Thursday, July 31, 2008

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syaratkontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."

Wednesday, July 30, 2008

Perubahan permainan politik Malaysia

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.

Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan suasana tersebut.

Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil.

Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati.

Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya.

Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya.

Saya menemui beberapa orang teman-teman yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.

Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan suasana tersebut.

Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil.

Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati.

Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya.

Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya.

Saya menemui beberapa orang teman-teman yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Protes orang Umno

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah diketahui umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.

Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.

Peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah.

Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi.

Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan pembangkang.

Sumber

MALAYSIAKINI.COM

Polis Poco-poco

Pasti menarik dan menghiburkan bila kita dapat menyaksikan gelagat sekumpulan polis wanita menari poco-poco. Selain dapat mengubah imej bengis dan garang, aktiviti yang sebegini dapat mengeratkan lagi rakyat biasa dengan pihak polis lantas dapat memberi insentif yang tersirat. Semoga segala usaha pihak polis dalam memenangi hati dan harapan rakyat akan berjaya dan semoga rakyat akan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan tugas mereka.


SEBAHAGIAN pelancong yang menyaksikan persembahan tarian poco-poco oleh sekumpulan polis pelancong pada program ramah mesra polis dengan orang awam di Melaka, kelmarin. – Gambar GAIE UCHEL

Monday, July 28, 2008

Laporan Doktor Kes Liwat Anwar

Berdasarkan bukti laporan doktor yang telah dikemukan oleh Raja Petra, jelas DSAI tidak dapat disabitkan dengan tuduhan meliwat yang telah dikemukakan oleh Saudara Saiful. Namun, sejauh mana kebolhpercayaan dokumen yang dikemukakan oleh Raja Petra? Adakah ianya boleh dipercayai? Adakah pihak polis negara kita bertindak membabi buta? Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan semua, janganlah kita mudah membuat andaian tentang apa jua yang diperkatakan oleh mana-mana individu tanpa kenyataan atau dokumen yang dikemukan disahkan betul oleh pihak yang berwajib. Apa komen anda????

Tuesday, July 15, 2008

Debat Shabery lwn Anwar

Assalamualaikum,
Rasanya ramai pemerhati politik dari segenap peringkat dan tempat telah menyaksikan debat antara Datuk Shabery dengan Datuk seri Anwar. sememangnya perdebatan tersebut adalah sesuatu yang perlu dan baik dalam kita cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu isu. Perjalanan debat hendaklah terurus dengan penuh adab serta memenuhi kehendak tajuk perdebatan. Kedua-dua pendebat semalam telah menyampaikan hujah masing-masing dengan cara yang sangat 'gentleman' tanpa menunjukkan perasaan marah tapi penuh dengan senyuman walaupun terpaksa.
Sekali imbas, sememangnya DSAI menunjukkan kemampuan dan kebolehan yang sangat baik di samping mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentyang tajuk perdebatan. Namun kita harus ingat, datuk shabery pun apa kurangnya. Secara keseluruhannya, debat semalam telah membuktikan kepada kita semua bahawa masih ada jalan untuk kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis tertentu. Kepada pihak kerajaan, kajilah dengan mendalam apa yang telah diperkatakan oleh DSAI dan kepada pihak pakatan rakyat, jadilah pembangkang yang berhemah dan bertanggungjawab dalam memperkatakan sesuatu isu. Bantulah kerajaan untuk menyelesaikan masalah negara khasnya yang berkaitan dengan ekonomi agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak kerana terlibat dalam menjayakan program yang begitu baik.
Bagi rakan-rakan lain di luar sana, sila beri imput anda mengenai perdebatan semalam. Sama da anda setuju atau tidak, siapa saja yang anda sokong, itu bukan menjadi persoalannya. apa yang penting, pandangan yang membina agar kita sebagai rakyat biasa dapat juga menyuarakan pandangan kita sendiri terhadap permasalahan negara kita yang dicintai. Bagi rakyat Sarawak, kita perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa agar kita dapat mencari formula yang terbaik untuk menyelesaikan mana-mana isu yang berkaitan dengan kita di Sarawak.
Salam..............

Monday, July 14, 2008

Celoteh kelebarmalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya tertarik dengan celoteh yang disiarkan dalam blog kelebarmalam. saya rasa ianya sesuatu yang patut kita bincang dan mungkin mencari jalan penyelesaian yang dapat meringankan sedikit penderitaan rakan-rakan kita yang lain. Jadi saya kepilkan bersama klip celoteh tersebut untuk renungan bersama atau boleh terus melayari blog tersebut di www.kelebarmalam.blogspot.com .


(Penin palak
hari tok..turn aku beli barang rumah..maklumlh baru first dpt gaji bulan ya tek. ambik punya ambik sik sedar bakul penuh. confiden beb gi kaunter nok byr. ..terkejut beruk bila cashier mdh rm267/40. Duit dlm wallet enggaklh rm200. Nasib baitlah kad kedit gik dpt dipakei..mun sik, burn jak muka. Smpei jk d rmh lalu ku story dgn cdak lain..bukannya nok kesian.. semua nya tetak..pas ya baru lh sedar. Semua cmplain rega brg semua dh nait. Mlm ya kmk org semua brkenang dn cdk lain nok brgaji kecik n ank byk gik skool. Cmney jak lh cdaknya survive.. Mun ktk org d luar ya ada story yg serupa..leh join sama. Ney tauk..kita dpt nulong-senulong atasi masalah tok..salam..... ) www.kelebarmalam.blogspot.com

...fikir-fikirlah wahai rakan budiman....

Info ringkas dan jentera pentadbiran

Bendera Negeri Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.


Lambang Negeri Sarawak
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia

.
Senarai Pihak Berkuasa Tempatan Serawak dan Laman Web

Dewan Bandaraya Kuching Utara
Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya 93050 KUCHING, SARAWAK.
http://www.dbku.gov.my/

Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Jalan Padungan 93675 KUCHING, SARAWAK
http://www.mbks.gov.my/

Majlis Perbandaran Miri
Jalan Raja 98000 MIRI, SARAWAK.
http://www.miricouncil.gov.my/

Majlis Perbandaran Padawan
Kota Padawan, Pasar Batu 10 Jalan Penrissen 93250 KUCHING, SARAWAK.
http://www.mpp.gov.my/

Majlis Perbandaran Sibu
Jalan Wong Nai Siong Peti Surat 557 96007 SIBU, SARAWAK.
http://www.smc.gov.my/

Majlis Daerah Bau
94000 BAU, SARAWAK
http://www.baudc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Betong
Bangunan Kubu Rentap 95700 BETONG, SARAWAK
http://www.betongdc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Dalat & Mukah
Jalan Kubu,Peti Surat 68 96400 MUKAH, SARAWAK
http://www.mukah-dalatdc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Kanowit
96700 KANOWIT, SARAWAK
http://www.kanowitdc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Kapit
96800 KAPIT, SARAWAK
http://www.kapitdc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Lawas
Peti Surat 80 98857 LAWAS, SARAWAK
http://www.lawasdc.gov.my/

Majlis Daerah Limbang
P.O. Box 390 98708 LIMBANG, SARAWAK
http://www.moeswk.gov.my/limbang/index.html

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
Jalan Bujang Suntong Peti Surat 1318 96008 SIBU, SARAWAK.
http://www.srdc.gov.my

Majlis Daerah Samarahan
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
http://www.samarahandc.sarawak.gov.my

Majlis Daerah Lubok Antu
95800 ENGKILILI, SARAWAK
http://www.lubokantudc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Lundu
94500 LUNDU, SARAWAK
http://www.lundudc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Saratok
95400 SARATOK, SARAWAK
http://www.saratokdc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Sarikei
Jalan Nyelong, Peti Surat 42096100 SARIKEI, SARAWAK
http://www.sarikeidc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Serian
94700 SERIAN, SARAWAK
http://www.seriandc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Simunjan
Jalan Kapitan 94800 SIMUNJAN, SARAWAK
http://www.simunjandc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Sri Aman
Peti Surat 7895007 SRI AMAN, SARAWAK
http://www.sriamandc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Subis
98150 BEKENU, SARAWAK
http://www.mdsubis.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Maradong & Julau
Jalan Mahkamah96507 BINTANGOR, SARAWAK
http://www.maradong-julaudc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Marudi
Peti Surat 374, Marudi 98058 BARAM, SARAWAK
http://www.marudidc.sarawak.gov.my/

Majlis Daerah Matu & Daro
96250 MATU, SARAWAK
http://www.matu-darodc.sarawak.gov.my/


Senarai Pejabat Daerah Serawak dan Laman Web

Pejabat Daerah Kuching
http://www.kuchingdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Lundu

Pejabat Daerah Bau

Pejabat Daerah Samarahan

Pejabat Daerah Serian

Pejabat Daerah Simunjan
http://www.simunjando.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Sri Aman

Pejabat Daerah Saratok

Pejabat Daerah Betong
http://www.simunjando.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Lubok Antu
http://www.lubokantudo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Sarikei
http://www.sarikeido.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Meradong
http://www.meradongdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Daro
http://www.darodo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Julau

Pejabat Daerah Sibu

Pejabat Daerah Dalat
http://www.dalatdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Mukah

Pejabat Daerah Kanowit
http://www.kanowitdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Bintulu
http://www.bintuludo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Tatau

Pejabat Daerah Kapit
http://www.kapitdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Belaga
http://www.belagado.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Song
http://www.songdo.sarawak.gov.my/

Pejabat Daerah Miri

Pejabat Daerah Marudi

Pejabat Daerah Limbang

Pejabat Daerah Lawas

Pejabat Daerah Matu

Pejabat Daerah Asajaya

Pejabat Daerah Selangau

Pejabat Daerah Pakan
http://www.pakando.sarawak.gov.my/

Salam Perkenalan

Sarawak ialah sebuah negeri yang indah dan makmur. Keluasannya hampir menyamai seluruh semenanjung Malaysia. Pelbagai kaum dan agama mewarnai negeri yang permai ini. Rakyatnya hidup dengan aman dan damai serta perasaan muhibbah wujud sejak dari zaman nenek koyang lagi walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi fahaman politik dan ideologi pentadbiran. Bagi mereka yang tidak pernah tinggal dan bercampur dengan masyarakat jati Sarawak, pelbagai tanggapan yang tidak tepat telah disuarakan dengan persepsi yang salah dan boleh menyebabkan mudarat jika tidak diperbetulkan. Bagi memulakan ruangan blog ini, saya sertakan sedikit info tentang Negeri Sarawak yang dicintai ini agar sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang negeri Sarawak boleh mendapat sedikit manfaat darinya.