteri Malaysia bercerita ttg masalah sebegini, ianya bukan saja menampakkan cela dan buruknya permainan politik UMNO tp ianya menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yg memegang portfolio dlm kabinet negara kita juga tidak boleh dipercayai. Samada benar atau tidak akan perkara ini, kita terpaksa telan juga sebab persepsi masyarakat umum ttg pemimpin dikalangan ahli UMNO sudah tercemar lebih-lebih lagi oleh kaum lain di negara kita. Saya ingin membawa anda untuk menilai sendiri akan masalah ini melalui paparan tulisan Tun mahathir sendiri yang saya ambil dari blog beliau.


1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Tuesday, October 21, 2008

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Kepada semua pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, sama-samalah kita menghayati lirik lagu dendanagan allahyarham P. Ramlee dan allahyarhamah Saloma. Semoga dunia kita akan lebih aman dan sejahtera

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT


Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Monday, October 20, 2008

Bila dah pencen, berlagaklah macam dah pencen..

Kadang-kadang apabila kita memegang sesuatu jawatan itu agak lama, maka kita akan merasa sukar untuk melepaskan jawatan tersebut lebih-lebih lagi jika ianya memberi kita kuasa yang boleh menentukan kesenangan hidup kita.

Walauapapun alasannya, kita perlu akur dengan apa yang berlaku. Kita tidak boleh mencampuri hal-ehwal parti, kementerian, jabatan atau syarikat yang bukan di kuasai oleh kita lagi.

Saturday, October 18, 2008

Karenah Birokrasi

Pak Lah suatu ketika dahulu pernah meminta semua Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan semua Agensi Kerajaan mengurangkan atau menghapuskan karenah birokrasi yang menghalang kelicinan sesuatu projek, permohonan atau aktiviti.

Beberapa hari yang lepas sewaktu saya melihat latihan untuk persembahan wajadiri sempena sambutan harijadi TYT Sarawak, saya terdengar beberapa orang pegawai berbincang tentang isu surat pelepasan dan surat kebenaran peserta wajadiri untuk diberi kepada majikan masing-masing. Apa yang menjadi perhatian saya ialah masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Kebanyakkan peserta wajadiri adalah murid-murid sekolah rendah dan menengah. Beberapa orang jurulatih merungut kerana pihak sekolah tidak memberi kebenaran kepada anak murid mereka menyertai persembahan tersebut kerana pihak sekolah tidak menerima sebarang surat kebenaran dan arahan daripada PENGARAH PELAJARAN NEGERI SARAWAK untuk menyertai persembahan tersebut.

Saya sangat hairan, bagaimana perkara seperti ini berlaku. Satu majlis negeri yang besar dan penting sepatutnya mendapat sokongan daripada semua pihak. Pihak pengelola sepatutnya tahu dan mematuhi segala prosedur untuk menjemput agensi atau mana-mana jabatan kerajaan khasnya yang melibatkan murid-murid sekolah. Janganlah kerana kelalaian kita, satu majlis besar seperti ini akan tercela dari segi pengurusannya. Saya juga bersetuju dengan keluhan seorang jurulatih wajadiri tersebut yang secara kebetulan ialah seorang cikgu yang mengatakan pihak sekolah terpaksa akur dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Jabatan Sarawak untuk memastikan setiap aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kelulusan pihak kementerian atau jabatan terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk melindungi semua pihak khasnya pihak sekolah dan guru daripada sebarang tindakan awam jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap murid-murid yang berkenaan.

Semoga semua pihak mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara sebegini tidak akan menimbulkan situasi kontroversi di kemudian hari kelak.

Friday, October 17, 2008

Sambutan Harijadi TYT Sarawak Ke-87

Pada hari Sabtu akan datang iaitu 25 Oktober 2008, Kerajaan Negeri Sarawak akan menyambut majlis rasmi sambutan harijadi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke-87. Apa yang menarik kali ini ialah acara sambutan diadakan dengan penuh simbolik. Kalau sebelum ini, acara sambutan akan dipenuhi oleh persembahan kebudayaan seperti tarian dan nyanyian tetapi kali ini persembahan wajadiri atau seni bela diri dari berbagai cabang seni akan mewarnai majlis tersebut.

Seperti lazimnya, Saudara Ramli (SCV) akan mengelola koreografi dan latihan tersebut dengan dibantu oleh pegawai-pegawai KPSU, MSN, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan seni bela diri dan ramai lagi. Apa yang boleh kita katakan ialah, persembahan tersebut nanti akan memberi kelainan dan pengertian perjuangan yang penuh simbolik bersesuaian dengan majlis sambutan harijadi TYT dan sambutan ke-45 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia.

Jadi, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan majlis sambutan tersebut yang akan diadakan di Padang Merdeka pada 25 Oktober 2008, mulai pukul 7.00 pagi hingga 12 tengahari.

Wednesday, October 15, 2008

Harga barang tetap mahal..

Harga minyak dipam turun antara 10 dan 20 sen seliter lagi mulai hari ini.
Penurunan ketiga sejak kajian pertama harga minyak dibuat 23 Ogos lalu.
Kini rakyat Malaysia semakin yakin terhadap janji-janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak berasaskan kedudukan harga pasaran global.

Tetapi soalnya apakah rakyat benar-benar menikmati penurunan harga minyak itu?
Kita analisis kesan penurunan harga bahan bakar itu kepada rakyat negara ini.

Tajuk analisis kita ialah: MINYAK TURUN..BAGAIMANA HARGA BARANGAN?
Sekali lagi rakyat Malaysia menikmati penurunan harga minyak. Kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan. Apakah kita akan terus menikmati harga rendah bagi petrol dan diesel? Jawapannya bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia. Itulah mekanisme baru penetapan harga bahan bakar itu diperkenalkan kerajaan sejak Ogos lalu.

Apakah kesannya kepada rakyat?
Kini harga bahan bakar itu berada di paras RM2.30 SELITER bagi petrol dan RM2.20 bagi diesel. Tepuk dada, tanya selera.
Ertinya selepas tiga kali penurunan harga petrol dan diesel, harga bahan bakar itu telah dikurangkan sebanyak 40 sen.

Inilah realitinya tanpa bermain politik seperti pihak pembangkang yang menghebohkan untuk menurunkan harga pada harga kurang munasabah.

Kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan non-populis, tetapi berasaskan realiti semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Tetapi rakyat terus bertanya kenapa harga barangan tidak turun selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu?

Peniaga nampaknya tidak sedia berkorban, sebaliknya terus mahu mengaut keuntungan.

Walaupun harga bahan bakar diturunkan sebanyak tiga kali dan pelbagai inisiatif disediakan bagi menmbantu golongan peniaga menghadapi kesan kenaikan harga minyak beberapa bulan lalu, harga barangan tidak bergerak ke bawah.

Kenapa perkara ini berlaku?

Peniaga memberikan pelbagai alasan meski mereka sudah diberikan diskaun yang tinggi bagi pembelian diesel.

Kebanyakan peniaga menyalahkan pembekal dan pengeluar yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

Apakah benar dakwaan berkenaan?

Bagaimana mekanisme penentuan harga barangan di kilang dan peringkat pemborong?

Kerajaan perlu mengawal harga barangan terutama barangan perlu secara lebih berkesan.

Minggu depan satu lagi perayaan akan berlaku di negara ini.

Para peniaga tidak wajar mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan .

Mereka sepatutnya bersedia menurunkan harga barangan terutama barangan perlu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah membuat persiapan di musim perayaan.

Apakah lagi alasan mereka untuk menaikkan harga?

Harga minyak men tah dunia kini berlegar sekitar US80 setong.

Kita percaya harga bahan bakar itu akan turun lagi ke paras lebih rendah.

Dan tentulah kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel itu di pam selaras dengan kemerosotan harga global.

Usaha kerajaan ini tidak memberi kesan positif kepada rakyat, jika para peniaga terus bersikap tamak dan mahu mengaut keuntungan.

Harga barangan sepatutnya dicerminkan dengan kos sebenar barangan itu.

Kawalan sahaja tidak mencukupi.Kerajaan boleh memeian peranan lebih berkesan lagi dengan mengawal harga di peringkat kilang dan pemborong.

Apakah kita memerlukan pendekatan baru?

Kita muingkin boleh mengambil model mekanisme harga barangan dari negara-negara maju.

Kajian perlu dilakukan supaya harga barangan mencerminkan kos sebenar seperti harga minyak.

Sunday, October 12, 2008

Who is Najib Tun Razak

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (born July 23, 1953, in Kuala Lipis, Pahang) is a Malaysian politician, who has been the country’s Deputy Prime Minister since January 7, 2004.

Najib is a member of the United Malays National Organisation (UMNO), and is currently the Deputy President of the party.

Dato’ Sri Mohd Najib is the eldest son of Tun Abdul Razak, the second Prime Minister of Malaysia, and a nephew of Tun Hussein Onn, the third PM. He was first elected to the Dewan Rakyat, representing the parliamentary constituency of Pekan, at the age of 23 in an uncontested election after the death of his father.

In his career, Najib has held a variety of ministerial portfolios (the first at the age of 32), culminating in the post of Minister of Defence before being chosen as the deputy PM by Abdullah Badawi. Najib holds the title of Orang Kaya Inderapura of Pahang.

He was first married to Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar; presently he is married to Datin Seri Rosmah Mansor. He has three sons, Nizar (born 1978), Nazifuddin and Norashman, and two daughters, Puteri Norlisa and Nooryana Najwa.

Najib had his primary and secondary education at St. John’s Institution, Kuala Lumpur. He also attended Malvern College, Worcestershire, England and subsequently attended the University of Nottingham.

Friday, October 10, 2008

Ikon negara

1. Tunku Abdul Rahman = Bapa Kemerdekaan

2. Tun Abdul Razak = Bapa Pembangunan

3. Tun Hussein Onn = Bapa Perpaduan

4. Tun Mahathir mohammad = Bapa Kemodenan aka Perindustrian

5. Datuk seri abdullah Hj Ahmad Badawi = ____________(?)_____________.

Thursday, October 9, 2008

Najib..PM Malaysia ke-6..???

Segala teka-teki tentang perjalanan politik Pak Lah sudah terjawab. Beliau akan menyerahkan pentadbiran negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, ada beberapa pihak agak skeptikal tentang perkara. Samada Najib akan menjawat jawatan no. 1 negara atau tidak, semuanya bergantung kepada para perwakilan dari peringkat akar umbi. Samada beliau mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya, semuanya masih menjadi tanda tanya. Walaupun Pak Lah sudah menyebut akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib, tapi ini tidak semestinya akan berlaku jika Najib tidak terpilih untuk jawatan Presiden UMNO. setakat yang kita tahu, Tengku Razaleigh Hamzah sudah menawar diri untuk bertanding jawatan tersebut. Mungkin akan timbul pula nama-nama baru yang mungkin akan mencuba nasib untuk kerusi presiden UMNO. tan Sri Muhydin sebAgai contoh, dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai sokongan yang agak kuat dari banyak pihak dan mungkin akan menggugat peluang Najib atau KuLi sekiranya beliau menawarkan diri untuk merebut jawatan Presiden UMNO. Walau apa pun yang akan berlaku, pemerhati politik serta ahli ekonnomi serta ahli2 perniagaan, akan memantau situasi terkini politik kita.

Wednesday, October 8, 2008

Akhirnya..kau pergi jua...

Sejarah tercipta apabila Perdana Menteri Malaysia yang kelima yang juga merupakan Presiden UMNO akan mengundurkan diri dalam tempoh beberapa bulan lagi. Ini ekoran pengumuman beliau petang tadi pada pihak media selepas mempengerusi mesyuarat tertinggi Barisan nasional hari ini.

banyak persoalan dan tanda tanya disebalik keputusan yang telah beliau but, namun bagi pemerhati2 politik, keputusan ini memang sudah dijangka. Akibat tekanan dari kalangan ahli UMNO dari pelbagai peringkat serta tekanan dari DSAI dan PR, akhirnya beliau akur dengan ketentuan kareer politik beliau. Sesungguhnya, inilah keputusan yang paling sukar dibuat oleh mana-mana pemimpin tertinggi mana-mana parti politik dunia.

Jika kita lihat trend politik dunia masa kini, beberapa pemimpin tertinggi dunia telah tersungkur akibat kegawatan politik yang berlaku di negara mereka. Bak kata pepatah, telur di hujung tanduk, akhirnya Pak Lah telah membuat satu keputusan yang beliau harap dapat mengembalikan kegemilangan negara ke aras yang lebih baik dan sepatutnya.

Pasti, ramai musuh-musuh beliau akan bertepuk tangan dan melaungkan kegembiraan namun ingatlah, apa yang berlaku hari ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua agar kita sentiasa mengutamakan kemakmuran dan kestabilan rakyat dan negara berbanding dengan kepentingan peribadi.

Kepada Pak Lah, saya tabik hormat kepada keputusan yang telah Datuk Seri lakukan. Hanya pemipin sejati sahaja yang berani berbuat demikian. keputusan ini bukanlah satu 'bail-out' tetapi satu keputusan yang bakal membawa Malaysia menuju ke arah kegemilangan.

Tuesday, October 7, 2008

Altantuya's dad email statement to Anwar

Dear readers, how true the said statement is, I don't know. But I think its better for us to know the content and the reliabelity of its origin. Malaysian are educated enough in judging facts and blunders. This email statement I took from Anwar's blog. So, read it for yourself..

Altantuya Shariibuu’s dad, Stev, has emailed me his statement (through his lawyer in Mongolia) regarding RPK’s trial and detention under the ISA. The image above is his own handwriting. The translation copy I receive in his mail says:

I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.

I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:

- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
- Who was attending in the trip to French and what did they do?

If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.

Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.

He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.

As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.

Signed:

Mongolian citizen: Shaariibuu Setev
06.Oct.2008

Monday, October 6, 2008

Bury my heart at wounded knee

Beberapa malam yang lepas, saya berkesempatan untuk menonton sebuah cerita bertajuk "Bury my heart at wounded knee". Ianya mengisahkan tentang kehidupan kaum red Indian di Amerika yang berhadapan dgn pelbagai tipu muslihat kaum kulit putih dalam usaha mereka memiliki tanah-tanah kaun Red Indian. Kita juga dpt melihat kesengsaraan hidup kaum Red Indian yang terpaksa tinggal di kem yang dibina oleh orang kulit putih. Segala makanan disediakan (dicatu) oleh kaum kulit putih kpd mereka. Akhirnya kaum Red Indian gagal utk mempertahankan tanah mereka. Tanah-tanah yg telah mereka miliki sejak zaman nenek datuk mereka akhirnya dimiliki oleh orang kul;it puti.

Jadi, cerita tersebut ada banyak persamaan dgn apa yang berlaku di negeriku yg tercinta. Tak perlu saya cakap byk tp bacalah suratkhabar tempatan baru-baru ini ttg masalah pemilikan tanah yg dihadapi oleh kaum Kedayan di Bekenu. Rasa-rasanya, cerita yg saya tonton itu ada persamaannya dgn masalah penduduk Bekenu.

Friday, October 3, 2008

Satu penghinaan..

Tidak puas dgn menghantar surat fitnah kpd Gordon Brown, mereka buat kecoh lagi semasa majlis sambutan rumah terbuka hari raya di pwtc. Tanpa segan silu mereka membuat onar dgn berpaksikan menuntut keadilan, kononnya.

Apabila orang melayu melakukan kesilapan atau terlanjur bahasa, seluruh kudrat mereka akan menuntut kita meminta maaf. Tapi bila mereka melakukan penghinaan kepada kita, mereka akan mengatakan mereka hanya menuntut keadilan.

Orang melayu terlalu baik dan terlalu bersabar. Jangan sampai kebaikkan dan kesabaran kita sampai ke kemuncaknya kerana padah akibatnya kelak. Percayalah, orang melayu tidak berdiam diri dalam apa jua yang anda lakukan. Kami hanya tidak mahu mengeruhkan suasana. Tetapi sekiranya a Islam , kedaulatan raja-raja melayu dan hak kami cuba dirampas, pasti kami akan bangkit membela keadilan dan kebenaran.

Janganlah anda memfitnah kami sebegitu rupa. Kepada semua anak bangsaku, bacalah tututan dan fitnah HINDRAF terhadap kita..

HINDRAF
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com

15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon Brown
Prime Minister of the United Kindom
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, URGENT
SW1A 2AA

Dear Sirs,

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.

We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, NGO’s, the Malaysian Human Rights Commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not pressworthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true.

The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and Malay chauvinists UMNO led Malaysian government.

Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-

1.100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.

2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population.

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.

In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.

Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us.

CONCLUSION

We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils.

APPEAL

On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:-

1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia.

2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians

Thank You,

Yours Faithfully

P.Uthayakumar
Legal Adviser


Adakah ini yang dikatakan semangat perpaduan kaum dengan menikam kita dari belakang? Adakah pernah kita melakukan kejahatan seperti nista yang diungkapkan? Salahkan diri sendiri dulu..salahkan pemimpin bangsa anda dulu..kerana semua masalah berpunca dari kejahilan anda memahami erti MALAYSIA...

Wednesday, October 1, 2008

"Who keeps company with the wolves, will learn to howl"

Assalamualaikum and good evening. Since today is the first day of Aidilfitri, I guess millions of muslim around must be of joyous mood. As seen on the tv screen today, thousands of well-wishers storm at the open house ceremony held at the Putra World Trade Centre. The Prime Minister seems to be smiling and happily entertaining the public. But then deep in his mind, who knows what.

As a muslim, this the time we take time to review back of what we did in the past and be hunble as we just mere a small creation of Allah that has been given the opportunity to live our life in this tiny world called EARTH.

This is also the time to forgive and forget of all wrong-doing and mistakes that we did or that staunt us. We must sicerely ask for forgiveness from whom those we suffer from our mistake. By asking forgiveness is not a sign of weakness but it shows how great and good we are as a humble human being because we're just human. Human can't run away from making mistake eventhough we didn't mean it.

The world has change. The mind set of todays' generation is far different from those of the old days. People now dare to speakout their mind and also take necessary action to show their feeling even it would cause uncertainty in the nation future.

To the whole of "the Malaysian Federal Cabinet", be wise in your decision and action. Don't be a fool. Be considerate. Todays' politic need to be fresh reformation in ways of thought and action. You be brave enough to sack those who bring burden and liability in your party. Thos who can harm the stability of our political atmosphere, economy and public stability- should be sack-out as soon as possible. Or else it can bring the downfall of your political career. Remember a saying by Wlliam Shakespeare, "Who keeps company with the wolves, will learn to howl". So...take immediate action. May allah leads you in your decision making.

Monday, September 29, 2008

Assalamualaikum Aidilfitri..

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.

Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.

Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. “Tidakkah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini. (maksud al-Quran surah al-Araf ayat 172).

Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:

Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada. (HR Ahmad).

Maksud dosa dalam hadis tersebut adalah sesuatu yang dirasakan bertentangan dengan hati nurani. Oleh kerana itu, ketika ada polemik mengenai Ibrahim, di mana orang Yahudi mengatakan bahawa Ibrahim ialah orang Yahudi dan orang Nasrani mengatakan bahawa Ibrahim adalah seorang Nasrani, maka al-Quran mengatakan:

Ibrahim bukan orang Yahudi dan bukan pula orang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali dia bukanlah termasuk golongan orang-orang musyrik. (al-Quran surah ali-Imran ayat 67).

Iaitu seorang yang hidupnya digunakan untuk mencari kebenaran dengan tulus dan ikhlas. Tanpa semangat golongan atau kumpulan tertentu. Diiringi dengan muslimat, sambil pasrah kepada Allah.

Dalam firman Allah yang lain disebutkan bahawa agama yang benar tidak lain adalah asal kesucian manusia iaitu fitrah. Dalam surah al-Rum, ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (maksud surah ar-Rum Ayat 30).

Tahun boleh berganti, zaman boleh berubah. Milenium boleh bertukar dari milenium kedua sampai ketiga. Tetapi manusia tetap sama selama-lamanya sesuai dengan disain Allah. Manusia merupakan makhluk yang selalu merindukan kebenaran dan akan berasa tenteram apabila mendapatkan kebenaran itu. Sebaliknya, kalau dia tidak mendapatkannya, akan gelisah.

Jadi menurut firman Allah di atas, agama yang benar ialah kemanusiaan primordial (asal). Primordial ertinya sesuatu yang asli, yang berasal dari pokok atau pangkal. Aidilfitri adalah hari raya untuk merayakan kembali fitrah, setelah kehilangan dan ditemui kembali. Hal itu kerana adanya ibadah puasa.

Quraish Shihab dalam bukunya Membumikan al-Quran berpendapat seseorang beraidilfitri dalam erti “kembali ke kesuciannya” akan selalu berbuat yang indah, benar dan baik. Ini adalah kerana kesucian merupakan gabungan dari tiga unsur tersebut (indah, benar dan baik). Melalui kesucian jiwanya, seseorang akan memandang segalanya dengan positif. Ia selalu berusaha mencari perkara-perkara yang baik, benar dan indah kerana ia akan melahirkan seni; mencari yang baik menimbulkan etika; mencari yang benar menghasilkan ilmu. Dengan pandangan yang demikan ia akan menutup mata terhadap kesalahan, kejahatan dan keburukan orang lain. Kalaupun itu terlihat, selalu dicarinya nilai-nilai positif dalam sikap negatif tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa perayaaan Aidilfitri sejati merupakan satu kemenangan secara batiniah atau rohaniah. Justeru itu ia harus direfleksikan di dalam peningkatan kualiti perilaku beragama; keimanan yang bertambah kuat dan ketakwaan yang semakin menebal. Kita renungi syair Arab;

“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”

Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.

Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan iatu,

Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
Ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan.
Hal ini sebagaimana diajarkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan ali-Imran ayat 134: …Mereka yang tetap berderma baik dalam keadaan lapang ataupun sempit dan mereka mampu menahan marah, lagi pula bersifat pemaaf kepada sesama manusia.

Justeru itu, suasana lebaran adalah suasana keilahian dan kemanusiaan. Apa yang lebih penting dari itu ialah melalui semangat Syawal kita terus menperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.

Perasaan

Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.

Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang perlu dikekalkan sebagai persiapan untuk melaksanakan perjalanan mengerjakan haji kelak.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ibadat haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dan keaiban meminta sedekah dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal yang dapat menilai dan memahami).

Selamat hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Saturday, September 27, 2008

Mari Beribadah

Dalam kehangatan kecelaruan politik dan ekonomi yang melanda negara kita, marilah kita membuat muhasabah diri. Kembalilah ke jalan yg benar. Insaflah akan kejahilan yg telah kita lakukan. Bersyukurlah dengan kebesaran Allah nerscaya kita akan beroleh ketenangan. Bacalah petikan yg telah saya ambil dari sebuah laman web untuk santapan rohani kita. Ianya telah ditulis oleh Ustaz Zainudin Hashim. Insyaallah.

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Sep 28, 07 | 10:15:10 am MYT
Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.


Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beriĆ¢€™tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.

Peranan Pemuda BN

Generasi muda terutama jentera pemuda Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat bahawa lanskap politik negara sudah berubah dan mereka perlu memenuhi minda dengan ilmu pengetahuan untuk menepis pelbagai persoalan serta isu semasa dari golongan yang sentiasa dekat dengan berbagai media terutama media alternatif seperti internet.

Jentera pemuda BN juga perlu memantapkan struktur gempur mereka untuk berdepan dengan generasi yang tidak mahu mendengar cakap-cakap retorik tetapi penuh dengan pelbagai persoalan yang kadangkala menekan jiwa.

Kita tidak boleh leka dengan kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Kita percaya bahawa telah banyak yang Pemuda Wilayah sumbangkan untuk agama, bangsa dan negara. Namun semuanya ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada memikirkan tentang pembangunan masyarakat serta persoalan kebajikan mereka.

Kita perlu dalam usaha untuk terus memartabatkan bangsa mengajak dan berusaha untuk memperkayakan minda kita kerana kekayaan minda ini mampu membawa perubahan besar kepada usaha kita untuk memajukan bangsa ini.

Kita perlu mengenal pasti apakah lompong yang ada dan apakah cita-cita dan perancangan yang telah disempurnakan. Sudah pasti lompong yang ada itu perlu ditutup supaya tidak ada ruang vakum yang memisahkan kita untuk terus berkhidmat untuk masyarakat dengan jujur dan ikhlas.

Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita kembali memahami
erti demokrasi dan juga kita bertindak sebagai pengamal demokrasi yang terbaik yang tidak ada tolok bandingnya supaya nanti kita tetap tersemat di hati pengundi untuk terus memilih serta memberikan kepercayaan kepada BN menerajui negara.

Sekali lagi saya peringkatkan rakan-rakan seperjuangan bahawasanya kita janganlah terlalu leka dengan kejayaan silam. Yang kita depani pada hari ini ialah zaman yang serba mencabar. Kita perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang mendatang walau tsunami yang datang mengundang.

Dalam setiap masa dan dalam apa jua keadaan, kita tidak boleh berkompromi dengan kecuaian, kelekaan, hasad dengki, tamak haloba, rasuah politik serta kita tidak boleh sama sekali membiarkan pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan kepentingan keluarga berada di dalam parti kita. Biar suara kita lantang agar mereka tahu..kita tidak akan memberi mlaluan mudah kepada pembangkang dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk memimpin negara kita. Saya tidak takut dengan musuh saya sebab saya tahu mereka memang musuh, tetapi saya sangat takut dengan rakan-rakan disekeliling saya sebab kita tidak tahu siapakah dikalangan mereka adalah munafik dalam berpolitik.

Wednesday, September 24, 2008

Buang yang keruh ambil yang jernih

Negara kita adalah sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat melalui proses kemerdekaan yang sempurna tanpa menitiskan setitik darah sekalipun. Dengan kebijaksanaan pemimpin kita pada masa itu, yang diketua oleh Tungku Abdul Rahman, seluruh rakyat merasa lega dan gembira apabila beliau mengumumkan kejayaan proses perbincangan dan juga tarikh kemerdekaan Malaya telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Kesabaran, ketenganan, kewarasan, kebijaksanaan serta sokongan rakyat jelata merupakan kunci kejayaan mereka pada waktu itu. Tidak pernah ada kata-kata ugutan atau tipu muslihat disampaikan kepada rakyat untuk tujuan mendapatkan kemerdekaan. Apa yang diperkatakan, hanyalah kejujuran dan keikhlasan pemimpin kita pada waktu itu untuk mendapatkan kemerdekaan serta mengembalikan kuasa dak hak kepada Raja-Raja Melayu dan seluruh rakyat jelata.

Tanpa dipaksa, seluruh rakyat menyumbangkan apa saja harta yang termampu bagi membantu membiayai kos perjalanan Bapa Kemerdekaan kita serta rombongan. rakyat tidak perlu ditipu atau dirayu untuk memberi sumbangan tetapi kejujuran dan keikhlasan bekerja yang telah ditunjukkan oleh pemimpin kita pada waktu itu telah menjadikan rakyat berasa bertanggungjawab untuk memberi sumbangan dalam mencaapai kemerdekaan yang diingini.
Pada masa itu, tidak ada berlaku perebutan untuk memimpin mana-mana kumpulan politik baik diperingkat tertinggi maupun peringkat cawangan malah ada diantara mereke menolak apabila diminta menjadi Ketua diperingkat Cawangan, bahagian ataupun Pusat. Alasannya ialah mereka takut tidak dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sempurna.

Begitulah serba sedikit tentang senario kepimpinan pada masa itu. Namun kini, semuanya terbalik. Beberapa individu tertentu sanggup melakukan apa saja bagi meraih sokongan dan kuasa yang dihajati kerana apabila berkuasa, habuan besar pasti menunggu untuk dijadikan santapan. Rasuah, peras ugut, fitnah malah membunuh juga tidak asing lagi dalam permainan politik kita sekarang. Akibatnya, kita boleh saksikan sendiri pada hari ini. Beberapa gergasi politik dinegara kita kini mengalami krisi kepimpinan yang buruk hingga menjejaskan kepimpinan dan pentadbiran negara. Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh beberapa kumpulan oportunis yang sudah lama menunggu saat ini. Segala kelemahan parti-parti politik tersebut telah dijadikan bahan untuk mendapatkan sokongan dan populariti dan ramai rakyat terpedaya oleh mereka.

Kini, negara kita sedang mengharungi kegawatan kepimpinan yang agak membimbangkan kita semua. Kita harap, semua pemimpin yang bersengketa dapat duduk semeja dan berbincang bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dan selesaikanlah dengan cara yang terbaik. Jangan sampai kemakmuran dan kesejahteraan kita selama ini menjadi korban semata-mata kerana rasa ego dan angkuh kita akan jawatan yang dipegang. Kembalilah kepada asas yang menjadi kekuatan kita sejak dari zaman Tunku hingga sekarang. Berilah perhatian terhadap segala teguran, pandangan dan kritikan pihak lawan kita. Cuba atasi setiap masalah dengan bijak dan penuh tanggungjawab. Jangan cuba jadikan pihak ketiga sebagai kambing hitam. Semoga negara kita akan kembali kelandasan yang telah dirancangkan. Jangan biarkan pihak lawan mengambil kesempatan terhadap kelalaian kita. Segala persengketaan hendaklah di tamatkan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Tuesday, September 16, 2008

Tetap Pendirian..Tetap Iman..

Dalam kita menjalani tugas seharian, sememangnya pelbagai dugaan dan cubaan akan cuba menghimpit kita daripada melaksanakan amanah yang diberi kepada kita. Kadangkala apa yang berlaku mungkin tidak seperti kita hajati. Kadangkala beberapa keputusan yang dilakukan tidak menepati prinsip perjuangan kita. Namun, demi 'survival' bangsa dan agama kita, adakalanya kita terpaksa melakukan suatu pendekatan yang drastik dan kadangkala agak ekstrim. Namun, segala tindakan tersebut telah diberi pertimbangan yang cukup mendalam dari semua aspek sebelum ianya dilaksanakan.
Janganlah kita melatah apabila menghadapi dugaan sebegini. Tetapkanlah pendirian dan iman kita. Janganlah kita memporak-porandakan keadaan semata-mata untuk kepentingan peribadi dan prinsip individu kita.

Saturday, September 13, 2008

Malaysia Day

Selamat menyambut hari ulangtahun Malaysia ke 45 tahun esok. Sememangnya tanggal 16 september 1963 akan sentiasa kita ingati sebagai suatu hari yang bersejarah dan penting untuk negara kita. Pada hari tersebut, penyatuan Malaya, Singapura Sabah dan Sarawak telah membuka lembaran baru dalam sejarah dunia. Walaupun pada awal penubuhannya kita mengalami berbagai tekanan dan serangan serta kejutan politik namun kita berjaya mengharunginya hingga pada hari ini, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sangat pesat membangun dan telah menjadi negara contoh dari segi sistem pentadbiran dan pengurusan ekonomi oleh beberapa buah negara lain.
Selamat Ulangtahun ke 45...Malaysia.

Friday, September 12, 2008

mat jenin

Suatu petang mat jenin memanjat pokok kelapa, dia pun teringat cerita isterinya tentang kejayaan pak padir meniaga ikan masin. Lalu mat jenin pun ada idea. "Aku pun boleh berjaya macam engkau pak pandir". Lalu mat jenin pun mendongak ke atas dan terlihat banyak kelapa muda bergantung di atas. "hah! aku dah dpt. Mula-mula aku jual semua kelapa muda dan hasilnya aku akan beli anak ayam. Bila dah besar kelak tentu banyak telur yang akan aku dpt. Pas tu dengan duit telur yang byk aku akan sepasang anak kambing. Bila dah besar nanti pasti dpt byk anak-anak kambing. Dptlah aku untung besar. Lepas tu aku akan jual semua kambing dan beli sepasang lembu. Bila lembu beranak dan beranak tentulah aku dpt untung besar. Aku akan jual semua lembu aku dan aku dapat merasuah semua penduduk kampung ini supaya melantik aku jadi penghulu kampung. Bila dah jadi penghulu nanti, dapatlah aku buat sesuka hati aku. Semua tanah-tanah kosong di kampung ini akan jadi milik aku. Pas tu aku jual lah semuanya. Ha..ha..ha..Jadi Mr Jutawan Mat Jenin lah aku..." Mat Jenin sangat teruja sambil bertepuk tangan....
BEGITULAH CERITA ALMARHUM MAT JENIN...

Wednesday, September 10, 2008

Mengapa kita perlu menjaga perpaduan kaum?

Sejak kebelakangan ini, kita dapati beberapa ahli politik kita khasnya yang mewakili Barisan Nasional telah memainkan sentimen perkauman di dalam ucapan-ucapan mereka demi untuk meraih populariti diri. Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat sedang membuat penilaian terhadap mereka dan parti politik yang mereka wakili. Perbuatan yang tidak beretika ini sangat menguntungkan pihak lawan. Ibarat ibu ketam mengajar anak berjalan, ahli-ahli politik ini asyik mengatakan bahawa parti lawan tidak relevan, sedang berlaku pergolakkan dalaman dan banyak lagi. Walhal, parti mereka sendiri lagi lah teruk. Insaflah wahai ahli-ahli politik Barisan Nasional, buang yang keruh ambil yang jernih; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna; terlajak perahu dapat ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Saya menyeru anda semua untuk membaca petikan di bawah yang dipetik dari Portal Pendidikan Utusan hari ini.

"Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara.

Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini.

Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman.

Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada memelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum.

Umpamanya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum baru-baru ini. Sememangnya kita kesal sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Tetapi kita lebih kesal jika pendekatan yang dibuat dalam menangani masalah ini adalah cara mengeksploit sentimen perkauman.

Ia harus dilihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Elemen kebetulan juga harus diambil kira. Tetapi di atas segalanya ialah sikap jujur kita dalam memelihara perpaduan kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikap buruk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman.

Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isu perkauman.

Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum.

Maka dalam hal ini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum.

Melihat 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kita merasa optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan memberangsangkan.

Maka adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.

Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan saling hormat-menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza.

Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memelihara dan memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh.

Di peringkat masyarakat, ia harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat setempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan semata-mata dalam acara-acara formal saja.

Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu warganegara Malaysia yang insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan antara kaum.

Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah diambil kira kerana ia menentukan survival negara."

Salam...

Sunday, September 7, 2008

Melayu lupa diri spt kacang lupakan kulit

Ramai di kalangan orang-orang Melayu PAS dan PKR yang kini mewah dan hebat diibaratkan seperti kaduk naik junjung. Setelah masing-masing berjaya masuk universiti, berpendidikan tinggi, kerja hebat-hebat dan kemudian hidup senang terus tidak mahu menghargai jasa pihak kerajaan BN serta Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah membantu mereka dari segi peluang, kewangan dan sokongan untuk hidup maju di Tanah Melayu ini.

Melayu cepat lupa diri ? Ya, tindakan beberapa pemimpin Melayu parti PKR dan PAS seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Mat Sabu (tidak termasuk lagi orang-orang Melayu PKR dan PAS yang turut sama mengutuk) yang dengan selamber mengeluarkan kenyataan membangkang dan memperlekehkan manafaat DEB dan sebaliknya menuduh DEB hanya semata-mata mengenyangkan perut kroni-kroni UMNO adalah golongan Melayu yang tidak bersyukur. Semata-mata ingin mengampu dan memenangkan ‘kawan karib’ mereka Lim Guan Eng (DAP Penang ) yang tegas mahu menghapuskan fungsi keistimewaan Bumiputera melalui DEB di Pulau Pinang.

Gunakan akal. Semenjak mula-mula agenda DEB dirancang dan diimplementasikan sekian lama dahulu, berapa ramai anak-anak Melayu tanpa mengira PAS atau UMNO telah diterima masuk ke dalam Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan dan UiTM sehingga sekarang. Berapa ramai pula anak-anak Melayu yang memasuki IPTA atau IPTS dalam dan luar negara yang diberi biasiswa penuh MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Malang sekali apabila sudah graduan, sudah berkerjaya, anak-anak Melayu ini menafikan mereka pernah dibantu kerajaan dan menidakkan bahawa segala yang dicapai mereka bukan atas sokongan Dasar Ekonomi Baru.

Fikirkan lagi. Apakah semua kakitangan professional kerajaan, kakitangan PETRONAS, MARA, TELEKOM, TNB sekarang ini adalah orang-orang UMNO semuanya? Tidak masuk akal bukan ? Kalau benar-benar disoal-selidik, entah berapa ribuan kakitangan professional organisasi-organisasi tenama ini adalah penyokong-penyokong PKR dan PAS yang seringkali mengutuk dan mengumpat kerajaan BN di belakang-belakang. Nampakkah anda gambarannya ?

Jika orang-orang Melayu sebeginilah, yang kini sedemikian berjaya, sekarang menidakkan pula jasa-jasa kerajaan BN terhadap mereka dan memperlekehkan manafaat DEB kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera. Mereka ini adalah golongan-golongan yang tidak tahu berterima kasih. Kalau beginilah dasar ‘tidak berterima kasih’ mereka, maka amat wajar mana-mana pengikut PKR atau PAS yang kini menjadi pensyarah di UiTM (Universiti Tolong Melayu) dan UUM (Universiti UMNO) segera dikeluarkan dari perkhidmatan mereka.Begitu juga dengan PETRONAS, keluarkan sahaja mana-mana kakitangan Melayu yang menyokong PKR atau PAS. Tidakkah mereka sedari bahawa, jika tidak kerana bantuan secara langsung dan tidak langsung kerajaan BN dan DEB, orang Melayu seperti mereka tidak mungkin akan berada ke tahap itu ? .."Melayu Mudah Lupa" (Tun Mahathir).

manusia mudah berubah..parti politik pun sama..

Manusia mudah berubah. Politik juga mudah berubah. Dahulunya, PAS bersikap amat keras dengan dasar 'Negara Islam' nya yang mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih Islamik. UMNO dilabel sebagai munafik, kafir dan dimusuhi. Sekian lama PAS berjuang dengan caranya tersendiri dan memandang sepi DAP, sehinggalah wujudnya PKR yang diibaratkan sebagai perantara dan penyatu di antara mereka.

Di antara parti politik yang wujud di Malaysia, PAS adalah yang paling jelas dengan pegangan 'theologikal' nya iaitu perjuangan pemerintahan kerajaan berasaskan dan berkonsepkan agama; Islam. Sudah tentu, soal siapa yang harus mengepalai negara tidak perlu dipersoal lagi ? Kita sudah tahu jawapannya. PAS pasti mahukan Islam menguasai pemerintahan dan pastinya bakal perdana menteri yang paling layak bagi PAS adalah salah seorang dari alim ulama' mereka. Berkenaan kerajaan dan negara yang berasaskan agama, sudah pasti PAS tiada kompromi meletakkan Islam sebagai agama pendasar utama negara. Walaupun DAP, rakan pakatannya lantang bersuara dengan konsep 'Malaysian Malaysia' nya. Perjuangan demokrasi tulen DAP ini berkemungkinan besar tidak akan mampu melangkah jauh kerana batasannya sudah ditetapkan awal oleh rakan juangnya sendiri, PAS iaitu Malaysia mesti diterajui oleh pemimpin Islam dan Islam tetap dasar utama kerajaannya.

Bagi DAP, demokrasi tulen adalah sepertimana maksudnya yang sebenar; hak yang sama rata di dalam pendidikan, ekonomi dan politik tidak mengira jantina, kaum dan agama. Namun, demokrasi sebegini adalah ancaman bagi PAS untuk meneruskan ideologinya kerana demokrasi juga pada masa yang sama boleh menyekat dan menghalang penguasaan dan pemerintahan 'theologikal' Islam. Bagi golongan yang lebih bersifat sosialis seperti DAP, ' konsep demokrasi yang sejati tidak akan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh di dalam negara yang mengamalkan 'theology' yang bepaksikan satu-satu agama yang ditentukan. Sebuah negara yang demokrasi penuh harus tiada label agama tertentu. Apabila adanya satu agama dipilih sebagai asas pembentukan kuasa dan keutamaan berbanding agama lain, maka belum wujud makna demorasi yang sebenar sepertimana yang dilaung-laungkan pakatan mereka. Kesimpulannya, DAP di dalam hati mereka tidak akan senang dengan usaha keras PAS dengan konsep politik 'theologikal' nya itu.

DAP nampak jelas lebih menyenangi PKR berbanding PAS. DAP dan PKR berdua boleh menjadi pasangan yang mesra dan sefahaman oleh kerana komposisi kaum yang majmuk di dalamnya. PKR adalah lebih global dan secocok dengan keadaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia berbanding dengan PAS yang nyata dominan memfokuskan Islam walaupun mereka giat mempromosikan PAS kepada bukan Melayu.PAS cuba meyakinkan orang-orang bukan Islam di tempat kempen mereka bahawa konsep Islam yang dibawa mereka tidak sama dengan konsep Islam dibawa UMNO.

Persoalan agama akan tetap sensitif dan rumit diperkatakan kerana masing-masing mempunyai kepercayaan dan kebenaran sendiri. Sukar untuk menerima agama selain agama kita, begitulah realitinya. Di dalam konteks Pakatan Rakyat, setiap kali PAS keras mengatakan agama Islam mesti menguasai kerajaan dan negara tidak kira siapa pun yang memerintah, seperti mana kata-kata Hj. Hadi Awang di petik dari Buletin Utama bertarikh 30 August 2008 "Tidak kisahlah siapa pun yang memerintah Malaysia, PAS atau PKR, agama Islam mesti menguasai Malaysia", keserasian PAS dan DAP sebenarnya adalah amat rapuh dan hipokrit.

Habis patah hati dan punah impian DAP atau PKR untuk meletakkan calon-calon bukan Islam untuk sama merasa peluang untuk menduduki teraju utama negara atas makna sebuah demokrasi. Dimanakah demokrasi sebenar jika sedemikian rupa ? Perkara ini memang rumit dibicarakan. Orang-orang bukan Islam di dalam DAP dan PKR boleh mempersoalkan "Kita mahukan Malaysia baru; 'Malaysian Malaysia'. Kenapa mesti negara Islamik ? Kenapa mesti satu agama tertentu diutamakan dalam sebuah negara ? Kenapa tidak semua agama diletak sama paras dan kerajaan 'Malaysian Malaysia' tidak mengira kaum dan agama dilaksanakan ?

Kemudian, apakah pula reaksi PAS dan golongan beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat di untuk mempertahankan dan menyokong idea mereka. Adakah kerana Islam agama rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan ? Tetapi bukankah mereka sendiri mempertikaikan status Islam sebagai agama 'rasmi', sebaliknya Islam agama 'utama' negara. Istilah agama rasmi adalah agenda UMNO kata mereka. Adakah kerana golongan beragama Islam lebih ramai mengatasi jumlah golongan bukan beragama Islam ? Tetapi, populasi bukan Islam bukanlah minoriti yang sedikit pada zaman ini dan bukankah membuat keputusan berasaskan satu-satu kaum atau agama itu tidak demokratik
langsung ?

Maka, sebab itulah PKR lebih relevan berbanding PAS. PKR tidak didasari satu-satu agama dan ia dilihat sebagai benar-benar wakil rakyat Malysia yang 'universal' kerana tiada label Islam, Kristian, Budha atau Hindhu di dalam PKR, sebaliknya imej umum PAS adalah Melayu dan Islam. Tidak menghairankan jika dibuat 'poll' atau undian, ramai golongan bukan Islam akan mengundi dan meraikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM baru Malaysia berbanding mana-mana calon dari PAS.

Tuesday, September 2, 2008

Pengajaran Permatang Pauh

Kita semua telah mengetahui banyak perkara tentang pilihanraya kecil permatang pauh. Pemenangnya DSAI dengan memperolehi peningkatan jumlah majoriti undi. Bagi mereka yang tinggal di permatang pauh dan ahli-ahli parti yang berkempen di sana, kita harus akur dan mengakui bahawa kempen dan strategi setiap parti tertentu amat menjengkelkan. Setiap kesilapan dan kelemahan lawan menjadi bualan dan bahan terjahan. Setiap skandal samada benar atau tidak akan dijadikan tajuk utama. Segala bentuk perang "psywar" digunakan ke tahap yang membingungkan kita. Adat dan agam diketepikan asalkan tujuan kempen tercapai.
Apakah kesudahan dari hasil semua kempen yang dijalankan khasnya oleh parti pemerintah? Tepuk dada tanya selera. Nampaknya rakyat semakin marah, muak dan benci dengan kita. Rakyat sudah bosan dengan cara kempen yang melampau. Semakin kita memburukkan serta menhinsa pihak lawan, maka semakin benci rakyat kepada kita. Rakyat kini sudah bijak. Apa yang mereka mahu ialah pelan tindakan kita untuk mengatasi apa jua maslah rakyat. Mereka mahu mendengar penyelesaian kita terhadap setiap permasalahan tersebut. Mereka hendak melihat kewibawaan kita sebagai seorang pemimpin, pentadbir dan pengurus yang cekap. Beritahu rakyat akan kemampuan kita untuk memulihkan keadaan ekonomi kita. Bangkitkan semangat patriotik dan kecintaan kepada negara. Tiupkan semangat perpaduan, kerjasama, toleransi dan kasih sayang sesama insan. Jangan kita merendah-rendahkan lawan kita dengan menceritakan perkara-perkara yang boleh mengaibkan mereka. Jangan kita pandai bercakap tentang agama tetapi dalam pada masa yang sama kita melanggar segala hukum agama yang ada hanya semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Percayalah, semakin kita mengihan, mencerca, memburukkan lawan kita, semakin bencil;ah rakyat kepada kita. Oihak lawan pasti akan beroleh keuntungan dari perbuatan hina kita. maka, saya merayu agar kita menggunakan kempen yang bijak serta lebih bertanggungjawab. Contohilah cara-cara kempen pemimpin agung atau setidak-tidaknya contohilah cara kempen Barrack Obama. Walaupu beliau berkulit hitam, tetapi dengan penjelasan beliau tentang corak dan cara pentadbirannya kelak telah berjaya meraih sokongan rakyat Amerika dari pelbagai peringkat dan warna kulit. Strategi nkempen melalui beberapa siri iklan yang komprehensif yang diselitkan dengan penerangan agenda politiknya amat berkesan sekali.
Semoga pengalaman di Permatang Pauh mendewasakan kita. Insaflah dan ingat, rakyat kini semakin bijak. Politik perkauman bukan agenda utama lagi. Belajarlah dari kesilapan. Menghina, mengeji, memfitnah dan rasuah bukan syariat Islam. Kembalilah ke rumah Allah. Minta petunjuk. Kumpulkan semua ahli fikir yang tersohor, bincang, bincang dan bincang. cari jalan yang terbaik. Jika Tun Mahathir berjaya mengeluarkan kita dari kancah kegawatan ekonomi, saya pasti beliau mungkin dapat membantu kita untuk menghadapi cabaran lawan yang sangat hebat ini. Insyaallah...