Saturday, March 21, 2009

Bumi Ambia tidak akan aman kerana....

Sejak dari dulu, bumi Palestin sentiasa bermandikan darah. persengketaan di antara orang Islam dan Kristian suatu ketika dahulu berlarutan berkurun lamanya, kemudian di susuli dgn pencerobohan pengganas Zionis yg bagai tiada kesudahannya.

Para pemimpin negara2 Arab bagaikan membutakan mata dan memekakkan telinga ttg penderitaan rakyat Palestin. hanya beberpa kerat sahaja pemimpin Arab yg mengambil berat ttg Palestin. Apa yg palin menyedihkan ialah rakyat Palestin sendiri yg seagama tidak dpt sehaluan. Mereka asyik bertelagah krn hanya mementingkan kuasa dan jawatan. Dalam mereka bertelagah, regim Zionis tersenyum lebar dan bertepuk tangan. Kita di sini, bagai nak rak menentang kezaliman zionis terhadap palestin dan bersatu hati serta sanggup menderma mengikut kemampuan namun pemimpin palestin sendiri masih tak sedarkan diri.

Sampai bila mereka sanggup melihat penderitaan rakyat mereka semata-mata hendak mengekalkan kuasa politik mereka. Adakah kepimpinan begini yg diinginkan rakyat palestin? Sesungguh nya hanya perpaduan pemimpin dan rakyat palestin sahaja yg dpt mengubah nasib mereka sendiri.

Apabila saya terbaca berita ttg kegagalan hamas dan fatah utk berdamai, sudah terbayang kerakusan regim Zionis utk menindas rakyat palestin krn mereka tahu kerajaan palestin sangat lemah.

Berikut adalah keratan akhbar yg saya petik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

KAHERAH 20 Mac - Rundingan antara puak-puak Palestin yang bertelagah anjuran Mesir di sini semalam gagal mencapai sebarang persetujuan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, sekali gus menghalang usaha untuk menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.

Kegagalan rundingan antara Hamas dan Fatah itu juga boleh memburukkan lagi perbezaan di kalangan negara Arab menjelang Persidangan Liga Arab akhir bulan ini di Qatar, selepas pakatan Amerika Syarikat (AS)-Asia Barat termasuk Arab Saudi mengharapkan penyatuan di kalangan parti dalam negara Palestin.

No comments: