BN dan UMNO sebaliknya bersorak kegembiraan dan dgn pantas mengumumkan mereka memopunyai mandat yg cukup utk menubuhkan kerajaan negeri yg baru kerana mereka telah mendapat sokongan dari 2 adun pkr tadi serta dari srg adun DAP disamping menerima kembali adun bota yg telah belot beberapa hari lalu.
Persoalannya, mengapa terlalu pantas mempercayai dan menerima dua adun pkr tersebut sedangkan kita tahu bahawa mereka mempunyai kes dimahkamah iaitu kes menyalahguna kuasa dan rasuah sek? adak mereka mereka telah lupa akan punca kekalahan mereka pada PRU 12 yang lalu. Adakah mereka terlalu kemaruk kuasa sehingga sanggup mengambil risiko?
Saya petik kenyataan Tun Dr mahathir di dalam blog beliau mengenai perkara ini;
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.
5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.
6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.
Fikirlah masak-masak. Walau apa pun agenda disebaliknya, fikirlah masak-masak. bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna"
5 comments:
Saya rasa pihak BN dah memikirkan semasaknya ttg tindakan mereka dan saya pasti mereka juga tahu akan risiko yang mereka ambil. Walau apa pun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku nanti.
kecil-kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan
Sudah menjadi lumrah politik. hari ini hari kau, esok hari aku..
Sayang Sarawak...sungainya sempit.
Salam ukhwah.
Wassalam.
Harimau Menaip.
ps: good blog.
Pendekar, anonymous & harimau menaip,
Sama-samalah kita berdoa agar negara kita sentiasa aman makmur selamanya.
salam. dan terima kasih.
Post a Comment