Monday, August 11, 2008
Bahaya Fahaman Wahhabi dalam Islam
Sebenarnya pertentangan antara Wahabbi dengan Ahlul Sunni bukanlah suatu perkara yang baru. Telah bermula sejak tahun 1925 lagi apabila pihak Arab Badwi Saud yakni pengikut kepada fahaman Muhammad bin Abdul Wahab yang berkiblat pada fahaman Ibn Tamiyah telah menumpaskan kerajaan Syarif Hussein yang berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali. Syarif Hussein ini dikatakan berketurunan dari Rasululah s.a.w. Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota: suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini. Sebab itu Gerakan Wahabi digelar sebagi gerakan tidak sampai usia seratus tahun sempena dengan serangan pada tahun 1925. Dan bukannya bermula dengan tahun kelahiran Muhamad Bin Abdul Wahab apatah lagi dengan kelahiran Ibn Tamiyah pada kurun ke 7 hijrah. Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutiak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud. Kejayaan pihak Saud ini adalah dengan bantuan pehak Inggeris dalam usaha untuk menghalang kebangkitan Islam melalui fahaman Ahlul Sunni. Pihak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua untuk memerintah sesebuah negara jika dirasakan boleh menghalang kebangkitan umat Islam. Seperti sokongan mereka kepada Mustapha Kamal Attaturk. Dengan lenyapnya empayar kerajaan Uthmaniah di Turki, beliau menjadi boneka Inggeris di Turki. Dengan adanya boneka seperti Mustapha kamal Attarturk ini memudahkan penguasaan Inggeris untuk menjajah Umat Islam di turki dan seterusnya mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua yang sudi menjadi tali barut mereka. Sesiapa yang menentang akan ditentang habis-habisan oleh pihak penjajah seperti mana yang terjadi pada Saddam Husein. Jadi kena kaji semula dari segi sejarah dan bukan menyokong mana-mana pihak secara melulu. Persoalannya ialah mengapa pihak Inggeris memilih Bani Saud sebagai peneraju Kota Suci Mekah dan mengapa tidak menyokong Syarif Hussin dalam serangan Bani Saud tersebut? Dengan kekuatan tentera Inggeris yang ada pada ketika itu , merekalah sebenarnya yang menentukan siapa yang bakal memerintah di Kota suci Mekah. Tanpa sokongan Inggeris dari segi kekuatan tentera dan senjata, Bani Saud sudah tentu tidak mampu untuk menumpaskan Syarif Hussin.Maknanya pihak Inggeris adalah dalang disebalik pemerintahan Bani Saud di Negara Arab Saudi. Tentu ada sebabnya mengapa berlakunya sokongan pihak Inggeris pada bani Saud. Yang utama sekali ialah pegangan ugama pemerintah Bani saud tersebut yang berfahaman Wahhabi . Yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini asalnya adalah serpihan dari Mazhab Hambali. Jadi kebangkitan Wahabbi adalah seiring atau sinonim dengan penjajahan minda Barat keatas umat Islam. Kalau sebelum tahun 1925, pergerakan Wahabbi hanya berkisar sekitar tanah Arab seperti Iraq, Mesir dan Kota Suci Mekah, tetapi selepas tahun 1925 ia mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk kepada Kepulauan Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini majoritinya mengamalkan fahaman Ahlul Sunnah termasuk Tokku Paloh, Tok Kenali, Habib Noh di Singapura dan Wali Songo di Indonesia. Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin yang bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk pengetahuan umum Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan Fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat. Walau pun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah ahlul sunnah. Dari segi usuludin, fahaman sunni berkiblatkan pada Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kedua-duanya lahir pada tahun ke 3 hijrah. Fahaman ini agak terkenal dengan sifat 20. Iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus iaitu harus membuat atau tidak. Tidak ada paksaan bagi Allah untuk membuat sebarang pekerjaan. Melalui fahaman inilah Zat dan Sifat Allah samasekali tidak meyerupai makhluknya baik manusia atau makhluknya yang lain. Begitu juga dengan pengajian Tasawuf yang terdapat dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Banyak berkiblat pada Imam Ghazali, Imam syeikh Kadir Al Jalani, Imam Ahmad Sayuti serta mereka yang mengamalkan ajaran bertarekat. Ajaran tasawuf sebenarnya terasing dari fahaman Wahabi.Sehingga dikatakan sesiapa yang mengamalkan ajaran bertareqat adalah diangap sesat! Kalau begitu bagaimana dengan kedudukan wali-wali Allah seperti Tiok Kenali dan Tokku Paloh yang juga mengamalkan ajaran bertareqat? Sesatkah mereka? Kerana puak Wahabi berpandu pada Al-Quran dan hadis sahaja.Pihak kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan kitab Ehya Ulumudin dari diterbitkan di Negara Arab Saudi.Pengajian Wahabi mula berkembang bukan sahaja di Arab Saudi tetapi dengan sokongan British ia telah dijadikan kurikulum di semua sekolah termasuk Universiti. Hatta suatu ketika dahulu untuk mendapatkan Phd dalam pengajian Islam terpaksa berguru pada bukan Islam samada di Universiti Barat atau tempatan dengan berpandukan sukatan Wahabi! Ajaran Ahlul Sunnah yang pada mulanya bermula dari peringkat remaja yang berteraskan pengajian Imam Ghazali dalam Kitab Ehya Ulumudin dan Imam Abu Hassan Asyaari serta Imam Abu Mansur Al Maturidi dalam bidang Usuludin tidak dikembangkan keperingkat Universiti. Pengajian Ahlul Sunnah banyak dalam bentuk bertarekat sebagai satu cara kaedah menyucikan diri. Seperti Tarekat Nasybandi, Qadiriyah,Ahmadiyah dan yang terbaru tarekat Muhamadiyah yang telah diharamkan oleh Pemerintah Malaysia pada tahun 1994 atas nasihat Majlis fatwa Malaysia yang rata-ratanya berpandukan kepada ajaran Wahabi. Tetapi rata-rata ajaran tarekat adalah berguru dari Imam Mursyid yang 100 % dari Al-Quran.Kecuali ajaran tarekat yang menyeleweng. Tetapi jika 100% kandungan bertarekat berdasarkan dari Al-Quran , masakan boleh menyeleweng? Dimana perbezaannya antara amalan tasawuf Ahlul Sunni dengan amalan tasawuf Wahabbi? Jawapannya ialah kesinambungan dari lidah guru yang bersambung dari satu generasi dari zaman Rasululah sehingga kegenarasi yang ada sekarang. Ajaran Wahhabi sebenarnya sudah terputus kesinambungan dari lidah guru mursyid kerana ajaran Ibn Tamiyah sudah terkeluar dari Mazhab Hambali yang sebenar. Setakat berdasarkan pada fahaman dari Al-Quran dan hadis belum cukup untuk mana-mana individu menemui pada jalan yang benar. Beliau memerlukan guru mursyid untuk membimbingnya. Kalau tak berjumpa dengan guru mursyid, syaitanlah yang menjadi gurunya. Yang kedua ialah fahaman Usuludin atau ilmu ketuhanan puak wahabi tidak berteraskan pada Imam yang diiktiraf oleh Ahlul Sunni seperti Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Memang benar pada zaman Rasullulah , mereka belum lahir lagi,tetapi pada ketika itu setiap permasalahan agama jika timbul sebarang masalah boleh terus bertanya pada Rasululah atau sahabat baginda. Tetapi selepas kewafatan Rasululah, banyak cabang dan aliran agama dalam bentuk ilmu ketuhanan yang wujud. Sepeti fahaman muktazilah, khawarij , syiah dan banyak lagi. Untuk mengatasi akan bahaya akan penyelewengan akidah umat Islam dari segi fahaman yang menyeleweng ini, maka muncullah fahaman Imam Abu Hassan Al Syaari. Beliau pada mulanya adalah berfahaman Muktazilah. Tetapi bila beliau mengkaji kembali akan ajaran tersebut, maka dengan taufik dan hidayah yang Allah beri ,maka beliau mengaku keluar dari fahaman Muktazillah dan menerbitkan beberapa buah kitab mengenai sifat 20. Beliau dibantu oleh rakannya Imam Abu Mansur Al Maturidi. Tetapi ajaran Wahabi menyuruh umat Islam bertaklid takat pada Al-Quran dan Hadis sahaja. Tak mungkin orang awam pada akhir zaman dapat menghayati isi kandungan Al-Quran tanpa berguru mursyid! Kalau dilakukan juga selama itulah umat Islam akan sesat sesesatnya . Seperti penolakan ziarah kubur, bermarhabban, berzanji, bermaulid, beryaqazah, amalan bertawasul pada yang hidup atau mati sebenarnya semua itu ada dalam ajaran Islam. Cuma puak Wahabbi yang tidak menjumpai nas atau dalil tersebut! Suatu perkara yang mendukacitakan pada akhir zaman ini ialah sukatan pengajian Islam terutama pada peringkat menengah dan universiti telah diserang dengan fahaman Wahabbi ini. Jika suatu ketika dahulu umat Islam rata-rata menerima pendidikan Ahlul Sunnah melalui sistem pendidikan pondok, tetapi bila mereka belajar di luar negeri dengan menyambung pengajian peringkat master atau phd, sukatan pengajiannya hampir berkisar kepada fahaman Wahabbi.Mengikut sukatan penjajah . Masakan pihak Inggeris dan Yahudi yang menyediakan sukatan tersebut akan memberi roh Islam pada pelajarnya? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka lah yang menentang kegiatan dakwah Islam di Malaysia seperti mana yang kita saksikan pada tahun 1980an dan pada tahun 1990an. Sehingga membawa kepada pengharaman sebuah pertubuhan agama yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah! Atas dakwaan membawa ajaran sesat! Sebab itu bila para pelajar ini pulang ke Malaysia ,dengan kelulusan yang mereka ada pada peringkat phd, mereka memegang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan seperti pensyarah,Ketua Pertubuhan Dakwah, Ahli Mufti, panel jawatankuasa Fatwa dan sebagainya. Dengan fahaman yang dibajai dan dipupuk oleh penjajah Inggeris dan Yahudi, mereka telah menyesatkan banyak amalan-amalan yang diwarisi dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Namun syukur , Alhamdulilah kebanyakkan bekas pelajar dan anak didik penjajah Inggeris ini sedar kembali akan pokok pangkalnya akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bahaya fahaman Wahabbi ini. semoga kesedaran ini akan mengiatkan lagi kegiatan agama dan berkembang syiar Islam dari penindasan fahaman Wahabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment