Thursday, July 30, 2009

Judi...spa haram...bla..bla..bla..


Judi dan pelacuran merupakan industri atau profession yang tertua di dunia..sejak awal peradaban manusia hingga kini, gejala sosial ini tidak pernah terhakis malah lebih meriah dgn pelbagai usaha dan dalil bagi menghalalkannya di mata masyarakat. Walau apa sekali pun yg telah dilakukan oleh pihak JAKIM atau mana2 pihak yg berkaitan, masalah ini tidak pernah padam malah semakin berkembang di seluruh pelusuk negara. Tak kira kerajaan negeri diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang, perkara ini sentiasa menghantui masyarakat kita.

Di manakah silapnya kita hingga perbuatan terkutuk ini tidak dapat dihapuskan. Ada2 saja pihak dgn cara yg sgt bijak dan licik mengembangkan perbuatan terkutuk ini sehingga ada segelintir masyarakat menerimanya sebagai salah satu norma hidup. Semoga semua masyarakat di negara ini sedar akan keburukkan masalah ini dan mungkin juga wabak selsema babi yg melanda negara kita asdalah salah satu amaran atau balasan kepada kita.

3 comments:

pencinta kebenaran said...

mmg lah masalah yg susah nak di kawal tapi klau pihak berkuasa x amik tindakan bia jek mmg lah bertambah2..YB pon ditaja ngan samseng2..so......

SAYANG SARAWAK said...

pencinta kebenaran,
ni ler masalahnyer...bila kita tidak bijak memilih pemimpin. dapat pemimpin korup.. semoga Allah melindungi kita dari bencana akibat kejahilan para pemimpin kita...

Anonymous said...

Judi dan pelacuran merupakan industri atau profession yang tertua di dunia ? pembetulan, profesion yang tertua di dunia ialah pertanian dan aktiviti dakwah sepertimana yang dilakukan oleh nabi adama a.s. untuk keterangan lanjut, sila dengar ceramah ustaz
Ustaz Muhammad Kazim Elias, pendakwah bebas di laman http://www.mymaktabaty.com.

from : http://masdarwahid.blogspot.com/