Thursday, January 22, 2009

Antara punca rakyat memulaukan parti komponen BN

Setakat hari ini, kita sudah menyaksikan kesudahan pilihanraya umum dan 2 pilihanraya kecil. Keputusannya sangat mengejutkan. Mulalah kita saling menuding jari bagi meletakkan kesalahan diri kepada orang lain.

Jika kita amati budaya politik yang diamalkan oleh rakan-rakan di dalam parti komponen BN banyak menjadi punca rakyat hilang kepercayaan terhadap kewibawaan mereka. Perebutan kuasa, politik wang, skandal seks, rasuah, enggan memberi laluan kepada generasi muda walaupun usia sudah terlalu senja dan banyak lagi isu telah menyebabkan rakyat mual dengan BN.

Media juga banyak memainkan peranan dalam kejatuhan sokongan rakyat. Hampir setiap hari, karenah pemimpin BN disiarkan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan jenayah. Jika BN ingin kekal relevan di hati rakyat, maka para pemimpin mesti berani membuat perubahan dan memberi laluan kepada generasi muda untuk memimpin barisan hadapan. Ketelusan, keikhlasan, amanah dan kerajinan menjadi musuh utama pemimpin kita. Jika mereka dapat mengamalkan perkara-perkara tersebut nescaya sokongan rakyat akan kembali padu.

Insyaallah..

No comments: