Thursday, April 30, 2009

Selamat bercuti...




Saya ucapkan selamat hari pekerja dan selamat bercuti kpd semua rakan-rakan dan rakyat Malaysia. Semoga dpt memberi ruang kpd kita semua utk berehat dan memberi perhatian kpd keluarga kita samada yg dah berkahwin atau yg masih bujang...

Wednesday, April 29, 2009

TAKZIAH BUAT KETUA MENTERI SARAWAK DAN KELUARGA

Takziah buat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) serta keluarga di atas pemergian isteri tercinta iaitu Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib. Semuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau. AL-FATIHAH...

Tuesday, April 28, 2009

4 sistem pengurusan berkesan

Kebelakangan ini negara kita menghadapi krisis kepimpinan dan pengurusan yang agak membimbangkan sehingga menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat akan kebolehan kepimpinan kita untuk memimpin samada di peringkaat pejabat kerajaa, syarikat swasta maupun kerajaan negeri dan persekutuan. Saya telam menjelajahi beberapa laman web dan saya sgt tertarik dgn salah satu artikel yg telah saya baca. Artikel tersebut saya paparkan dlm entri ini untuk bacaan semua. Selamat membaca dan memahami...

EMPAT SISTEM PENGURUSAN

Dengan menggabungkan juga kelas-kelas asas tentang gaya kepimpinan yang berorientasikan tugas dan pekerja, Rensis Liken hersama rakan-rakannya di Universiti Michigan telab membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat peringkat:

Pengurusan bercorak sistem 1, mengikut Likert, dikatakan berkuasa melalui eksploitasi, iaitu pengurus-pengurusnya membuat sendiri semna keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan stafnya untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika pekeria gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya dengan tegas. Pengunis kurang menaruh kepercayaan terhadap para pekerja di bawah arahannya dan pekerja pula merasa takut dan terasing daripada pengurus.

Pengurusan gaya sistem 2 masih juga mengeluarkan arahan-arahan, tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, m engikut kawalan polisi yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan.

Pengurusan sistem 3 pula menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan para pekerja bawahan. Pihak staf juga boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka, oleh sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil oleh para pengurus di peringkat- peringkat pengurusan atasan. Lebih banyak ganjaran digunakan daripada hukuman untuk mendorong staf, dan pekerja diberi kebebasan untuk membincangkan hal-hal kerja dengan pengurus-pengurus mereka yang lebih menaruh kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk melakukan tugas masing-masing.

Likert melihat pengurusan sistem 4 sebagai yang paling melibatkan penyertaan semua ahli dalam kumpulan pekerja di dalam perbentukan matlamat dan penilajan tentang matlamat, iaitu, penglibatan di da~am pengambilan keputusan di semua peringkat, dan pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan masing-masing. Pengurus-pengurus sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penub kepada staf mereka dalam segala hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pengurus juga selalu memberi ganjaran ekonomi sebagai dorongan kerja, berasaskan kepada penyertaan berkumpulan.

Pada amnya, Likert mendapati bahawa pengurus-pengurus yang menggunakan pendekatan sistem 4 di dalam kendalian operasi mereka terdiri daripada mereka yang paling berjaya sebagai pemimpin. Bagi organisasi dan firma yang mengamalkan pengurusan sistem 4,juga didapati paling berkesan di dalam penubuhan dan pencapaian gol-gol mereka, di samping menjadi lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan pada dasarnya oleb darjah penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan yang diberi kepada pekerja berkekalan.

Si tua tak sedar diri..

Hari ini saya terbaca di dalam akhjbar The Borneo Post tentang seorang lelaki melayu berusia 54 tahun di hadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan merogol. Beliau telah dituduh merogol seorang wanita berusia 28 tahun. Beliau telah di tuduh merogol perempuan tersebut di sebuah kedai di kampung dan sekali lagi tertuduh telah didakwa merogol perempuan tersebut di dalam tandas kedai yang sama.

Apa yang menjadi persoalannya ialah kejadian rogol kali kedua yg telah dilakukan di dalam tandas kedai yang sama. Banyak persoalan dan spekulasi boleh kita andaikan namun negara kita mempunyai sistem perundangan yang baik dan saya pasti setiap perbuatan yang jahat akan menerima hukuman yang setimpal...insyaallah..

Friday, April 24, 2009

Kepimpinan

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dari belakang, sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dgn irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi
kepimpinan.

Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan.

Kedua, para pemimpin mempunyai kuasa untuk memberi arahan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tida boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka.

Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boieh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Semoga apa yang telah ditulis di atas dapat membantu kita serba sedikit untuk memahami maksud kepimpinan.

Thursday, April 23, 2009

Bagaimana hendak mengawal emosi...

Baru-baru ini saya telah banyak membacfa artikel2 ilmiah yg telah ditulis oleh rakan2 bloggers dlm blog mereka. Saya sangat terpesona apabila kupasan isu yg diketengahkan menampakkan si penulis sememangnya mahir dan berpengetahuan dlm penulisan mereka dan semestinya mereka adalah antara rakyat Malaysia yg rajin membaca. kali ini saya ingin berkongsi satu entri yg telah di tulis oleh saudara kandot65 (nama pena) dari blog ndangg jak. Beliau telah menulis tentang bagaimana mengawal emosi. Berikut adalah artikel tersebut;

Tips mudah untuk mengawal emosi

* Selalu berfikiran positif & logik

* Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu

* Selalu memberi senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebagai respons

* Membaca petikan, kata-kata, cogankata, peribahasa dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri

* Sentiasa memafkan orang lain

* Selalu berdoa

* Elakkan daripada hidup yang sentiasa tertekan

* Selalu bersenam

* Elakkan daripada bercakap dengan nada yang tinggi

* Mempunyai masa rehat yang cukup


Saya harap rakan-rakan mendapat manfaat dari tips tersebut. Mudahan ianya dpt dijadikan panduan dlm kita berhadapan dgn situasi yg serba mencabar pada masa kini.

Sunday, April 19, 2009

Jambatan oh Jambatan

Saya masih ingat lagi semasa detik awal bekas PM kelima memerintah (Tun Abdullah), byk perubahan dan tindakan tegas telah beliau lakukan. Antaranya ialah pembasmian gejala rasuah di kalangan individu berprofil tinggi dan pembatalan beberpa projek mega. Salah sebuah projek mega yg dibatalkan ialah Projek"Jambatan Bengkok". Apabila ini berlaku penentangan bertali arus telah melanda kepimpinan Tun Abdullah pada masa itu dan hampir setiap tindakannya dikecam dgn pelbagai tohmahan dan kempen memburuk-burukkan beliau.

Seperti satu yg sudah diduga, apabila Tun Abdullah melepaskan jawatan tersebut kpd timbalannya, maka beberapa perkara yg tidak direstui oleh Tun Abdullah kini telah diberi perhatian semula dan antaranya ialah idea pembinaan "Jambatan Bengkok". Persoalannya sekarang ialah, adakah jambatan tersebut memang perlu dibina dan jika ya, kenapa Tun Abdullah membatalkannya? Jika usaha membina jambatan bengkok itu dihidup semula selepas Tun Abdullah melepaskan jawatannya, adakah terdapat sesuatu yg diluar pengetahuan kita yg mana pembinaannya perlu disambung semula? Adakah ini bermaksud ekonomi kita sudah pulih atau ada sesuatu disebaliknya? Adakah dgn adanya jambatan ini akan memberi keuntungan yg besar kepada kita dan jika ya, mengapa tidak dilakukan dahulu?

saya rasa Tun Abdullah wajar diberi peluang untuk memberi pandangan beliau ttg perkara ini. Jgnlah terlalu terikut-ikut telunjuk org lain sehingga kewibawaan kita dibayangi oleh org lain.