Thursday, July 30, 2009

Judi...spa haram...bla..bla..bla..


Judi dan pelacuran merupakan industri atau profession yang tertua di dunia..sejak awal peradaban manusia hingga kini, gejala sosial ini tidak pernah terhakis malah lebih meriah dgn pelbagai usaha dan dalil bagi menghalalkannya di mata masyarakat. Walau apa sekali pun yg telah dilakukan oleh pihak JAKIM atau mana2 pihak yg berkaitan, masalah ini tidak pernah padam malah semakin berkembang di seluruh pelusuk negara. Tak kira kerajaan negeri diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang, perkara ini sentiasa menghantui masyarakat kita.

Di manakah silapnya kita hingga perbuatan terkutuk ini tidak dapat dihapuskan. Ada2 saja pihak dgn cara yg sgt bijak dan licik mengembangkan perbuatan terkutuk ini sehingga ada segelintir masyarakat menerimanya sebagai salah satu norma hidup. Semoga semua masyarakat di negara ini sedar akan keburukkan masalah ini dan mungkin juga wabak selsema babi yg melanda negara kita asdalah salah satu amaran atau balasan kepada kita.

Tuesday, July 28, 2009

Kemalangan Formula 1-Felipe Massa..




Berita ini dipetik dari Utusan Online...

Massa tidak sertai GP Hungary


26/07/2009 3:09am

BUDAPEST 26 Julai - Pelumba Ferrari Felipe Massa tidak dapat beraksi pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Hungary hari ini selepas dia terlibat dalam kemalangan teruk pada sesi kelayakan semalam.

Massa dikeluarkan dari keretanya selepas kemalangan dan dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar tersebut sebelum diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital berhampiran Budapest.

Seorang jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, keadaan Massa stabil.

- Reuters

Keselamatan di rumah...

Macam2 ada...saya agak terkejut ustralia yang terperangkap selama seminggu di dalam tandasnya sendiri. hairan juga, macam mana dia boleh terperangkap. Pengajarannya di sini ialah, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam semua perkara khasnya yang berkaitan dengan keselamatan di rumah. Kepada mereka yang ada anak kecil di rumah, pastikan keselamatan anak anda terkawal. jangan biarkan benda2 tajam, mancis, racun makhluk perosak atau apa jua bertaburan dan boleh dijangkau oleh kanak2. Pastikan bilik air sentiasa kemas, buang takungan air di dalam besen dan pastikan semua peralatan elektrik disimpan di tempat yang sesuai jauh dari gangguan kanak2. jangan biarkan kecuaian anda menjadi punca kemalangan di rumah anda sendiri...


Wanita diselamatkan selepas seminggu terperangkap dalam tandas

28/07/2009 4:38pm

MELBOURNE 28 Julai - Seorang wanita Australia terperangkap di dalam tandasnya selama seminggu sebelum jiran-jirannya mendengar dia menangis meminta tolong.

Wanita dari Queensland berusia 67 tahun itu ditemui Ahad, tujuh hari selepas dia terperangkap, kata jabatan keselamatan komuniti negeri.

"Pihak bomba telah mendapatkan wanita ini dan menyelamatkannya. Petugas perubatan telah memberikan rawatan dan kemudian membawanya ke Hospital Ipswich," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap jabatan itu memberitahu akhbar Courier Mail, para penyelamat sukar mengeluarkan wanita itu kerana kedua-dua kakinya tersepit di bahagian tandas. - AFP

Sunday, July 26, 2009

Mengapa ramai top gun berhijrah?

Entri kali ni agak ringkas tp saya rasa perlu di beri perhatian. Dah dua bekas menteri dari BN menyertai PKR...mengapa...apa yg membuat mereka bertindak demikian..adakah krn jawatan atau sebaliknya...

Tuesday, July 21, 2009

Malaysia vs Man. Utd.





Mungkin ramai yg telah mengetahui keputusan kedua-dua perlawanan persahabatan antara pasukan gergasi bolasepak liga perdana Inggeris iaitu Manchester United menentang kesebelasan pemasin pilihan Malaysia. Walaupun pasukan negara tewas pada kedua-dua perlawanan namun kita harus memuji semangat juang mereka dlm menentang pasukan gergasi yg memiliki nama2 besar dlm industri bolasepak dunjia. sedikit pun tidak kelihatan kegentaran pemain negara bila berhadapan dgtn lawan yg lebih kuat dan ada ketikanya seolah-olah kita mampu menewaskan mereka. Insyaallah jika diberi ruang dan keperluan yg mencukupi, pasukan negara pasti akan melakar kejayaan yg lebih bermakna dan setanding dgn kuasa besar bolasepak dunia nanti.

Monday, July 20, 2009

PPSMI...dulu cakap lain kini cakap lain...

Pada awal program PPSMI ni suatu ketika dulu, berbondong-bondong ahli politik dan cerdik pandai memuji program ni tp sekarang dah terbalik daaa... Apa dah jadi dgn org kita ni? Mcm tak ada iman jer...sori ler kalo terasa... itulerrr..fikir masak2 sebelum buat apa2 tindakan atau cadangan. jgn krn nak naik cepat or nak mengampu itu ini, kaca dan permata dah tak dpt dibezakan lagi. bila dh jd macam nih, yg kesian nyer ialah budak2 sekolah... Entah apa2 jer rancangan diorang lepas nih... harap2 ler jgn buat sesuatu yg boleh menjahanamkan budak2 sekolah kita serta menghabiskan wang rakyat jer...

Petikan dari Utusan online semalam...

PPSMI satu kesilapan


Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains – Ungku Aziz


Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

Sunday, July 19, 2009

Apa dah jadi nih???

Chua jui ming telah menyertai pakatan rakyat dgn menyertai PKR...satu yg agak mengejutkan.. Apa sebenarnya yg berlaku? Mengapa perkara ini berlaku ? Apakah kesannya terhadap senario politik semasa?
hanya tunggu dan lihat....

Petikan dari Utusanmalaysia Online:

Chua Jui Meng umum sertai PKR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di hadapan 800 hadirin dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jui Meng turut mengisytiharkan keluar daripada parti MCA.

"Hari ini saya membuat keputusan penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR serta melepaskan jawatan saya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum anjuran PKR di Bandar Sunway di sini hari ini.

Turut mengikuti langkah Jui Meng ialah bekas Ahli Parlimen Lumut pada penggal 1995-1999, Datuk Dr. Yap Yit Thong dan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk David Yeoh.

Menurut Jui Meng, antara alasan utama beliau menyertai PKR ialah kerana agenda perjuangan parti itu mempunyai persamaan dengan wawasan yang didokong oleh beliau.

"Banyak perkara yang setuju dengan apa dibawa oleh PKR, iaitu memperjuangkan hak segala kaum di dalam satu landasan tanpa ada sebarang diskriminasi.

"Jika ada idea serta dasar perjuangan PKR yang bercanggah dengan saya, saya tidak akan masuk PKR malah kemasukan saya dalam PKR adalah tanpa sebarang syarat.

"Sewaktu saya bertanding pada pemilihan jawatan Presiden MCA pada 2005 dan 2008, kebanyakan perkara yang disentuh dalam manifesto saya tidak banyak beza dengan apa yang ingin diperjuangkan oleh PKR," katanya.

Jui Meng mengakui terpaksa mengambil keputusan yang agak lama untuk menyertai PKR kerana ingin membuat reformasi terhadap parti MCA terlebih dahulu.

Ditanya mengapa sebelum ini beliau menafikan mahu menyertai PKR, beliau berkata, media sebenarnya membuat salah tafsiran.

"Saya sebenarnya tidak memberi jawapan menafikan, cuma saya hanya berkata akan memberitahu pada masa yang sesuai," ujarnya.

Tahniah !!! Pesilat MSSM Kuching Juara !!!


Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan, jurulatih2, guru2 pengiring dan khasnya kpd semua pesilat MSSM Bahagian Kuching krn telah menjuarai Pertandingan Seni Silat MSSM Peringkat Negeri sarawak yg telah berlangsung di SM Teknik Sejingkat pada 13-17 Julai yg lalu.

Pasukan ini telah memenangi 12 pingat emas daripada 16 acara yg di pertandingkan. Ini merupakan satu rekod yg sgt cemerlang. semoga kecemerlangan ini dpt diteruskan dan dipertingkatkan lagi agar dpt mencipta kejayaan yg membanggakan pada peringkat kebangsaan yg akan diadakan di Stadium Titiwangsa, kuala Lumpur pada 2 hingga 7 Ogos akan datang.

Wednesday, July 1, 2009

Babi oh babi...

Memang kuat penangan babi terhadap kehidupan di alam ini. Selain dpt membunuh manusia melalui selsema nyer (selsema babi aka H1N1) babi juga boleh buat pakatan rakyat kucar-kacir. baru2 nih DAP Kedah nak kuar dari pakatan disebabkan isu meroboh tpt menyembelih babi di Kpg Berjaya kedah oleh pihak berkuasa tempatan. Ni baru isu tpt sembelih babi, kut-kut ada lagi ttg babi akan buat dorang huru-hara nanti.

Bayangkan, kalaulah isu tpt sembelih pun leh buat pakatan rakyat retak, tak tau ler apa akan jd kalo babi terus diharamkan di bumi kedah...heeee......

DAP keluar pakatan


-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.