Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
Salam perjuangan kepada semua pendekar bumi kenyalang yang tercinta..
Terima keputusan SPRM tutup kes - PM
24/02/2009 7:35pm
KUALA LUMPUR 24 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 45 kes rasuah politik yang didakwa melibatkan pemimpin Umno kerana ketiadaan bukti kukuh, harus diterima.
Perdana Menteri berkata SPRM lebih berkemampuan dan siasatannya lebih teliti berbanding siasatan Lembaga Disiplin Umno.
“Kalau SPRM dah tutup (kes), takkanlah Lembaga Disiplin nak terus lagi (siasatan), nak korek lagi. Tapi perkara ini (nak hentikan siasatanya) mesti diputuskan oleh Lembaga Disiplin.
“Tetapi pandangan saya, kalau perkara itu sudah ke SPRM dan ia dah buat keputusan tak ada kes, eloklah kita terima,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Abdullah yang juga Presiden Umno berkata siasatan SPRM diasaskan kepada aduan yang dikemukakan oleh anggota Umno yang tidak menyerahkan laporan itu kepada Lembaga Disiplin.
“Mereka (anggota Umno) memilih (membuat laporan rasuah politik) itu kepada SPRM. Jadi SPRM sudah respon dan buat siasatan dan (keputusan) diumumkan. Kalau kes tutup, tutuplah,” katanya. Sebuah akhbar hari ini memetik sumber SPRM sebagai berkata sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima oleh suruhanjaya itu telah ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.
Sumber itu juga menyebut SPRM tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu.
— BERNAMA
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.
5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.
6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.