Sunday, August 17, 2008

Bersatu teguh bercerai roboh

31 Ogos nanti genaplah 51 tahun kita telah mencapai kemerdekaan. Berbagai halangan dan cabaran telah kita lalui. Persetujuan dan persefahaman yang dicapai melalui perundingan sesama pemimpin utama negara kita suatu ketika dahulu yang lebih kita kenali sebagai "kontrak sosial" haruslah dihormati. Namun sejak kebelakangan ini berbagai pihak sudah mula berani untuk mempersoalkan beberapa perkara berkaitan dengan kontrak sosial yang sepatutnya tidak timbul jika kita faham akan maksud sebenar persetujuan tersebut diadakan. sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya terpanggil untuk menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada perjanjian tersebut. Saya menyeru kepada semua bangsa melayu untuk bangun dan mempertahankan hak kita sebagai tuan di nanah air yang tercinta ini. Janganlah kita terpedaya dengan hasutan dan janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kekuatan melayu tergugat. Marilah kita bersatu dan berusaha supaya bangsa melayu menjadi lebih maju dalam semua bidang khasnya pendidikan dan ekonomi kerana kedua-duanya merupakan senjata utama untuk kita menjadi tamadun yang agung.

No comments: