Saturday, March 21, 2009

Bumi Ambia tidak akan aman kerana....

Sejak dari dulu, bumi Palestin sentiasa bermandikan darah. persengketaan di antara orang Islam dan Kristian suatu ketika dahulu berlarutan berkurun lamanya, kemudian di susuli dgn pencerobohan pengganas Zionis yg bagai tiada kesudahannya.

Para pemimpin negara2 Arab bagaikan membutakan mata dan memekakkan telinga ttg penderitaan rakyat Palestin. hanya beberpa kerat sahaja pemimpin Arab yg mengambil berat ttg Palestin. Apa yg palin menyedihkan ialah rakyat Palestin sendiri yg seagama tidak dpt sehaluan. Mereka asyik bertelagah krn hanya mementingkan kuasa dan jawatan. Dalam mereka bertelagah, regim Zionis tersenyum lebar dan bertepuk tangan. Kita di sini, bagai nak rak menentang kezaliman zionis terhadap palestin dan bersatu hati serta sanggup menderma mengikut kemampuan namun pemimpin palestin sendiri masih tak sedarkan diri.

Sampai bila mereka sanggup melihat penderitaan rakyat mereka semata-mata hendak mengekalkan kuasa politik mereka. Adakah kepimpinan begini yg diinginkan rakyat palestin? Sesungguh nya hanya perpaduan pemimpin dan rakyat palestin sahaja yg dpt mengubah nasib mereka sendiri.

Apabila saya terbaca berita ttg kegagalan hamas dan fatah utk berdamai, sudah terbayang kerakusan regim Zionis utk menindas rakyat palestin krn mereka tahu kerajaan palestin sangat lemah.

Berikut adalah keratan akhbar yg saya petik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

KAHERAH 20 Mac - Rundingan antara puak-puak Palestin yang bertelagah anjuran Mesir di sini semalam gagal mencapai sebarang persetujuan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, sekali gus menghalang usaha untuk menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.

Kegagalan rundingan antara Hamas dan Fatah itu juga boleh memburukkan lagi perbezaan di kalangan negara Arab menjelang Persidangan Liga Arab akhir bulan ini di Qatar, selepas pakatan Amerika Syarikat (AS)-Asia Barat termasuk Arab Saudi mengharapkan penyatuan di kalangan parti dalam negara Palestin.

Wednesday, March 18, 2009

membuka pekung di dada..

Kita tahu rakyat kini sedang menilai setiap perbuatan, percakapan, tingkahlaku dan tindakan pemimpin-pemimpin parti samda BN atau PR. Namun, masih ramai di kalangan ahli parti samada dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi parti, ada juga yg alpa dan leka dgn permainan politik kuno serta melakukan perkara-perkara yg menyalahi undang-undang serta kemahuan rakyat.

Baru-baru ini, pendedahan ttg amalan rasuah dan kesalahan-kesalahan lain yg telah dilakukan oleh ahli-ahli UMNO begitu mengaibkan kita. sebagai parti terbesar di negara kita, sepatutnya mereka menjadi role model dan menunjukkan kredebiliti kepimpinan yg tinggi dan bermaruah namun apa yg berlaku adalah disebaliknya.

Memanglah tindakan menyiasat dan menghukum individu-individu tertentu adalah satu perkara yg betul dan berani namun pendedahan kpd umum adalah satu tindakan yg mungkin memakan diri. Kini ramai di kalangan rakyat mencemuh kepimpinan parti dan tanggapan negatif terhadap parti serta individu yg tersebut tidak dpt dielakkan. Ada juga di kalangan pemerhati politik kedai kopi mempertikaikan keputusan atau hukuman terhadap beberapa individu tertentu tidak adil seperti "kj" yg hanya di beri amaran sahaja sedangkan "m.a.r" dikenakan tindakan yg lebih keras.

Kini, suasana sudah menjadi kecoh, sudah ada pihak yg mahu "sprm" membuat siasatan dan tindakan tegas terhadap individu yg telah dikenakan hukuman oleh pihak disiplin UMNO. saya harap, pihak UMNO dpt memulihkan kembali kepercayaan rakyat kpd mereka kerana jika dibiarkan, keputusan PRU13 akan lebih mengaibkan mereka..

Tuesday, March 17, 2009

apa kata malcolm mussen..

Saya petik satu kenyataan malcolm mussen yg dipetik dari laman web BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=396422)

SIBU, 15 Mac (Bernama) -- Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai, Malcolm Mussem Lamoh berharap dapat memperkenalkan lebih banyak aktiviti pertanian komersial di kawasan pedalaman ini yang majoriti penduduknya kaum Iban.

"Saya mahu melihat sektor pertanian komersial secara serius agar masyarakat berusaha ke arah menjadi petani komersial.

"Mungkin ada beberapa projek yang boleh dinaik taraf kepada berskala komersial untuk pasaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai rancangannya untuk membantu penduduk di kawasan berkenaan.

Mussem, 49, bekas jurutera Jabatan Pertanian Negeri, memiliki kelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Sistem Pengeluaran dari Warwick university, England dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Beliau berkata kekurangan pengetahuan yang berkaitan menghalang petani beralih daripada pertanian sara diri.

"Dengan keadaan ekonomi semasa, saya percaya ada peluang untuk kita merancang sesuatu yang membawa manfaat, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan hidro Batang Ai.

"Sektor perikanan dan agro-pelancongan adalah bidang yang memberikan pulangan jika diteroka selanjutnya, dengan tujuan memajukannya sebagai perniagaan penting yang lebih tersusun.

"Saya telah pun berkhidmat, mungkin selama lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam, jadi saya tahu benar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini," katanya.

Sementara itu, Mussem berkata beliau bangga kerana dipilih sebagai calon BN/Parti Rakyat Sarawak bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sambil menambah wakil rakyat Batang Ai sebelum ini, mendiang Datuk Dublin Unting, merupakan teman rapatnya.

-- BERNAMA


well, apa komen anda?

mengapa...mengapa..mengapa?....

kita sangat marah bila ada yg cuba memperlekehkan kedaulatan raja-raja Melayu tp tahukah anda siapa yg memulakannya dulu? (melayu mudah lupa).

kita sangat marah bila ada yg cuba mengaibkan pemimpin kita dgn tuduhan yg dianggap tidak berasas dan tidak masuk akal tp tahukah anda siapa yg memulakannya dulu? (melayu mudah lupa).

kita sangat marah bila ada yg cuba merendahkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tp tahukah anda siapa yg memulakannya dulu? (melayu mudah lupa).

tp, mengapa tiada yg berkobar-kobar berdemonstrasi mengenai keruntuhan akhlak remaja masa kini?

mengapa tiada yg berkobar-kobar berdemonstrasi kebanjiran pendatang asing di negara kita?

mengapa tiada yg berkobar-kobar berdemonstrasi menentang budaya sonsang yg di bawa oleh pihak barat melalui budaya (muzik, filem) mereka?

mengapa kita terlalu sensitif mengenai isu-isu remeh tetapi kita mengadaikan masa depan kita dgn mmembiarkan generasi muda kita hanyut dan leka oleh pengaruh budaya sonsang...

adakah kita semua sudah buta dan tidak sedar akan masalah ini yg semain harinya semakin parah?

Wednesday, March 11, 2009

Drama dalam syair....politik oh politik..

Sempena sambutan Maulidurrasul di Ulu Langat baru-baru ini.....











































Malas nak komen....apa kau rasa......ORENNNNNNNNNNNNNNN??????????????????????????????

Lu olang kuat gado luar sana tp lu punya bos makan besar sama-sama..wakakakakaaaaa...

Friday, March 6, 2009

Batang Air dan isu semasa..

Saya terpanggil untuk menyiarkan satu artikel yang saya baca dari link ini http://www.mysarawak.org/2009/02/28/barisan-nasional-boleh-tewas-di-batang-ai-jika-gagal-perjelaskan-isu-ncr.html. Artikel tersebut bertajuk Barisan Nasional boleh tewas di Batang Airjika gagal perjelaskan isu NCR. Saya harap pihak kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian mengenai perkara ini dan memandang remeh akan kekuatan lawan kerana kita telah lihat implikasinya semasa PRU 12 yang lalu.

Kini, kita boleh lihat pihak PKR dan sekutunya telah memulakan serangan mereka bagi mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut. Berikut adalah teks penuh artikel berkenaan.

Barisan Nasional boleh tewas di Batang Ai jika gagal perjelaskan isu NCR

KUCHING: Seorang penganalisis politik tempatan khuatir calon pembangkang akan menang dalam pilihan raya kecil Batang Ai kelak jika Barisan Nasional (BN) gagal memberi penjelasan dan menguruskan sebaik mungkin isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, para pengundi di kawasan yang mempunyai 95 peratus pengundi Iban itu akan menggunakan proses pilihan raya sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan.

“Di Batang Ai isu berkenaan boleh meletup apatah lagi apabila penduduk di kawasan terlibat dengan pemindahan empangan hidro pada suatu ketika dahulu masih lagi mengharapkan kerajaan memberikan tanah kepada mereka untuk aktiviti pertanian mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sepertimana pilihan raya-pilihan raya yang lepas menurut beliau, isu tanah tetap akan menjadi isu.

“Ini kerana isu tersebut sangat dekat dengan hati rakyat (permasalahan yang dihadapi umum terutama pemilik tanah NCR).

“Tanpa penjelasan dan pengurusan isu dengan baik, pengundi-pengundi akan marah kepada calon BN dan membuat undi protes,” katanya.

Beliau menambah, isu tanah sering diperkotak-katikkan pembangkang terutama menjelang pilihan raya.

Bagi penduduk luar bandar isu tanah adalah menyentuh hak milik NCR, manakala di bandar para pemilik hartanah sensitif tentang soal pembaharuan hak milik dan pembayaran premium.

“Jelas bahawa tidak kira di mana jua dan apa sahaja bangsa seseorang itu isu tanah sememangnya dekat dengan hati,” katanya.

Tarikh penamaan calon dan membuang undi untuk pilihan raya kecil Batang Ai, selepas kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot akan diketahui selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pada 4 Mac depan.

Sementara itu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuching Dominique Ng ketika dihubungi mengesahkan isu tanah NCR memang agenda kempen utama pembangkang.

‘Umpan’ pembangkang untuk memenangi hati para pengundi juga bersandar kepada kekurangan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Batang Ai, kata Dominique yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan.

Mengenai calon, beliau memberitahu senarai calon telah dikenal pasti dan yakin pucuk pimpinan PKR akan mencapai kesepakatan dalam memilih calon yang benar-benar layak.

Dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR ialah Ketua Penaja PKR Batang Ai Nicholas Bawin atau bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang.

Bawin bukan orang baru bagi penduduk Batang Ai.

Mendiang Dublin menjadi wakil rakyat di Batang Ai selama empat penggal sejak 1991.

Pada pilihan raya negeri 2006, Dublin menewaskan calon Parti Kebangsaan Sara-wak (SNAP) Nicholas Bawin Anggat dengan majoriti 806 undi.

Setakat September 2008, Batang Ai mempunyai pemilih berdaftar seramai 8,061 dengan 93 peratus adalah Iban.



Kepada semua pemimpin dan ahli parti Barisan Nasional Negeri sarawak khasnya kawasanan Batang Air, jangan leka dengan keselesaan yang anda nikmati selama ini kerana rakyat juga mahu sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan inilah medan yang paling sesuai bagi mereka menyuarakan kehendak mereka. Jangan kita seronok dengan sokongan rakyat selama ini khasnya khasnya selama 4 penggal mendiang Dublin Unting berjaya mempertahankan kawasan tersebut kerana kali ini lawan anda datang dengan semua kekuatan baik dari segi logistik, kewangan maupun publisiti. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..

Sunday, March 1, 2009

Krisis ekonomi global

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai krisis ekonomi. beliau mengatakan sistem kapitalis barat yang mengamalkan pasaran bebas merupakan punca kejatuhan ekonomi dunia masa kini. Saya sgt bersetuju dengan pandangan beliau. Sepatutnya satu mekanisme baru yang lebih baik dan adil perlu difikirkan dengan segera bagi menangani masalah2 yg akan datang. Adalah tidak adil krisis kewangan yang berlaku di negara lain turut mempengaruhi negara lain sehingga nilai matawang negara lain juga turut terjejas akibat permainan spekulasi di pasaran antarabangsa.

Kejayaan Malaysia melalui kepimpinan Tun mahathir melepasi krisis ekonomi tahun 98/99yg lalu patut dijadikan tauladan dan sebagai aras pengukur standard pelaksanaan yang berkaitan dgn isu-isu ekonomi khasnya kewangan. saya percaya, jika semua pemimpin tanahair tanpa mengira fahaman politik, dpt duduk semeja bagi membincangkan isu ini, saya pasti negara kita akan menjadi kuasa besar dalam bidang ekonomi..insyaalah..