Tuesday, January 13, 2009

Cakap tak serupa bikin...

Bercakap tentang kelemahan dan kesilapan orang lain memang mudah. Kita boleh tuduh sesiapa saja tentang kelemahan pengurusan dan amalan pembaziran yang dilakukan. Kita boleh tuduh kerajaan mengamalkan pembaziran dengan membeli kereta baru untuk kegunaan mereka walaupun kereta lama masih lagi boleh diguna. Kita boleh menuduh kerajaan tidak membuat keputusan bijak dengan menaikkan harga minyak. Kita juga boleh menuduh parti-parti politik kerajaan mengamalkan nepotisme. Kita boleh tuduh apa saja tentang keburukkan kerajaan asalkan kita mendapat keuntungan.

Tapi bila kita pula mengambilalih kerajaan, adakah kita bersih dari tuduhan-tuduhan yang pernah kita lemparkan kepada kerajaan lama yang memerintah dulu? Adakah kita kini tidak melakukan pembaziran dengan membeli kereta baru walaupun kereta lama masih lagi baru..adakah kita membuat keputusan bijak dengan tanah kepada sekolah bukan melayu sedangkan terlalu banyak sekolah agama yang sangat uzur memerlukan bantuan kita..adakah kita tidak mengamalkan nepotisme sedangkan anak-anak kita turut menjadi calon pilihanraya dalam parti yang kita pimpin???

Kepada rakyat di luar sana, kita sudah cukup dewasa untuk membincangkan tentang senario politik negara. kita dapat menilai sejauh mana kredebiliti dan keikhlasan pihak-pihak tertentu dalam mentadbir sesebuah kerajaan baik di peringkat negeri maupun di peringkat kerajaan pusat. Sekiranya baru nak memerintah tetapi terlalu banyak kontroversi, penyelewengan dan perselisihan pendapat berlaku, maka janganlah mengambil risiko dengan membenarkan golongan seperti ini memerintah negeri atau negara kita.

No comments: