Thursday, May 28, 2009

Kenapa nak agungkan komunis jahanam?


Bila saya terbaca tentang usaha pihak2 yg tertentu utk membawa masuk pemimpin kejam komunis ke Malaysia. Hanya semata-mata nak meraih populariti dan sokongan rakyat, ada sesetengah pihak sanggup membawa penghianat negara kembali ke Malaysia. Tidakkah mereka ingat akan kekejaman yg telah dilakukan oleh komunis d tanahair kita suatu ketika dulu? Saya menyeru kepada rakyat agar kita menolak pemimpin sebegini yang hanya mementingkan populariti dari menjaga sensitiviti kaum dan kesejahteraan negara. Sebenarnya, mereka inilah pembelot dan pengkhianat negara krn sanggup membelakangankan maruah dan keselamatan negara demi mencari keuntungan diri.

6 comments:

Alizul said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

SangKunang said...

sokong alizul....
sedih dan kesal rasanya ramai kalangan rakyat malaysia yg menyokong kepulangan musuh utama kita satu ketika dahulu itu.
adakah dengan memaafkan chin peng segala luka2 lama rakyat malaysia yg sengsara dahulu terubat?
adakah dengan memafkan chin peng, segala penat lelah, kudrat dan darah pejuang kita terbela?

ayuh lah rakyat malaysia.
pandang lah kehadapan. komunis bukan cara kita.

*kesal dgn org islam yg turut berapi2 menyokong kepulangan chin peng

♥B.P۞HeaVen eYe۞ said...

say no to komunis. jgn biarkan mereka masuk ke malaysia.!

regards,
http://bungaipengrindu.blogspot.com/

Meet Uncle Shah said...

Salam Ziarah,


Mari kita berkongsi pandangan, harap apa yang saya ketengahkan tidak disalaherti.

http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/05/isu-komunis-komunisme.html

SAYANG SARAWAK said...

Alizul,
Tq atas info dr anda. Sememangnya kita patut menentang apa jua tindakan membawa pulang atau memberi pengampunan kepada penghianat negara.

SangKunang,
Mereka telah lupa betapa kejamnya komunis kepada bangsa kita khasnya orang melayu dan Islam. Jgnlah semata-mata nak mencari publisiti murahan, kita sanggup mengadaikan maruah diri.

B.P. Heaven Eye,
Saya sokong anda. Komunis pengkhianat bangsa dan negara.

Meet Uncle Syah,
Insyaalah, saya akan ke sana...

Kucing Parsi said...

emmm

boleh bukak buku sejarah tak

rundingan baling 1955

sapa yang pegi mencium kaki komunis

tunk abdul rahman

hahahah

sarawak miskin lagi. minyak kering

ha ha ha