Wednesday, April 1, 2009

Pilihanraya kecil N29 Batang Ai sudah tentu menjadi tumpuan semua pemerhati politik tanahair khasnya dari sarawak. Ini merupakan ujian awal utk melihat sejauh mana kekuatan pihak pembangkang dlm mempengaruhi pemikiran rakyat negeri saqrawak. sepintas lalu, kekuatan komponen Barisan Nasional bg kawasan tersebut sememangnya tidak dpt dinafikan. seorang demi seorang calon lawan tumbang ditangan wakil BN. ini jelas dibuktikan oleh beberapa siri kemenangan oleh mendiang Datuk Dublin.

Kini tugas berat ini diambil alih oleh rakan rapatnya yg juga merupakan seorang anak tempatan yg terpelajar dan memahami aspirasi serta kehendak masyarakat setempat. berbekalkan sokongan padu para pengundi N29 batang Ai, saya percaya kita akan dpt menongkah segala arus dari pihak lawan. Walaupun pihak lawan telah berjaya "menawan beberapa tpt penginapan" namun kesatuan dan keperihatinan rakyat khasnya di kawasan Batang Ai jelas terbukti apabila mereka telah menawarkan rumah mereka sebagai tpt penginapan semua wakil dan ejen parti komponen Barisan nasional.

Saya ingin memaparkan tulisan saudara blogger kita iaitu saudara Kibin Hj Samad melalui blog beliau Sabahkita. Ulasan beliau berkaitan dgn pilihanraya kecil N29 Batang Ai begitu mantap pengisiannya dan wajar dikongsikan bersama. Saya harap rakan-rakan bloggers yg lain turut menyebarkan artikel ini bagi membantu kempen pilihanraya BN utk DUN N29 Batang Ai. saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kpd beliau kerana telah memberi keizinan kpd saya utk menggunakan artikel berikut.

1. PKR akhirnya dapat menggoda SNAP untuk tidak meletakkan calonnya yang disebut-sebut, Nicholas Bawin Anggat. PKR memilih seorang veteran politik yang pernah berkhidmat dengan Barisan Nasional selama 5 penggal di Lubok Antu, Jawah Gerang berumur 55 tahun. Barisan Nasional meletakkan harapan kepada anak muda, Malcolm Mussem Lamoh seorang jurutera professional.

2. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian awal kepada Barisan Nasional Sarawak yang bakal menghadapi Pilihanraya Umum dalam masa yang terdekat. Bagi Jawah Gerang, calon PKR, ujian ini adalah menentukan dan membuktikan samada kemenangannya dahulu adalah kerana pengaruh peribadinya dan bukannya faktor Barisan Nasional dan jentera BN semata-mata. Bagi Barisan Nasional pula tentu sekali akan "capitalise" kesinambungan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Sarawak di bawah payung Barisan Nasional.
.
3. Isu lain barangkali hak bumiputera yang dianggap oleh pemimpin PR sebagai "apartheid" dan tidak sedianya rakyat Sarawak menerima parti luar. Apakah hak-hak bumiputera di Bumi Kenyalang akan terjamin di bawah payung PR yang meniupkan mentera Malaysian Malaysia dan mentalkinkan "kontrak sosial" yang menjamin hak istimewa kepada kaum peribumi secara legitamate dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah tanpa "kontrak sosial" peribumi Batang Air akan mampu bersaing dengan mereka yang lebih terdedah dengan sepak terajang dunia perniagaan dan pengurusan hartanah? Apakah Nasib mereka sebagai peribumi dan masa depan anak-anak peribumi terjamin bila tsunami persaingan melanda?

4. Isu Ketua Menteri terlalu lama menjadi CM barangkali tidak menjadi atau tidak "significant" memandangkan calon PKR juga sudah terlalu lama menjadi MP BN sendiri. lima penggal Jawah Gerang menjadi MP bermakna 25 tahun berkhidmat dengan BN atau kurang sedikit. Kini melawan BN. Kata orang menungkah arus dan kacang lupakan kulit.

5. PKR sudah tentu akan meledakkan isu kebebasan, penindasan, kemiskinan, kroni dan rasuah di Lubok Antu, di Batang Air. Nawaitu PKR bukan sekadar merebut Batang air tetapi lebih mengidamkan keseluruhan Bumi Kenyalang dalam masa terdekat.

6. Batang air, sebagai kawasan yang tidak terdedah dengan dunia cyber secara meluas, ledakan PKR mungkin tidak akan berdentum gagah menyusupi pengundi di Batang Air memandangkan media dan siaraya di bawah penguasaan Kerajaan Barisan Nasional. Maka terpaksalah DSAI dan Jawah Gerang memelihara peti suaranya dalam sehari dua ini.

7. Penempatan majoriti penduduk di rumah panjang juga memberikan kelebihan kepada calon kerajaan berbanding PKR. Seperti lazimnya rumah panjang dibina dan diselenggara segala kemudahannya atas bantuan kerajaan. Pastinya agak sukar bagi pembangkang menembusi penempatan ini, lebih-lebih lagi pilihanraya ini hanyalah Pilihanraya Kecil (PRK).

8. Golongan muda dan berpendidikan tentunya akan berfikir dua kali memandangkan calon PKR sudahpun lanjut usianya dan telah lama menjadi MP yang sepatutnya direhatkan; sedangkan calon BN masih muda dan seorang jurutera professional yang berpengalaman dalam pembangunan pertanian. Keupayaannya memimpin dalam bidang politik perlu diuji. Mantan MB Perakpun seorang jurutera.

9. Lazimnya, apabila seorang jurutera peosessional seperti Malcolm Massem Lamoh berkecimpung dalam bidang politik, pastinya beliau mempunyai sesuatu agenda yang lebih besar. Pastinya Jawah Gerang yang digugurkan sebagai calon BN pada PRU 12 di Lubok Antu ada menyimpan rasa dendam kesumat kepada BN. Dalam masa yang sama, BN pasti mempunyai alasan yang besar kenapa Jawah digugurkan dalam barisan kepimpanan dan calon BN pada PRU12 yang lalu.

10. Sebagai kawasan "incumbent" kepada BN yang hanya memenangi kawasan ini dengan majoriti kecil sebanyak 806 pada pilihanraya yang lalu, pastinya persaingan sengit akan berlaku. Walau sesengit manapun, kerana berusaha memenagi hati rakyat, berdayung dan meniti titi akan digagahi. Pilihanraya Kecil DUN Batang Air ini akan dijadikan kayu pengukur samada Bumi Kenyalang telah bersedia membuka pintu yang lebih luas untuk Parti di peringkat Nasional menapak dan "mengeaw" di buminya atau sebaliknya.
.
More.....
Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputeraism sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP )Batu Kawan. Dari penyataan ini nyata bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang "anti-bumiputera" atau "tidak menyetujui dan menentang pemberian hak-hak dan keistimewaaan kepada bumiputera............
http://senjaliza.blogspot.com/2009/03/bumiputera-arpathied-dan-batang-ai.html
.
“I believe I have a more personal touch among the grassroot people, from the civil servants to the ordinary longhouse folk in the area, compared to the other candidate.“I have direct access to them. I believe my personlity can stand on its own but of course the campaigning will be an added bonus,” Malcolm Mussem Lamoh
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/21652-bns-malcolm-mussem-finds-comfort-in-number-9
.
About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 longhouses rely on boats as the mode of transport.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/29/nation/20090329082641&sec=nation
http://rajahmas.blogspot.com/2009/03/spekulasi-bn-sukar-di-batang-ai.html
MALCOLM MUSSEM LAMOH..
"Dengan keadaan ekonomi semasa, saya percaya ada peluang untuk kita merancang sesuatu yang membawa manfaat, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan hidro Batang Ai."Sektor perikanan dan agro-pelancongan adalah bidang yang memberikan pulangan jika diteroka selanjutnya, dengan tujuan memajukannya sebagai perniagaan penting yang lebih tersusun."Saya telah pun berkhidmat, mungkin selama lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam, jadi saya tahu benar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini," - Malcolm Mussem Lanoh
UNTUK TATAPAN PENDUDUK BATANG AI
Bagaimana hendak majukan Batang Ai sedangkan Permatang Pauh masih mundur (Klik Berikut):-
http://www.theborneopost.com/?p=49563

No comments: