Wednesday, April 8, 2009

menang lagi..kalah lagi..

Seperti yg telah diramalkan, kekuatan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Batang Ai telah mendatangkan kejayaan kepada calonnya Malcolm Mussen dgn mengalahkan calon PKR. Walaupun PKR telah mula menjalanjakan kerja-kerja "ibadahnya" sejak dari tahun lepas namun rakyat tempatan tahu pilihan terbaik mereka. Hanya BN sahaja yg dpt memberi pembangunan dan kemakmuran di kawasan tersebut.

Namun demikian, sebaliknya telah berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Despite pelbagai strategi dan taktik kempen diadakan, despite penggunaan media elektonik dan media cetak seperti tv dan suratkhabar, namun rakyat tetap menolak calon Barisan Nasional. Adakah mereka terpedaya dgn dakyah parti pembangkang atau ada cerita disebalik pilihan mereka. Tepuk dada tanya selera.

Kini semua pemimpin tertinggi parti2 komponen Barisan Nasional mestilah berani membuat tindakan dan perubahan yg dpt mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka. Beberapa pemimpin tertinggi mestilah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada generasi baru mengendalikan perjalanan parti. jangan terlalu tamak dengan kuasa hingga lupa bahawa mereka mungkin punca utama rakyat tidak mahu menyokong Barisan Nasional. Ada sesetengah pemimpin terlalu ghairah untuk memegang kuasa sehingga mereka menjadi buta hati dan mata akan apa yg berlaku disekeliling mereka. mereka sanggup meletakkan kesalahan kepada orang lain.

walau apapun yang terjadi, pihak BN perlu sedar akan perubashan yg kini melanda negara kita terutama sekali di semenanjung Malaysia. Rakyat di sana jelas mahukan pembaharuan. jika BN ingin kekal memegang tampuk kepimpinan negara, maka..berubahlah sebelum anda diubah dan direbah..

Kepada semua pengundi dan penyokong BN di Sarawak, tahniah, anda telah membuat pilihan yang bijak.

No comments: