Tuesday, March 31, 2009

ada duit ke nak majukan kawasan?...

Saya tertarik dgn satu artikel dlm Utusan Sarawak keluaran 31 Mac 2009 pada m/s 2 yg bertajuk "Pembangkang tidak punyai peruntukan majukan kawasan". Penulis memetik kata-kata YB Joseph Mauh, ADUN Tamin. Beliau mengatakan bahawa walaupun wakil rakyat menerima elaun RM4000 setiap bulan namun ianya jauh dari mencukupi bagi membantu membangunkan kawasan yg diwakilinya. Beliau juga turut mengulas ttg isu penggunaan tanah adat dan menyatakan bahawa pembangunan tidak dapat dilaksanakan di awang-awangan tetapi perlu dibina di atas tanah. Tanpa tanah sesebuah pembangunan tidak dapat dilaksana.

Jika nilai dan fahami betul-betul apa yg telah diperkatakan oleh YB Joseph tadi, memang ada kebenarannya. Bagi mendapat kemajuan dan pembangunan, kita mestilah memberi laluan dan melakukan sedikit pengorbanan agar tanah yg kita miliki dibenarkan utk dibangunkan. Saya percaya pihak kerajaan telah membuat perkiraan ttg ganti rugi yg setimpal dgn kedudukan tanah-tanah tersebut. Jgn lah kita cuba membanding-bandingkan harga tanah di kawasan maju atau bandar kerana nilainya memang berbeza. Jika kita berdegil dan tidak mahu kerajaan mengambil atau menggunakan tanah kita, maka kerajaan tidak dpt membuat pembangunan di kawasan tersebut. Cuba kita bayangkan jika semua penduduk di bandar-bandar tidak membenarkan kerajaan membuat projek pembangunan di kawasan tersebut, saya percaya kita tidak akan mendengar nama-nama bangunan besar, hotel-hotel terkemuka dan pasaraya besar di kawasan tersebut. Maka jd lah kawasan kita sama seperti zaman nenek datuk kita yg baru merdeka.

Jadi saya menyeru agar semua pengundi kawasan N.29 Batang Ai menyokong calon Barisan Nasional bagi kesinambungan kepimpinan dan sekaligus memberi ruang pembangunan yg telah dirancang dpt dilaksanakan menurut pelan yg telah dirangka. Jgn lah anda mudah tertipu dgn hasutan-hasutan org luar kerana mereka tidak tahu akan nilai budaya dan cara hidup kita. Mereka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Waktu dulu, kita tidak pernah mendengar atau melihat kelibat mereka di kawasan kita tp mengapa kini mereka begitu beria-ia nak memperjuangkan keadilan dan hak kita? Jika mereka perihatin, kenapa mereka tidak membantu kita sejak dari dulu lagi walaupun mereka tewas semasa pilihanraya negeri yg lalu? Semoga sarawak dipelihara dari bencana dan kecelaruan orang asing. Kita adalah kita. Hanya kita yg faham ttg kita. Hanya kita tahu cara kita berfikir. hanya kita yg mampu mentadbir kawasan dan negeri kita.

No comments: