Sunday, February 8, 2009
politik zombi kampung banana..
Tadi sewaktu tengok cerita zombi kampung pisang, ada beberapa babak cerita tu macam pernah saya baca dan lihat di media-media kita. Kononnya hantu zombi tu dah berjaya menguasai sebuah pekan. keadaan pekan tersebut sangaat kucar-kacir. Dan ada pulak satu babak yang mana ada zombi yang cuba memancing undi rakan zombi yang lain sewaktu pemilihan ketua yang akan datang.
Lantas saya dapat lihat dengan jelas senario tersebut sama seperti apa yang sedang berlaku sekarang. Keadaan politik yang kucar-kacir akibat kepimpinan pemimpin yang berwatakkan zombi pasti akan mendatangkan musibah dan masalah. Beberapa parti pembangkang yang kononnya mempunyai perjuangan yang sama demi membela rakyat, jelas bersandiwara tanpa mempunyai plot yang kukuh. Akhirnya, mereka asyik bercakaran sesama sendiri dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan rakan-rakan politik yang lain demi menyelamatkan survival diri sendiri. Mereka tidak lagi menghiraukan asas perjuangan yang mereka laungkan bersama. Masing-masing cakap besar macam ahli gusti WWE.
Adakah kita, rakyat Malaysia yang berakal dan bertamadun, menerima parti-parti zombi seperti ini? Percayalah, seburuk-buruk BN seperti yang didakwa oleh parti-parti zombi, rakyat Malaysia pasti akan terbela. Kepada semua rakan-rakan sarawak Bumi kenyalang, saya menyeru agar kita sama-sama bersatu menyokong kepimpinan BN negeri kerana survival kita, khasnya orang melayu, amat bergantung kepada merteka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya setuju dgn saudara/ri. Semoga Allah melindungi kita dari diperintah oleh penghianat bangsa dan negara.
Memang benar. Itulah realiti kepimpinan pembangkang.
Terima kasih tuan krn singgah d blog saya.Blog sdr juga telah saya letakan di pelantar blogger rakan-rakan di www.mandatrakyat.blogspot.com/ Terima kasih
Post a Comment