Petikan Utusan Online 20 Ogos 2009‘Wajarkah saya dipecat’
DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada awal tahun lalu. Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, walaupun sudah melepaskan semua jawatannya pada 2 Januari tahun lalu, namun beliau pada masa itu masih seorang ahli parti. ‘‘Namun hari ini, saya tidak lagi mempunyai parti. Jadi kedudukan saya hari ini lebih teruk berbanding sewaktu saya meletakkan jawatan,’’ kata Soi Lek.
Veteran MCA, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mempersoalkan kenapa tindakan ke atas Soi Lek baru diambil sedangkan skandal seks Soi Lek telah berlalu hampir dua tahun lalu. KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya hari ini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan beliau sewaktu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti awal tahun lalu.
Isu pemecatan: Ada kaitan dengan usaha jatuhkan Tee Keat?
APAKAH pemecatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek daripada MCA bukan semata-mata bersandarkan alasan cakera padat digital skandal seksnya yang dikatakan mencemarkan imej parti?
Atau ia ada kaitan dengan cerita lama iaitu pertelingkahan peribadi beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Orang politik khususnya kalangan ahli MCA sendiri maklum kedua-duanya 'tidak sekapal' sejak era kepimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik lagi. Suatu ketika Tee Keat pernah berada dalam Team B 'diketuai' Datuk Lim Ah Lek manakala Soi Lek sendiri dilihat cenderung ke kem Liong Sik.
Namun jika itu tiada kaitan dan barangkali masing-masing sudah membuka lembaran baru, mungkin populariti Soi Lek di peringkat akar umbi parti dilihat boleh menggugat pengaruh kepimpinan Tee Keat menjadi antara sebabnya Soi Lek tersingkir dari parti.
Tee Keat sebelum ini memberitahu media bahawa dirinya perlu berdepan dengan musuh dalaman dan luaran. Ramai menjangkakan 'musuh' tersebut tidak dapat dipisahkan dengan dua isu iaitu berhubung pertelingkahannya dengan Soi Lek serta pendedahan Tee Keat mengenai skandal PKFZ.
ARKIB : 20/12/2001Tee Keat mungkin dipecat -- Jawatankuasa Pusat MCA bincang tindakan disiplin terhadap Ketua Pemudanya
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA esok dijangka mengenakan tindakan penggantungan atau paling radikal, pemecatan terhadap Ketua Pemudanya, Ong Tee Keat.
Ong, anggota kumpulan B pimpinan Timbalan Presiden, Datuk Lim Ah Lek yang menentang Presiden, berhadapan tindakan disiplin parti berikutan cadangan Jawatankuasa Veteran dalam kertas laporan siasatan pergaduhan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Pemuda MCA pada 3 Ogos lalu.
Tindakan Samy Vellu tidak profesional, kata Subramaniam
23/08/2009 5:58pm
KUALA LUMPUR 23 Ogos — Bekas timbalan presiden MIC Datuk S.
Subramaniam menyifatkan tindakan Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu berkempen untuk seorang calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 12 Sept ini sebagai tidak profesional dan bersikap kebudak-budakan.
“Sepatutnya dia (Samy Vellu) yang mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden semalam, barulah sesuai dia buat kerja kempen seperti itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) cemerlang anjuran Koperasi Nesa di sini, hari ini. - Bernama
Pemecatan boleh jejaskan moral BN
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pemecatan keahlian MCA ke atas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek boleh memberi kesan kepada moral Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan jika tidak ditangani dengan baik.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, apa sahaja isu yang berlaku di kalangan parti komponen BN boleh menjejaskan serba sedikit kepentingan dan imej parti itu.
Petikan dari Malaysiakini.com 28 Ogos 2009
Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.
'Terima Rafizah isteri kedua atau cerai'
Abdul Rahim Sabri
Ogos 28, 09
11:55am
Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.
"Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal.
"Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya."
Mohamad Ali diminta mengulas tindakan yang akan diambilnya terhadap Rohaizat yang menafikan bahawa Rafizah itu isteri keduanya dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil DUN tersebut yang berakhir Selasa lalu.
Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.
Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.
Dihubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesaikan masalah ini.
Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu.
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
1 comment:
Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...
Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.
that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat... siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…saya kenal benar dengan mereka ni…mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!
Abdullah Penegak Kebenaran
Post a Comment