Thursday, January 29, 2009

Perbezaan wahabi dan sunnah waljamaah

Kini kita sering mendengar perkara-perkara atau amalan yg lazim dilakukan semasa beribadah dilabel sebagai bida'ah. Bagi mereka yg cetek ilmu pengetahuan agamanya pasti keliru dengan perkara sebegini. Ajaran Wahhabiyah kini menular sambutan dikalangan muslimin di negara kita. Adakah ini suatu yg baik atau sebaliknya? Wallahualam. Saya terpanggil untuk mengutarakan persoalaan ini setelah membaca satu artikel dari satu laman web iaitu bankwahabi.wordpress.com. Semoga artikel ini dpt memberi kita panduan dan pengetahuan ttg wahabi.

PERBEZAAN DAN PENCANGGAHAN ANTARA AJARAN WAHHABIYYAH DAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH :

1-WAHHABI menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Wahhabi menyatakan: “Allah duduk di atas kursi”.Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh. Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah : Maksudnya: “Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya”( Allah tidak menyerupai makhlukNya dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya).(Asyura ayat:11) Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam.

—————————— 2-Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: “penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”. Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta’ Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah : Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11). Ketahuilah bahawa Allah ta’ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

—————- 3-Ibnu Baz mengatakan bahawa :”zat Allah ta’ala itu di atas arasy”. Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74Makkah Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil sabda Nabi : yg bermaksud:” Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya”. H.R Bukhari Ketahuilah bahawa Allah ta’ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian. Maha suci Allah dari bertempat.

—————- 4-Wahabi mengatakan bahawa Abu jahal dan Abu lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ). Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid, Karang Mohd Basmir, m/s: 16 Riyadh Manakala aqidah ahli sunnah waljamaah pula dalam bab ini dengan berdalil firman Allah dalammenceritakan mengenai Abu lahab Maksudnya: “kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala”. Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.

—————- 5-Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: “pengikut Asya’irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah”. Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam, m/s: 32, terbitan: Riasah ‘Ammah lilifta’ Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: “jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang imaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah”. Pengikut Asya’irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah
dan jamaah

No comments: