Monday, January 19, 2009

Sarawak oh Sarawak

Tidak dapat dinafikan lagi perubahan pemikiran rakyat tentang kepimpinan negara kini sedang berkembang dan amat membimbangkan ramai ahli serta penganalisis politik. Terlalu sukar untuk mengetahui apakah piliha mereka walaupun telah disogok dengan pelbagai ransangan. Kita telah saksikan 2 pilkihanraya kecil sejak pilihanraya umum yang lalu dan kedua-duanya dimenangi oleh PR.

Kedua-dua pihak mempunyai kumpulan pemikir yang hebat dan sentiasa mencari strategi dan jawapan bagi memenangi hati rakyat. Setakat ini jelas pihak PR mempunyai kelebihan. Sandiwara hudud dikalangan mereka memang mempuinyai kelebihan. Tatkala pihak BN cuba menanampakkan kelemahan PR dengan memainkan isu hudud, jelas jerat telah makan tuan.

Kini semua tumpuan beralih ke Sarawak. Pilihanraya negeri akan diadakan sedikit masa lagi. Apakah pihak BN negeri dan Nasional telah cukup bersedia untuk menghadapi gelombang kebangkitan PR atau mereka masih lagi bermimpi di buaian kerajaan langit. Jika pihak BN Sarawak tidak melakukan sesuatu yang drastik, tidak mustahil peristiwa Permatang pauh dan Kuala Trengganu akan berulang lagi. Kita perlu berani membuat pengorbanan politik demi survival politik kita.

No comments: