Thursday, January 15, 2009

Pilih dengan bijak

Esok hari mengundi pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Pilihanraya kecil ini penting untuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Penting untuk Anwar Ibrahim dan Najib Razak.Penting untuk kepimpinan Umno dan kepimpinan PAS.Hampir 90 peratus pengundi Melayu di kerusi P36 ini.Orang-orang Melayu akan memberi signal sama ada Umno atau PAS pilihan mereka.

Walaupun 10 peratus pengundi Cina juga merupakan faktor penting, tidak dapat dinafikan bahawa sokongan Melayulah yang paling penting dalam pilihanraya kecil ini kerana merekalah yang merupakan suara majoriti.

Dr.Mahathir menyeru penyokong-penyokongnya untuk mengundi calon bebas. Sejauh manakah ini memberi kesan? Kali terakhir Dr.Mahathir memimpin BN menyertai pilihanraya pada tahun 1999,Terengganu jatuh ketangan PAS.

Esok rakyat Kuala Terengganu akan menentukan siapa pilihan mereka

No comments: