Monday, October 27, 2008

Debat Terbuka

Seringkali kita bertanya, adakah pemimpin pilihan kita benar-benar memahami skop tugas mereka? Adakah mereka mempunyai reaksi spontan yang bijak untuk mengatasi sebarang masalah yang datang dalam masa terdekat? Adakah mereka mempunyai karisma dalam kepimpinan? Adakah mereka mempunyai kebolehan dalam menangkis hujah2 pihak lawan secara spontan? Apakah perancangan mereka untuk mentadbir negara kita? Saya rasa ramai rakyat ingin tahu sejauh mana kredebiliti bakal-bakal pemimpin kita yang mungkin menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan negara.

Kalau kita lihat di beberapa buah negara barat khasnya Amerika Syarikat, calon-calon Presiden negara tersebut perlu bersaing diperingkat parti terlebih dahulu dan debat terbuka diadakan sebagai platform untuk menerangkan kepada rakyat akan strategi pemerintahan mereka serta bagaimana mereka hendak membangunkan negara.

Sejak akhir-akhir ini, debat terbuka juga dilakukan secara langsung di kaca televisyen di negara kita. Ianya dimulakan dgn debat antara Datuk Shaberry dan DSAI, LimGuan Eng dan Koh Soo Kun dan yang terbaru ialah antara Saifudin Nasution dgn Khir Toyo. Apakah kualiti debat yang boleh kita lihat? Adakah debat ini dapat membantu kerajaan meraih sokongan daripada rakyat? Tepuk dada tanya selera. Jauh disudut hati, saya merasa kesal dan sedih melihat calon-calon yang mewakili kerajaan kerana seolah-olah mereka tidak mempunyai persediaan serta pengetahuan yang mendalam dalam banyak isu yang dibangkitkan semasa debat tersebut. Hentaman demi hentaman di tujukan oleh pihak lawan kpd mereka. Bagi menutup kelemahan wakil-wakil kerajaan, pakar-pakar tertentu akan dibawa masuk dalam beberapa rancangan susulan di tv bagi menghentam pihak lawan serta memulihkan luka pihak kerajaan. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Kerajaan sepatutnya memikirkan secara masak-masak sebelum berdebat dgn pihak pembangkang kerana impaknya terhadap populariti serta sokongan rakyat sangat tinggi. Jika silap langkah, rakyat akan terus meminggirkan parti pemerintah dan bertukar arah pula. Jika masih lagi nak berdebat, pilihlah calon yang benar-benar berkemampuan, jika tidak ada, diam saja dan buatlah propaganda bagi menutup segala kelemahan.

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya pendebat pihak kerajaan mestilah seorang yang berpengetahuan dan petah berdebat.