Saturday, September 27, 2008

Peranan Pemuda BN

Generasi muda terutama jentera pemuda Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat bahawa lanskap politik negara sudah berubah dan mereka perlu memenuhi minda dengan ilmu pengetahuan untuk menepis pelbagai persoalan serta isu semasa dari golongan yang sentiasa dekat dengan berbagai media terutama media alternatif seperti internet.

Jentera pemuda BN juga perlu memantapkan struktur gempur mereka untuk berdepan dengan generasi yang tidak mahu mendengar cakap-cakap retorik tetapi penuh dengan pelbagai persoalan yang kadangkala menekan jiwa.

Kita tidak boleh leka dengan kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Kita percaya bahawa telah banyak yang Pemuda Wilayah sumbangkan untuk agama, bangsa dan negara. Namun semuanya ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada memikirkan tentang pembangunan masyarakat serta persoalan kebajikan mereka.

Kita perlu dalam usaha untuk terus memartabatkan bangsa mengajak dan berusaha untuk memperkayakan minda kita kerana kekayaan minda ini mampu membawa perubahan besar kepada usaha kita untuk memajukan bangsa ini.

Kita perlu mengenal pasti apakah lompong yang ada dan apakah cita-cita dan perancangan yang telah disempurnakan. Sudah pasti lompong yang ada itu perlu ditutup supaya tidak ada ruang vakum yang memisahkan kita untuk terus berkhidmat untuk masyarakat dengan jujur dan ikhlas.

Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita kembali memahami
erti demokrasi dan juga kita bertindak sebagai pengamal demokrasi yang terbaik yang tidak ada tolok bandingnya supaya nanti kita tetap tersemat di hati pengundi untuk terus memilih serta memberikan kepercayaan kepada BN menerajui negara.

Sekali lagi saya peringkatkan rakan-rakan seperjuangan bahawasanya kita janganlah terlalu leka dengan kejayaan silam. Yang kita depani pada hari ini ialah zaman yang serba mencabar. Kita perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang mendatang walau tsunami yang datang mengundang.

Dalam setiap masa dan dalam apa jua keadaan, kita tidak boleh berkompromi dengan kecuaian, kelekaan, hasad dengki, tamak haloba, rasuah politik serta kita tidak boleh sama sekali membiarkan pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan kepentingan keluarga berada di dalam parti kita. Biar suara kita lantang agar mereka tahu..kita tidak akan memberi mlaluan mudah kepada pembangkang dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk memimpin negara kita. Saya tidak takut dengan musuh saya sebab saya tahu mereka memang musuh, tetapi saya sangat takut dengan rakan-rakan disekeliling saya sebab kita tidak tahu siapakah dikalangan mereka adalah munafik dalam berpolitik.

1 comment:

karmaforce_04 said...

Masalah utama sekarang ialah kepimpinan utama parti terlalu mementingkan keselamatan kedudukan dlm parti dgn mempergunakan individu tertentu utk mengangkat atau menonjolkan keterampilan beliau agar mendpt perhatian ramai lantas menyekat peluang pemimpin belia bertaraf "rookie" utk menampakkan kewibawaan mereka. Pemimpin-pemimpin belia sedia ada khasnya walaupun sudah agak berusia tidak mahu memberi laluan kpd pemimpin muda yang lain.

Dlm memperkatakan perjuangan parti melalui belia, nampak sgt funsi belia atau pemuda di bumi kenyalang agak jauh ketinggalan dari rakan-rakan di semenanjung. Kebanyakkan drp mereka gagal mnjlnkan tugas sbg ketua pemuda. Ini dpt dilihat dgn jelas di peringkat cawangan atau ranting. Kebanyakkan aktiviti yg dirancang hanyalah berkaitan dgn sukan dan riadah. Terlalu byk aktiviti bersosial hingga lupa akan perjuangan sebenar. Apalah salah kiranya mereka cuba menjlnkan aktiviti berkaitan dgn ekonomi spt perladangan, penternakan atau koperasi. Sekurang-kurangnya adalah juga punca rezeki utk anak-anak muda khasnya yg tinggal di kpg. Kelemahan utama berlaku perkara seperti ini ialah tahap pendidikan ahli majlis yg menduduki exco pemuda tersebut tidak sberapa. Hanya segelintir saja yg mungkin berpendidikan tinggi. Saya harap, pihak kepimpinan parti di peringkat pusat memberi perhatian ttg perkara ini. "To have an efficient management is to have good quality learned leaders".