Sunday, April 19, 2009

Jambatan oh Jambatan

Saya masih ingat lagi semasa detik awal bekas PM kelima memerintah (Tun Abdullah), byk perubahan dan tindakan tegas telah beliau lakukan. Antaranya ialah pembasmian gejala rasuah di kalangan individu berprofil tinggi dan pembatalan beberpa projek mega. Salah sebuah projek mega yg dibatalkan ialah Projek"Jambatan Bengkok". Apabila ini berlaku penentangan bertali arus telah melanda kepimpinan Tun Abdullah pada masa itu dan hampir setiap tindakannya dikecam dgn pelbagai tohmahan dan kempen memburuk-burukkan beliau.

Seperti satu yg sudah diduga, apabila Tun Abdullah melepaskan jawatan tersebut kpd timbalannya, maka beberapa perkara yg tidak direstui oleh Tun Abdullah kini telah diberi perhatian semula dan antaranya ialah idea pembinaan "Jambatan Bengkok". Persoalannya sekarang ialah, adakah jambatan tersebut memang perlu dibina dan jika ya, kenapa Tun Abdullah membatalkannya? Jika usaha membina jambatan bengkok itu dihidup semula selepas Tun Abdullah melepaskan jawatannya, adakah terdapat sesuatu yg diluar pengetahuan kita yg mana pembinaannya perlu disambung semula? Adakah ini bermaksud ekonomi kita sudah pulih atau ada sesuatu disebaliknya? Adakah dgn adanya jambatan ini akan memberi keuntungan yg besar kepada kita dan jika ya, mengapa tidak dilakukan dahulu?

saya rasa Tun Abdullah wajar diberi peluang untuk memberi pandangan beliau ttg perkara ini. Jgnlah terlalu terikut-ikut telunjuk org lain sehingga kewibawaan kita dibayangi oleh org lain.

No comments: