Thursday, March 26, 2009

Khairy..against all odd...

Ramai penganalisis politik tanahair sebelum ini telah meramalkan bahawa mukhris mahathir besar kemungkinan akan memenangi pemilihan sbg Ketua Pemuda UMNO namun segalanya tidak seperti yg diramalkan. Kejayaan Khairy Jamaludin, anak kepada Datuk Jamaluddin Abu Bakar (bekas diplomat) dan Datuk Rahmah Abdul Hamid, telah mengejutkan banyak pihak.

Jika kita lihat kempen2 yg berkaitan dgn pemilihan Ketua Pemuda UMNO yg baru lalu, rata-rata melihat kekuatan Mukhris adalah sgt jauh jika dibandingkan dgn Khairy. Ini jelas dilihat semasa beberapa sesi debat terbuka khasnya yg disiarkan oleh pihak media di mana Mukhris telah menunjukkan kematangan beliau dlm mengupas beberapa isu yg berkaitan dgn ekonomi dan sbgnya sementara Khairy hanyalah spt srg penumpang sahaja.

Dalam beberapa blog yg dikendalikan oleh beberapa bloggers tempatan, jelas dilihat kecenderungan mereka memberi kredit kpd Mukhris dan tidak keterlaluan saya katakan ada di antara mereka dgn terang anti Khairy dan menyeru supaya semua perwakilan UMNO khasnya pemuda agar tidak menyokong Khairy (BUDAK TINGKAT EMPAT spt yg selalu di sebut oleh srg ahli politik senior kita).

Namun, Khairy telah berjaya melepasi segala ranjau dan seterusnya memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mengapa ini berlaku? Adakah ini tanda-tanda undi protes terhadap individu-individu tertentu? Adakah para perwakilan pemuda UMNO ingin menterjemahkan keputusan ini supaya org luar khasnya yg telah meninggalkan UMNO dan menikam UMNO dari belakang agar tidak mencampuri hal-ehwal UMNO? Atau adakah para perwakilan Pemuda UMNO menginginkan seseorang yg agressif dlm menangani serta berhadapan dgn cabaran baru politik masa kini? Walau apa pun jawapannya, kemenangan Khairy sememangnya sesuatu yg di luar jangkaan ramai dan penuh dramatik.

Apa yg kita ingin lihat sekarang ialah sejauh mana pihak-pihak yg kalah ikhlas utk menyatukan kembali perpecahan pemuda kerana kita semua sudah maklum bahawa pergaduhan di antara penyokong Khairy dan Mukhris di luar dewan semalam sgt memalukan kita. Jika pihak berkuasa khasnya polis tidak masuk campur..entah apa yg akan berlaku. adakah kita akan melihat perpecahan yg semakin besar sehingga timbul Team A dan Team B dlm pergerakan Pemuda UMNO kelak? Entahlah..hanya masa yg akan menentukannya.

Segala tindak-tanduk Pemuda UMNO pasti akan menjadi perhatian ramai.

2 comments:

KINAS said...

Isu politik wang dan isu membenarkan seorang yang telah didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan ini tidak harus disembunyikan.

Jard The Great said...

=p =p