Tuesday, February 10, 2009

Sandiwara atau realiti

Melihat akan perkembangan politik semasa khasnya di negeri-negeri sebelah utara, kita dapati ada kecenderungan sesetengah ahli politik cuba mengalih perhatian nrakyat untuk lebih fokus terhadap mereka. Maksud saya ialah, beberapa siri pendedahan tentang ugutan keselamatan, penculikkan, ganjaran untuk melompat parti dan sebagainya semakin menjadi-jadi. kadang-kadang kita berasa hairan, kenapa fenomena seperti ini semakin menjadi-jadi. kalau kita lihat 10 atau 20 tahun yang lalu, perkara seumpama ini tidak pernah (atau tidak pernah dihebohkan)berlaku.

Pernah suatu ketika ada seorang adun dari parti tertentu memaki hamun pihak lawan dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan penyelewengan dilakukan oleh pihak berkenaan tetapi selang beberapa bulan atau tahu, adun yang berkenaan sudah menyertai parti lawan tersebut. Adakah ini satu percubaan dari adun yg berkenaan untuk mencari publisiti dan habuan yang lumayan agar beliau berpaling tadah?

Wallahu'alam...

2 comments:

azlishukri said...

sama2 kita berdoa agar Allah selamatkan Malaysia.

SAYANG SARAWAK said...

Insyaallah. Kalau ada masa tu, jenguk2lah selalu ke sini. neway, thanks mr muhammad.