Sunday, February 15, 2009

Taat Setia

Saya rasa sangat bosan dengan sandiwara yg dimaikan oleh pemimpin2 kita. Saya masih ingat suatu ketika dahulu, apabila kuasa dan kekebalan raja2 melayu dikurangkan oleh Tun mahathir, ramai pemimpin Melayu itu sendiri menyokong tindakan tersebut walaupun ada tentangan dari org melayu itu sendiri. Pelbagai alasan dan bukti dikemukan bagi menghalakan perbuatan mereka. Saya masih lagi ingat pada waktu pindaan undang-undang berkaitan dgn perkara itu, saya dan beberapa rakan saya (orang melayu) mengalirkan air mata dan kami takut perkara ini akan menjerat diri sendiri.

Bila ada org lain mengambil peluang utk menyaman raja kita, siapakah yg perlu dipersalaahkan dulu? Siapakah yg telah memulakan penderhakaan kepada institusi raja di negara kita?

Bila org melayu sendiri yg tidak menghormati intitusi raja negara kita, bagaimana kita nak mengharapkan bangsa lain utk menghormati raja-raja melayu, lebih-lebih lagi pihak pembangkang?

saya sgt meluat melihat telatah segelintir pemimpin melayu yang kononnya bermati-=matian hendak mempertahankan hak dan maruah intitusi raja-raja melayu sedangkan mereka pernah bersongkongkol utk merendah-rendahkan maruah dan martabat raja-raja melayu dulu?

Kini, keadaan sangat tegang di hbeberapa buah negeri. pelbagai pihak dgn lantang menyokong utk mempertahankan kehormatan institusi rajaa-raja melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jika isu ini tidak ditangani dgn betul, saya percaya perisytiwa 13 mei mungkin akan berulang lagi.

Kepada semua pemimpin kerajaan dan pembangkang, tanganilah isu ini dgn bijak. Jgn biarkannya tidak terkawal. peliharalah keharmonian dan keamanan negara kita. jgnlah mengikut perasaan. Jgn ambil; kesempatan ini utk mengaut keuntungan politik atau agenda peribadi masing-masing. Jgnlah kita menghunus keris kerana sekali ia dihunus, maka darahlah jawapannya nanti.

"TAKKAN HILANG MELAYU DI BUMI"
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

2 comments:

AI PENGAYU said...

Ya.. kamek sarawak juak.. hahaha

SAYANG SARAWAK said...

Selamat berkenalan AI PENGAYU. Tq kerana sudi menjenguk.