ARKIB : 30/09/2009Polis Sepanyol temui wang tunai RM22 juta
30/09/2009 4:40amMADRID 30 Sept. – Polis penyiasat narkotik Sepanyol menemui wang tunai sebanyak AS$6.3 juta (RM22 juta) yang ditanam di sebuah pekan di Pulau Mallorca.
Polis Kebangsaan berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi mematahkan rangkaian dadah di kawasan tersebut dan telah menemui wang tunai itu bersama dengan barangan kemas seberat 7.5 kilogram serta permata bernilai AS$8,000 ketika merobohkan sebuah rumah pengedar dadah.
Polis dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam berkata, salah satu daripada peti itu ditanam di bawah rumah anjing di halaman rumah.
Polis turut merampas sejumlah besar heroin, kokain dan marijuana. – AP
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
No comments:
Post a Comment