Wednesday, September 30, 2009

Harta Karoooonnnn.....daaaa......

ARKIB : 30/09/2009

Polis Sepanyol temui wang tunai RM22 juta

30/09/2009 4:40am

MADRID 30 Sept. – Polis penyiasat narkotik Sepanyol menemui wang tunai sebanyak AS$6.3 juta (RM22 juta) yang ditanam di sebuah pekan di Pulau Mallorca.

Polis Kebangsaan berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi mematahkan rangkaian dadah di kawasan tersebut dan telah menemui wang tunai itu bersama dengan barangan kemas seberat 7.5 kilogram serta permata bernilai AS$8,000 ketika merobohkan sebuah rumah pengedar dadah.

Polis dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam berkata, salah satu daripada peti itu ditanam di bawah rumah anjing di halaman rumah.

Polis turut merampas sejumlah besar heroin, kokain dan marijuana. – AP

Tuesday, September 29, 2009

Tahniah...semoga "BN" berjaya kali nih.....

Isa calon pilihan rakyat - TPM


Muhyiddin Yassin serta pemimpin komponen Barisan Nasional mengangkat tangan selepas Mohd. Isa Samad (tengah) dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Batu 6 Jalan Pantai, Port Dickson, semalam.


PORT DICKSON 29 Sept. - Pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Samad, 60, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dibuat atas kehendak akar umbi dan pengundi serta selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehendak rakyat dahulukan dan kehendak pengundi di Bagan Pinang yang mahukan Mohd. Isa sebagai calon telah dikotakan dan utamakan.

"Kita telah teliti, bukan sahaja ditilik malahan kita juga berjumpa dengan pengundi semua peringkat masyarakat dan bertanyakan mengenai calon yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat mereka.

"Maka atas dasar inilah dan mengambil kira semua pertimbangan sedia ada, kita ambil keutamaan rakyat didahulukan dan berharap pengundi di sini terus memberi sokongan padu kepada Mohd. Isa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan nama calon BN pada pilihan raya kecil berkenaan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai di sini petang ini.

Muhyiddin sebelum itu secara spontan bertanyakan tiga kali mengenai siapakah calon yang dimahukan oleh lebih 10,000 rakyat yang hadir dan majlis kemudian bergema apabila kesemua hadirin secara serentak melaungkan nama Mohd. Isa.

Selepas itu, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan secara rasmi nama Mohd. Isa pada pukul 5.25 petang ini.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya kemudian, Muhyiddin menjelaskan, rakyat pelbagai kaum, tidak kira Melayu, Cina dan India menerima Mohd. Isa yang cukup dikenali mereka dan pastinya sokongan itu tidak berbelah bahagi.

"Pengundi di sini sudah lama kenal beliau (Mohd. Isa), beliau begitu mesra dengan orang kampung di sini, populariti beliau tidak dapat dinafikan. Ini adalah kehendak orang tempatan.

"Sebab itulah saya tanya rakyat sebanyak tiga kali sebentar tadi. Saya tak mahu keputusan ini datang daripada saya seorang tetapi juga atas kehendak rakyat. Mereka mahukan Mohd. Isa dan ini membuktikan betapa rakyat yakin dengan kredibiliti beliau," kata beliau.

Kata Muhyiddin, walaupun mungkin dalam sejarah politik, orang akan membangkitkan pelbagai isu yang memburukkan calon BN, namun jentera parti sudah bersedia untuk menjelaskannya sebaik mungkin.

"Dalam sejarah politik, saya sendiri pun ada masalah. Sebenarnya, pengundi di Bagan Pinang, di mana tempat Mohd. Isa dibesarkan, mereka lebih mengenali hati budi beliau.

"Saya tahu pembangkang akan bangkitkan pelbagai isu, kita percaya itu dapat diatasi sebaik mungkin dan kita telah pun membuat keputusan meletakkan Mohd. Isa sebagai calon di Bagan Pinang, oleh itu saya mengharapkan sokongan daripada pengundi di sini," jelas beliau.

Mengenai kawasan di Bagan Pinang ini, Muhyiddin berkata, masih banyak lagi perlu dibangunkan lebih-lebih lagi ia merupakan lokasi strategik pelancongan.

"Kita akan terus bangunkan kawasan ini kerana sebahagian besar kawasan Bagan Pinang merupakan lokasi pelancongan.

"Saya percaya dan yakin Mohd. Isa dapat meneruskan pembangunan di kawasan ini dan dengan pengalaman yang beliau ada, penduduk akan mendapat faedah daripadanya," kata beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Romah Mansor tiba di lokasi pengumuman ini pada 5.30 petang untuk memberi sokongan kepada Mohd. Isa dan jentera parti.

Hadir sama pemimpin komponen BN termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai serta Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin UMNO di semua peringkat di negeri ini.

Berbaloikah...?

1MF1T perlu RM450 juta semusim

KUALA LUMPUR - Bos pasukan Formula Satu (F1) negara, F1 1Malaysia (1MF1T), Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kira-kira RM450 juta perlu dibelanjakan untuk membolehkan Malaysia bersaing di litar F1 selain untuk melengkapkan jadual 19 perlumbaan.

"Kami perlukan RM100 juta hingga RM150 juta untuk membolehkan jentera berada di litar dan kami perlukan (tambahan) RM300 juta bagi melengkapkan keseluruhan persaingan," katanya.

Fernandes, 46, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penerbangan bajet Asia Tenggara, AirAsia, menjadi pendorong utama bagi membolehkan kepulangan Lotus ke sukan itu, yang mengumumkan hasrat mereka untuk berlumba semula minggu lalu.

1MF1T disokong oleh 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd., sebuah perkongsian swasta-awam melibatkan barisan usahawan terkenal tempatan di samping pembuat kereta kebangsaan, Proton.

Fernandes menambah, pasukan Malaysia akan menawarkan pekerjaan kepada 225 orang termasuk pakar aerodinamik dan jurutera bagi kemahiran mekanikal dan elektronik.

Ketika ditanya sama ada dia yakin dalam mencari penaja bagi pasukan, katanya: "Adakah kami gagal setakat ini?" merujuk kepada kejayaan AirAsia sejak pelancarannya pada 2001 untuk menjadi syarikat penerbangan ke-12 terbesar dunia.

Lotus kembali ke F1 selepas bersaing dalam kejuaraan itu dari 1958 hingga 1994.

Pembuat kereta kebangsaan Malaysia, Proton memiliki saham terbesar dalam syarikat itu pada pertengahan 1990-an.

Buat masa ini, pasukan 1MF1T akan berpangkalan di Norfolk, England, dekat kilang Lotus Cars, satu prasarana yang dibina oleh Toyota untuk penyediaan dan pembangunan awal F1 mereka.

Namun kereta pasukan akan dibina, dikeluarkan dan diuji di Litar F1 Sepang yang menjadi tuan rumah perlumbaan GP Malaysia sejak 1999. - AFP

T A H N I A H U. M. N. O.........!!!!!!!!!!!!


Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang

29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini.

Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan

Thursday, September 10, 2009

kasih ibu...rentung...

Anggota bomba dan menyelamat menemui mayat wanita yang masih mendakap bayinya ketika memadamkan kebakaran rumah setinggan di belakang Wisma Naza, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur awal pagi ini. 30 buah rumah hangus dalam kebakaran selama setengah jam itu. - UTUSAN / DJOHAN SHAHRIN SHAH


Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa dan menyediakan persiapan menjelang Aidilfitri, jgn sesekali kita lalai akan keselamatan semua ahli keluarga kita samada di dalam atau di luar rumah. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kejadian kebakaran di kawasan Wisma naza hendaklah dijadikan pengajaran kpd kita utk tidak memperjudikan nyawa ahli keluarga kita dgn membiarkan kediaman kita tidak selamat dan tidak mempunyai alat keselamatan seperti alat pemadam api dan sebagainya.

Wednesday, September 9, 2009

hanya kerana "Pendet".....

SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. - AFP

Sejak kebelakangan ini, Malaysia sering mendapat kecaman oleh segelintir rakyat Indonesia berhubung dengan beberapa isu yang agak sensitif seperti penderaan orang gaji yg berasal dari Indonesia dan baru2 ini berkaitan dengan penayangan tarian "pendet" dlm satu iklan pelancongan Malaysia yg dibuat oleh pihak lain yg lansung tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Isu ini semakin panas apabila beberapa rakyat Indonesia telah mengadakan tunjuk perasaan haram di Jakarta dgn bertujuan utk mencari dan mengusir rakyat Malaysia yg mereka jumpai. Semoga kerajaan kita dpt mengatasi masalah ini krn kita tdk mahu berlaku insiden buruk berlaku ke atas rakyat kita di Indonesia.

Friday, September 4, 2009

KD Tunku Abdul Rahman...

Inilah bukti kehebatan negara kita yg baru 52 tahun merdeka. Semoga negara kita semakin makmur dan berdaulat.....

Scorpene mantapkan pertahanan


kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi


PELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.

Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.

‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.