Friday, March 27, 2009

SYABAS DS NAJIB....TUN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO



Sudah lama saya tidak mengalirkan airmata bila mendengar apa-apa ucapan politik tp petang ini saya rasa terharu dan mengharap intipati ucapan penangguhan perhimpunanj UMNO oleh DS Najib dpt direalisasikan.

Beliau dgn tegas meminta semua ahli dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi utk memartabatkan kembali UMNO dan mendengar kehendak akar umbi serta rakyat dgn merealisasikannya melalui perancangan peringkat parti dan kerajaan.

Beliau juga dgn beraninya meminta agar semua ahli samada masih bersama kerajaan atau tidak, samada masih memegang jawatan parti atau tidak..supaya tidak membuat kritikan terbuka tetapi lakukannya secara mesyuarah dan secara tertutup.
Beliau juga meminta dua orang negarawan (Tun Mahathir dan Pak Lah) berganding bahu dgn beliau utk mencari jln penyelesaian terhadap semua perkara yg berkaitan dgn parti dan negara.

Akhir sekali..semua pemimpin diminta mendengar pandangan akar umbi dan turun padang bagi mengembalikan lagi kegemilangan parti UMNO sbg parti politik peneraju yg unggul di Malaysia.
"Tidak ada guna mempunyai jawatan dalam parti tetapi parti tidak dapat memerintah negara"


Saya berharap agar perubahan yg berlaku dlm UMNO akan dpt memberi impak yg positif kpd negara kita. kami di Sarawak sentiasa memerhati perkembangan politik UMNO krn sedikit sebanyak ianya memberi pengaruh kpd apa jua perkara yg berkaitan.

Saya juga berharap semua pemimpin UMNO samada yg memenangi atau tewas semasa pemilihan parti peringkat masing-masing mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka dan Barisan Nasional dan saya juga meminta semua pemimpin UMNO yg terlibat dalam rasuah politik wang mengundurkan diri secara terhormat atau disingkirkan dari parti.

Saya juga sangat terharu apabila Tun Mahathir turun ke pentas utama utk bersalaman dgn semua pemimpin tertinggi UMNO termasuklah dgn Pak Lah. Selepas itu Tun bersama pak Lah dan DS Najib telah berpimpin tangan sambil bergambar bersama-sama. Adakah ini reaksi spontan Tun Mahathir terhadap ucapan dan ajakan DS Najib? Saya rasa, ya. apa yg paling mengembirakan ialah apabila Tun Mahathir dengan rasminya memaklumkan kepada pihak media selepas sesi berkenaan akan menyertai semula UMNO. Ini merupakan satu perkembangan yg positif dan juga merupakan satu moral booster kepada DS najib dlm usahanya menyatukan perpaduan dan kekuatan UMNO.

No comments: