Nampaknya kesilapan yang telah dilakukan semasa pilihanraya umum yang lalu masih lagi berlaku. Bak kata Tun mahathir suatu ketika dahulu, "Melayu mudah lupa". Jentera BN khasnya UMNO terlalu angkuh dengan kekuatan yang hanya dapat dinilai dari luaran tanpa mengetahui kekuatan dasar yang dimiliki oleh PR. Kekuatan media yang berat sebelah menyebabkan mereka lalai akan kelemahan mereka. Cara berkempen yang memualkan pengundi masih lagi dipraktikkan. Projek mi segera yang dihambutrkan kepada jelas menunjukkan betapa kuala Trengganu hanya penting semasa pilihanraya kerana sebelum ini memang sukar untuk melihat keriangan projek yang masuk macam pesta.
Isu-isu sensitif seperti kes Altantuya dan perletakkan jawatan Datuk MRK juga memainkan peranan dalam proses penentuan ini. Sampai bila kita menggunakan strategi buli dan angkat bakul sendiri kerana jelas cara ini sudah tiada bisanya lagi. Jika BN ingin menguasai kembali negeri-negeri yang melayang serta dewan rakyat..lu pikirlah sendiri..
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tau takpa..padan muka..
Post a Comment