Saturday, April 18, 2009
antara disokong..helah politik..atau...???
Mungkin tajuk hari ini mempunyai seribu persoalan dan memang pun sengaja ditulis begitu.. Sejak kebelakangan ini kita dapati trend rakyat untuk memberi sokongan kepada parti tertentu semakin jelas dan sedah berapa kali pilihanraya kecil diadakan dan keputusannya pasti akan memihak kepada kumpulan itu saja. Apakah mesej yang hendak disampaikan rakyat kepada kita? Adakah mereka menolak kepimpinan parti atau mereka menolak pemimpin yang tidak mesra rakyat? jika kepimpinan parti sudah mengetahui akan jawapannya, mengapa masih nak meletakkan calon yg sememangnya tidak diterima rakyat atau mengubah corak kepimpinan dan pentadbiran? Adakah mereka hendak menunggu nasi menjadi bubur? Adakah mereka menunggu parti mereka dirobohkan oleh rakyat? Kenapa belum sedar lagi? Permainan propaganda politik dengan menggunakan semua arus media perdana negara sudah tidak berkesan lagi. Semakin hebat sesebuah parti atau individu itu ditekan atau dituduh de3ngan pelbagai tuduhan maka semakin kuat sokongan rakyat kepada mereka.
Kini sudah ada sindrom baru yg cuba menyalahkan pihak tertentu sengaaja mempermainkan kepercayaan rakyat dgn sengaja meletakkan jawatan dan hak sebagai wakil rakyat> adakah sudah terlalu bodoh utk menerima bulat-builat tuduhan sedemikian sedangkan kita tahu tujuan perletakkan jawatan tersebut sememangnya perlu dilakukan? Adakah kta sudah bankrap idea atau strategi atau sebaliknya? adakah kita ingin dilihat sebagai pengecut dan tidak mahu menerima kemungkinan tewas lagi atau sebaliknya? adakah kita benar-benar ingin menyelamatkan wang rakyat demi memajukan ekonomi negara? Atau adakah kita tidak mempuinyai jawapan untuk mematahkan arus lawan yang semakin mengganan? kepada kepimpinan parti-parti tertentu, belajarlah dari kwesilapan diri sendiri dan contohilah kebijaksanaan lawan. Jangan tunggu sehingga anda duduk di tepi jalan sambil membawa sepanduk sambil melaungkan kata-kata anti kerajaan.....LU PIKIRLAH SENDIRI.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment