Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya menewaskan penyandang jawatan Ketua wanita UMNO iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dengan mendapat 507 undi berbanding 280 undi yg diperolehi oleh Rafidah. Kini saf baru seperti yang diminta oleh datuk Seri najib dari Pergerakan Wanita UMNO telah disempurnakan oleh perwakilan.
Namun ndemikian, pengalaman Tan Sri Rafidash selama 30 tahun memimpin Wanita UMNO haruslah di manfaatkan oleh wanita UMNO bagi mengukuhkan lagi kekuatan parti.
Sementara itu, dalam persaingan merebut Ketua Puteri UMNO pula, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah berjaya memenangi jawatan tersebut. Beliau telah menewaskan Ismalina Ismail, Shahaniza Shamsuddin, Ida Rahayu Md. Noor, Saarah Ali Bashah dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid.
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah berjaya memperolehi 245 undi dari para perwakilan.
Namun keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO amat mengejutkan dan merupakan satu keputusan "upset"..diluar jangkaan. despite segala rintangan , tohmahan dan kempen anti Khairy namun Khairy Jamaludin berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan mendapat 304 undi. Beliau telah menewaskan calon favourite iaitu Datuk Mukhris mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Keputusan ini pasti menjadi bualan dan topik hangat para pemerhati politik tanahair kerana kita semua tahu siapa Khairy jamaludin.
Semoga segala yang berlaku dlm proses pemilihan ini akan dpt membawa satu perubahan yg lebih baik samada kepada UMNO dan juga negara kita..
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 days ago
No comments:
Post a Comment