Kita semua sudah tahu keputusan pilihanraya kecil permatang pauh dan pemenang juga mungkin sudah dijangka dari awal lagi. Namun, siknifikan kemenangan DSAI begitu besar impaknya dlm politik negara kita. Ramai yang memperkatakan tentang kewibawaannya sebagai pemimpin dan tidak kurang juga yang menyangkalnya. Walau apa pun,kita tidak boleh menafikan kebolehan DSAI dlm menyuarakan apa jua pendapatnya. Kebolehan beliau mempengaruhi kepercayaan orang ramai memang luar biasa. kalau kita bertanya tentang beliau dgn rakyat, saya pasti ramai y6ang masih lagi menyokong dan mempercayai beliau walaupun ada sedikit peratusan yang meragui akan keupayaannya menjadi pemimpin nombor satu negara.
Esok DSAI akan mengangkat sumpah sbg ahli parlimen di dewan rakyat dan selepas itu mungkin akan menerajui kepimpinan barisan alternatif. Yang menjadi persoalannya, apakah yang telah beliau nyatakan bererapa kali tentang penghijrahan beberapa mp barisan nasional ke kem alternatif akan menjadi kenyataan? Jika ianya hanya gimik sahaja, tak mengapalah. DSAI sendiri akan mendapat malu, tapi jika ianya menjadi kenyataan, apakan akan jadi dengan suasana kepimpinan? Adakah barisan nasional akan menjadi pembangkang yang berhemah atau sebaliknya? Adakah keadaan rakyat sentiasa normal atau akan berlaku pergolakka? Adakah ketuanan melayu masih dipertahankan? Jika tidak nescaya peristiwa 1969 akan berulang kembali. Adakah kerajaan baru akan dapat menyembuhkan ketenatan ekonomi dan politik negara kita yang semakin hari semakin menunjukkan kelemahan?
Banyak persoalan yang timbul tentang tarikh keramat "16 September 2008". Tapi yang pasti, pada tarikh tersebut, genaplah 45 tahun penubuhan sebuah negara Malaysia melalui pakatan Malaya, Sabah dan Sarawak. Walaupun pada dasarnya, kita bersetuju untuk meraikan kemerdekaan negara kita pada setiap 31 Ogos tetapi sejarah negara kita tidak boleh diabaikan.
Jadi, sebagai kesimpulannya, tarikh 16 September memang tarik keramat kerana pada tarikh itulah sebuah negara bernama Malaysia dibentuk dan dimeterai. Peristiwa ini sememangnya fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Namun, keinginan ramai pihak khasnya dari kalangan pemimpin dan penyokong barisan alternatif, untuk melihat peralihan kuasa kepimpinan dan pentadbiran pada hari tersebut..wallahualam..hanya tuhan saja yang tahu.. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, keharmonian dan perpaduan kaum, kita tidak mahu semua kesenangan dan kedamaian ini di pajak gadaikan demi untuk memuaskan keinginan diri yang mungkin akan memudaratkan kepentingan dan kestabilan negara. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita sentiasa dilindungi Allah dari sebarang kesengsaraan dan kekacauan..insyaallah.
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment