Tuesday, January 27, 2009

Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa..

Tidak dapat dinafikan pergolakan politik melayu di semenanjung sedikit sebanyak pasti akan mempengaruhi senario politik di Sarawak. Ini adalah kerana pada awal penubuhan Malaysia, salah sebuah parti politik tempatan dilihat sebagai proksi kepada UMNO. Jika kita amati betul-betul, logo dan warrna parti berkenaan memang menyerupai UMNO. hanya kerana kita tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham dgn ketua menteri sarawak pada masa itu maka kita tidak menggunakan nama UMNO atau membuka cawangan di sini walaupun ada beberapa percubaan untuk berbuat demikian oleh individu-individu tertentu.

UMNO ditubuhkan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar pada 1946 di Batu Pahat Johor. Tujuan asal UMNO ialah untuk membela nasib orang melayu dan raja-raja melayu dan asas utama ialah untuk memperjuangkan kedudukan orang melayu menentang Malayan Union.

Lenyap sahaja dengan sejarah itu, kerana semua orang barangkali sudah tahu asal usul UMNO dan asas penubuhannya. Namun hari ini UMNO terkulai dengan pelbagai konflik dan masalah yang timbul. ramai berpendapat jika UMNO tewas, orang melayu juga akan tewas. jika UMNO gagal, maka MCA dan MIC juga akan gagal. jika UMNO lemah, maka kerajaan Malaysia juga akan turut lemah.

Selepas kekalahan yang teruk pada pilihanraya umum yang lalu, rata-rata parti komponen BN meletakkan kesalahan kepada pucuk pimpinan UMNO. Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng lantang bersuara menegaskan bahawa MCA harus berhenti mengharap UMNO dan mesti mulai membina kekuatan sendiri. pendapat ini disuarakan sekali lagi oleh Datuk Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA, bahawa UMNO harus stabil jika mahu BN stabil.

Ini menampakkan bahawa peranan UMNO dalam BN amat besar. kenyataan seperti ini juga banyak disuarakan oleh pemimpin pembangkang, yang berkata bahawa jika pimpinan UMNO lemah, maka kerajaan Malaysia juga akan lemah kerana UMNO merupakan tunjang kerajaan.

Mengapa UMNO Lemah? Persoalan yang kerap timbul ialah dimana salah UMNO sehingga dianggap sebegini lemah oleh pelbagai pihak termasuk pemerhati politik dari luar negara.

UMNO ditunjang oleh kepimpinan yang tidak mencerminkan kepimpinan UMNO yang sewajarnya, dalam erti kata lain, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan banyak kesilapan sewaktu pentadbirannya.

Datuk Seri Presiden sendiri menekankan integriti dan hapuskan budaya rasuah. tetapi semakin beliau memperjuangkan konsep tersebut, semakin banyak kes-kes rasuah yang berlaku. samada beliau sedar atau tidak, hanya Allah yang tahu.

Beliau juga memperkenalkan konsep Islam Hadari, tetapi perlaksanaannya hanya tertumpu kepada tujuan dan matlamat sahaja. dalam 10 konsep Islam Hadari yang diperkenalkan, tidak satu pun menepati matlamat.

Kerajaan adil dan beramanah? - adilkah?amanahkah? sedang banyak isu-isu nasional yang membabitkan pemimpin kerajaan tidak dapat dijawab dengan memuaskan, bagaimana kita mahu mewujudkan kerajaan yang adil dan beramanah?

Kemasukan KJ kedalam UMNO telah menghancurkan UMNO sama sekali. sewajarnya KJ lebih bersabar sedikit. Tidak sedarkah KJ bahawa kemasukan anda sedikit sebanyak menggugat kredibiliti Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Zaman sudah berubah. rakyat hari ini sudah bertambah celik. mereka tahu menilai yang mana baik dan mana buruk. dan mereka telah menzahirkan segalanya didalam pilihanraya Umum yang lalu. ia merupakan petanda dan amaran daripada rakyat bahawa mereka tidak boleh diperbodohkan lagi.

Hari ini pemimpin UMNO berjuang kerana wang ringgit, tidak seperti pemimpin UMNO yang lampau. mereka angkuh mahu meletakkan calon mereka dimana sahaja mereka kehendaki tanpa mengambil kira pendapat rakyat. akibatnya mereka menerima padah.

Pengunguman Datuk Seri Presiden mengenai peralihan kuasa yang dijadual pertengahan Jun 2010 sedikit sebanyak melegakan ahli UMNO. pengunguman ini juga akan mengembalikan keyakinan pelabur asing. mereka mahu politik kita stabil. walaubagaimanapun, pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib harus diselesaikan dahulu. mengenai pembabitan beliau dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya hanya Allah sahaja yang tahu.

Namun jika kebenaran berpihak kepada keluarga Altantuya, padah amat buruk kepada UMNO. dan UMNO akan kembali lemah..

Justeru itu, parti-parti politik melayu khasnya, mestilah mencari jalan bagi memantapkan kredibiliti masing2 agar rakyat masih lagi menganggap kita relevan demi kemajuan negara.

No comments: