Baca dan fahamilah kenyataan yg telah dibuat oleh isteri PM kita...semoga kita mendpt iktibar dan pengajaran darinya...
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan bahawa masyarakat yang memilih semangat perkauman yang fanatik dan menyesatkan bakal berhadapan dengan kehancuran.
Beliau berkata, sejarah telah membuktikan semangat perkauman yang sempit akan hanya membawa bencana dan kehinaan kekal kepada satu-satu masyarakat.
"Janganlah di atas kepentingan sempit peribadi ataupun rasukan semangat fanatik perkauman yang membuak-buak kita gagal melihat pentingnya perpaduan di kalangan warganegara Malaysia yang tercinta ini.
"Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan di ambang kemerdekaan marilah kita menanam semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini,'' katanya.
1 comment:
Salam bro,
Isu kepala lembu kat Selangor tu, kawan pun X berapa nak berkenan.
Tapi yang kawan terkilan kalau orang Melayu buat semua salah...kena komplen. Yang buruk2 terus dikaitkan dengan Umno. Macamlah Umno tu busuk sangat....Kronism, nipotism, ketirisan, perkauman dan berbagai2 lagi....
Walaupun kawan bukan ahli Umno, kawan kenang jasa Umno yang telah 52 tahun "menyenang"kan rakyaat Malaysia....
Bolehkah DSAI cerita sikit dari mana dia dapat kesenangan yang dia perolehi sekarang, mempunyai beberapa buah banglow katanya ada beberapa buah "bunker" dan lain-lain....
Ya lah belajar dulupun bukannya pandai sangat....asyik buat demo aje....Ijazah pun macam X dapat pasal belajar X habis kena tahan.... Masa jadi Menteri Kewangan berapa banyak syarikat kroni2 dia semua projek dapat kat diaorang. Monorail, Phelio, Abrar, Multi Purpose Bank....dll.
Sebab tu sampai kes Liwat yang kedua ni pun dia boleh susun senarai peguambela dia panjang2... Kita nak bayar Manoharan sorang pun X mampu...Inikan pulak Raja Aziz Addruse and the gang....
Kawan pu hairan mcm mana 10 tahun dulu kawan boleh sokong DSAI....Nasib baiklah sekarang dah tersedar.
Bro tolong linkkan blog kawan dengan blog tuan. http://bumiyang.blogspot.com/
Wassallam.
Post a Comment