Kita tahu rakyat kini sedang menilai setiap perbuatan, percakapan, tingkahlaku dan tindakan pemimpin-pemimpin parti samda BN atau PR. Namun, masih ramai di kalangan ahli parti samada dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi parti, ada juga yg alpa dan leka dgn permainan politik kuno serta melakukan perkara-perkara yg menyalahi undang-undang serta kemahuan rakyat.
Baru-baru ini, pendedahan ttg amalan rasuah dan kesalahan-kesalahan lain yg telah dilakukan oleh ahli-ahli UMNO begitu mengaibkan kita. sebagai parti terbesar di negara kita, sepatutnya mereka menjadi role model dan menunjukkan kredebiliti kepimpinan yg tinggi dan bermaruah namun apa yg berlaku adalah disebaliknya.
Memanglah tindakan menyiasat dan menghukum individu-individu tertentu adalah satu perkara yg betul dan berani namun pendedahan kpd umum adalah satu tindakan yg mungkin memakan diri. Kini ramai di kalangan rakyat mencemuh kepimpinan parti dan tanggapan negatif terhadap parti serta individu yg tersebut tidak dpt dielakkan. Ada juga di kalangan pemerhati politik kedai kopi mempertikaikan keputusan atau hukuman terhadap beberapa individu tertentu tidak adil seperti "kj" yg hanya di beri amaran sahaja sedangkan "m.a.r" dikenakan tindakan yg lebih keras.
Kini, suasana sudah menjadi kecoh, sudah ada pihak yg mahu "sprm" membuat siasatan dan tindakan tegas terhadap individu yg telah dikenakan hukuman oleh pihak disiplin UMNO. saya harap, pihak UMNO dpt memulihkan kembali kepercayaan rakyat kpd mereka kerana jika dibiarkan, keputusan PRU13 akan lebih mengaibkan mereka..
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 days ago
No comments:
Post a Comment