Saya terpanggil untuk menyiarkan satu artikel yang saya baca dari link ini http://www.mysarawak.org/2009/02/28/barisan-nasional-boleh-tewas-di-batang-ai-jika-gagal-perjelaskan-isu-ncr.html. Artikel tersebut bertajuk Barisan Nasional boleh tewas di Batang Airjika gagal perjelaskan isu NCR. Saya harap pihak kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian mengenai perkara ini dan memandang remeh akan kekuatan lawan kerana kita telah lihat implikasinya semasa PRU 12 yang lalu.
Kini, kita boleh lihat pihak PKR dan sekutunya telah memulakan serangan mereka bagi mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut. Berikut adalah teks penuh artikel berkenaan.
Barisan Nasional boleh tewas di Batang Ai jika gagal perjelaskan isu NCR
KUCHING: Seorang penganalisis politik tempatan khuatir calon pembangkang akan menang dalam pilihan raya kecil Batang Ai kelak jika Barisan Nasional (BN) gagal memberi penjelasan dan menguruskan sebaik mungkin isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, para pengundi di kawasan yang mempunyai 95 peratus pengundi Iban itu akan menggunakan proses pilihan raya sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan.
“Di Batang Ai isu berkenaan boleh meletup apatah lagi apabila penduduk di kawasan terlibat dengan pemindahan empangan hidro pada suatu ketika dahulu masih lagi mengharapkan kerajaan memberikan tanah kepada mereka untuk aktiviti pertanian mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sepertimana pilihan raya-pilihan raya yang lepas menurut beliau, isu tanah tetap akan menjadi isu.
“Ini kerana isu tersebut sangat dekat dengan hati rakyat (permasalahan yang dihadapi umum terutama pemilik tanah NCR).
“Tanpa penjelasan dan pengurusan isu dengan baik, pengundi-pengundi akan marah kepada calon BN dan membuat undi protes,” katanya.
Beliau menambah, isu tanah sering diperkotak-katikkan pembangkang terutama menjelang pilihan raya.
Bagi penduduk luar bandar isu tanah adalah menyentuh hak milik NCR, manakala di bandar para pemilik hartanah sensitif tentang soal pembaharuan hak milik dan pembayaran premium.
“Jelas bahawa tidak kira di mana jua dan apa sahaja bangsa seseorang itu isu tanah sememangnya dekat dengan hati,” katanya.
Tarikh penamaan calon dan membuang undi untuk pilihan raya kecil Batang Ai, selepas kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot akan diketahui selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pada 4 Mac depan.
Sementara itu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuching Dominique Ng ketika dihubungi mengesahkan isu tanah NCR memang agenda kempen utama pembangkang.
‘Umpan’ pembangkang untuk memenangi hati para pengundi juga bersandar kepada kekurangan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Batang Ai, kata Dominique yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan.
Mengenai calon, beliau memberitahu senarai calon telah dikenal pasti dan yakin pucuk pimpinan PKR akan mencapai kesepakatan dalam memilih calon yang benar-benar layak.
Dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR ialah Ketua Penaja PKR Batang Ai Nicholas Bawin atau bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang.
Bawin bukan orang baru bagi penduduk Batang Ai.
Mendiang Dublin menjadi wakil rakyat di Batang Ai selama empat penggal sejak 1991.
Pada pilihan raya negeri 2006, Dublin menewaskan calon Parti Kebangsaan Sara-wak (SNAP) Nicholas Bawin Anggat dengan majoriti 806 undi.
Setakat September 2008, Batang Ai mempunyai pemilih berdaftar seramai 8,061 dengan 93 peratus adalah Iban.
Kepada semua pemimpin dan ahli parti Barisan Nasional Negeri sarawak khasnya kawasanan Batang Air, jangan leka dengan keselesaan yang anda nikmati selama ini kerana rakyat juga mahu sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan inilah medan yang paling sesuai bagi mereka menyuarakan kehendak mereka. Jangan kita seronok dengan sokongan rakyat selama ini khasnya khasnya selama 4 penggal mendiang Dublin Unting berjaya mempertahankan kawasan tersebut kerana kali ini lawan anda datang dengan semua kekuatan baik dari segi logistik, kewangan maupun publisiti. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 days ago
1 comment:
Salam,
Satu ulasan yang baik dan bermutu tentang senorio kedudukan politik batang ai..teruskan lagi.Wassalam.
P/S:saja kunjung blogger sarawak..lain kali mamak ingin buat ulasan dari perseptif orang semenanjung.
Post a Comment