Friday, September 12, 2008

mat jenin

Suatu petang mat jenin memanjat pokok kelapa, dia pun teringat cerita isterinya tentang kejayaan pak padir meniaga ikan masin. Lalu mat jenin pun ada idea. "Aku pun boleh berjaya macam engkau pak pandir". Lalu mat jenin pun mendongak ke atas dan terlihat banyak kelapa muda bergantung di atas. "hah! aku dah dpt. Mula-mula aku jual semua kelapa muda dan hasilnya aku akan beli anak ayam. Bila dah besar kelak tentu banyak telur yang akan aku dpt. Pas tu dengan duit telur yang byk aku akan sepasang anak kambing. Bila dah besar nanti pasti dpt byk anak-anak kambing. Dptlah aku untung besar. Lepas tu aku akan jual semua kambing dan beli sepasang lembu. Bila lembu beranak dan beranak tentulah aku dpt untung besar. Aku akan jual semua lembu aku dan aku dapat merasuah semua penduduk kampung ini supaya melantik aku jadi penghulu kampung. Bila dah jadi penghulu nanti, dapatlah aku buat sesuka hati aku. Semua tanah-tanah kosong di kampung ini akan jadi milik aku. Pas tu aku jual lah semuanya. Ha..ha..ha..Jadi Mr Jutawan Mat Jenin lah aku..." Mat Jenin sangat teruja sambil bertepuk tangan....
BEGITULAH CERITA ALMARHUM MAT JENIN...

2 comments:

Fazrul Shahril said...

Sekarang adakah kembali lagi certia mat jenin di abad ini...

Terima kasih kerana memperingatkan kembali cerita ini..

Salam mesra,

SAYANG SARAWAK said...

Dalam kepesatan teknologi, ekonomi, budaya dan sosio politik dunia, pelbagai cara sentiasa dipertimbangkan bagi mengaut keuntungan dan kuasa. Tak kiralah samada ianya relevan atau tidak..yang penting boleh menjamin impian. Namun demikian ada juga yang memasang keinginan yang sangat tinggi hingga terlupa bahawa ianya sesuatu yang mustahil dicapai. Bagi memuaskan hati..maka berbagai cerita, hasutan dan propaganda dicanang diseluruh negara agar rakyat mempercayai kebenaran dusta dan impian si mat jenin itu akan tercapai. Ada juga sanggup menggunakan kaedah tradisional hinggakan pak dukun kini mampu memandu mercedes dan tinggal di kondominium mewah di ibu kota. Jadi..sentiasalah kita berwaspada agar kita tidak terpesong dengan cerita dongeng dan hasutan nista si mat jenin. kembalilah bersatu agar agama, bangsa dan negara kita terbela dan mencapai kemajuan tamadun insan yang agung..

Salam perpaduan dan terima kasih. Semoga negara kita terselamat daripada badai kelabu yang kini berlegar di atmosfera kita.