Friday, October 17, 2008

Sambutan Harijadi TYT Sarawak Ke-87

Pada hari Sabtu akan datang iaitu 25 Oktober 2008, Kerajaan Negeri Sarawak akan menyambut majlis rasmi sambutan harijadi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke-87. Apa yang menarik kali ini ialah acara sambutan diadakan dengan penuh simbolik. Kalau sebelum ini, acara sambutan akan dipenuhi oleh persembahan kebudayaan seperti tarian dan nyanyian tetapi kali ini persembahan wajadiri atau seni bela diri dari berbagai cabang seni akan mewarnai majlis tersebut.

Seperti lazimnya, Saudara Ramli (SCV) akan mengelola koreografi dan latihan tersebut dengan dibantu oleh pegawai-pegawai KPSU, MSN, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan seni bela diri dan ramai lagi. Apa yang boleh kita katakan ialah, persembahan tersebut nanti akan memberi kelainan dan pengertian perjuangan yang penuh simbolik bersesuaian dengan majlis sambutan harijadi TYT dan sambutan ke-45 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia.

Jadi, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan majlis sambutan tersebut yang akan diadakan di Padang Merdeka pada 25 Oktober 2008, mulai pukul 7.00 pagi hingga 12 tengahari.

1 comment:

Anonymous said...

Bagus juak dapat nangga kelainan dalam persembahan majlis besar macam tok.