Saturday, October 18, 2008

Karenah Birokrasi

Pak Lah suatu ketika dahulu pernah meminta semua Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan semua Agensi Kerajaan mengurangkan atau menghapuskan karenah birokrasi yang menghalang kelicinan sesuatu projek, permohonan atau aktiviti.

Beberapa hari yang lepas sewaktu saya melihat latihan untuk persembahan wajadiri sempena sambutan harijadi TYT Sarawak, saya terdengar beberapa orang pegawai berbincang tentang isu surat pelepasan dan surat kebenaran peserta wajadiri untuk diberi kepada majikan masing-masing. Apa yang menjadi perhatian saya ialah masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Kebanyakkan peserta wajadiri adalah murid-murid sekolah rendah dan menengah. Beberapa orang jurulatih merungut kerana pihak sekolah tidak memberi kebenaran kepada anak murid mereka menyertai persembahan tersebut kerana pihak sekolah tidak menerima sebarang surat kebenaran dan arahan daripada PENGARAH PELAJARAN NEGERI SARAWAK untuk menyertai persembahan tersebut.

Saya sangat hairan, bagaimana perkara seperti ini berlaku. Satu majlis negeri yang besar dan penting sepatutnya mendapat sokongan daripada semua pihak. Pihak pengelola sepatutnya tahu dan mematuhi segala prosedur untuk menjemput agensi atau mana-mana jabatan kerajaan khasnya yang melibatkan murid-murid sekolah. Janganlah kerana kelalaian kita, satu majlis besar seperti ini akan tercela dari segi pengurusannya. Saya juga bersetuju dengan keluhan seorang jurulatih wajadiri tersebut yang secara kebetulan ialah seorang cikgu yang mengatakan pihak sekolah terpaksa akur dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Jabatan Sarawak untuk memastikan setiap aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kelulusan pihak kementerian atau jabatan terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk melindungi semua pihak khasnya pihak sekolah dan guru daripada sebarang tindakan awam jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap murid-murid yang berkenaan.

Semoga semua pihak mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara sebegini tidak akan menimbulkan situasi kontroversi di kemudian hari kelak.

No comments: