Monday, May 4, 2009

TIDAK MUDAH UNTUK MENAWAN SARAWAK...

Saya suka membaca beberapa petikan akhbar berkaitan dgn politik khasnya yg berkaitan dgn negeri Sarawak. Semalam, sedang saya sibuk menyusun keratan akhbar lama, saya terjumpa satu petikan akhbar Borneo Post bertarikh 1 Disember 2008. Artikel ini sangat menarik kerana ianya diterbitkan tahun lepas dan kebenaran kenyataan dlm keratan akhbar ini jelas ditunjukkan setelah pilihanraya kecil Batang Ai diadakan. Kepada semua rakan2, sila baca petikan tersebut dan bandingkan dgn senario politik Sartawak masa kini.

Tidak semudahnya ‘tawan’ Sarawak
Oleh Patricia Gari

Anwar tiada kredibiliti yang tinggi untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak: Taib

KUCHING: Ketua Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi untuk merealisasikan impiannya mengambil alih pemerintahan negeri Sarawak daripada Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Mana kata dialah, cakap dia. Saya tidak mahu memberi komen tentang perkara ini. Lagipun dia (Anwar) tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk berbuat demikian.

“Impiannya untuk meng-ambil alih kerajaan pada 16 September lalu (2008) juga tidak menjadi.

“Tambahan kejayaan mereka (PR) mentadbir lima negeri di Semenanjung Malaysia pun belum menampakkan keputusannya,” kata Taib kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Taib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika berucap pada Kongres PKR di Shah Alam Sabtu lepas yang mengatakan PKR kini memfokus untuk menguasai Sara-wak menjadi negeri keenam ditadbir pembangkang.

Dalam kenyataannya itu, Anwar juga menggesa ahli-ahlinya di Sarawak agar menggandakan usaha dan memanfaat setiap sumber yang ada untuk ‘mengubah angin’ politik di negeri ini.

Fokus pengambilalihan pemerintahan daripada BN di Sarawak oleh PKR tampak jelas apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah yang baru menyertai parti pembangkang itu, Gabriel Adit diberi peluang berucap pada kongres berkenaan.

Sementara itu Naib Presiden PKR Azmin Ali pada kongres sama berkata: “Peranca-ngan (Putrajaya) diteruskan. Tetapi sekarang kita perlu memfokus kepada Sarawak disebabkan permintaan daripada akar umbi. Yang pasti kita akan melakukan beberapa perubahan.

“Satu lagi kita menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada suku kedua tahun depan.

“Maknanya hanya ada enam bulan lagi sebelum pilihan raya negeri diadakan, sebab itu kami (PKR) memfokus kepada perkara ini,” kata Azmin.

Dalam itu PKR akan meng-adakan perjumpaan besar- besaran di Miri pada 14 Disember ini diikuti di Kuching pada 19 Disember 2008.

Mengenai Mesyuarat Kabinet Negeri, Taib berkata ia adalah mesyuarat biasa dan diadakan selepas mesyuarat sebelum ini iaitu ditangguh berikutan majlis pelantikan semula Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tempoh setahun di Kuala Lumpur Jumaat lepas. “Saya menghadari majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Tun Salahuddin di Kuala Lumpur… saya terpaksa menangguhkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan lebih awal dan ia tidak boleh ditangguh untuk kali kedua.

“Ini adalah mesyuarat kabinet yang biasa. Jika ada perkara penting dibincang atau sebarang keputusan dibuat saya sendiri akan memaklumkannya,” jelas beliau.


Saya rasa rakyat Sarawak sudah cukup jelas dengan pendirian politik mereka iaitu hanya Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak saja yang mampu mentadbir pengurusan dan pembangunan negeri dengan lebih nberkesan dan berintegriti....

No comments: