Friday, April 24, 2009

Kepimpinan

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dari belakang, sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dgn irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi
kepimpinan.

Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan.

Kedua, para pemimpin mempunyai kuasa untuk memberi arahan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tida boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka.

Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boieh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Semoga apa yang telah ditulis di atas dapat membantu kita serba sedikit untuk memahami maksud kepimpinan.

1 comment:

syahrulnizam said...

Salam

Ngabas-ngabas ajak...

www.syahrulnizam.com