Kemelut politik negara kita tidak pernah sunyi. lepas satu..satu lagi. Nampak gaya nya trend mengingkari perintah dgn berbekalkan buku perundangan tubuh negeri telah menjadikan alasan utk mengeluarkan arahan selaras dgn kehendak parti masing-masing.
Kemelut sebegini tidak akan berlaku jika kita tidak memberi ruang kepada sesiapa saja untuk menderhaka kepada sultan atau Yang Di pertuan Agong. Bila orang melayu sendiri mempertikaikan kuasa sultan atau agong maka kita jgn hairan apabila bangsa lain akan bertindak dengan lebih berani lagi. Kita belum lagi mati tapi contoh nyata penderhakaan sebegini sudah berlaku di depan mata kita sendiri.
Wahai bangsaku, ingatlah..jangan memberi ruang kepada orang lain untuk menghina, menindas dan menjahanamkan kita. Sekiranya kerana agenda politik kita sanggup menggadaikan maruah diri, maka orang tersebut adalah serendah-rendah martabat dan dalang kepada kehancuran bangsa kita.
Saya bukanlah seorang yang ekstremis ttg bangsa tapi sedarlah, survival kita bergantung kepada kesetiaan, perpaduan dan kegigihan kita untuk memperjuangkan hak dan kemajuan bangsa kita.
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment