Tuesday, March 31, 2009

ada duit ke nak majukan kawasan?...

Saya tertarik dgn satu artikel dlm Utusan Sarawak keluaran 31 Mac 2009 pada m/s 2 yg bertajuk "Pembangkang tidak punyai peruntukan majukan kawasan". Penulis memetik kata-kata YB Joseph Mauh, ADUN Tamin. Beliau mengatakan bahawa walaupun wakil rakyat menerima elaun RM4000 setiap bulan namun ianya jauh dari mencukupi bagi membantu membangunkan kawasan yg diwakilinya. Beliau juga turut mengulas ttg isu penggunaan tanah adat dan menyatakan bahawa pembangunan tidak dapat dilaksanakan di awang-awangan tetapi perlu dibina di atas tanah. Tanpa tanah sesebuah pembangunan tidak dapat dilaksana.

Jika nilai dan fahami betul-betul apa yg telah diperkatakan oleh YB Joseph tadi, memang ada kebenarannya. Bagi mendapat kemajuan dan pembangunan, kita mestilah memberi laluan dan melakukan sedikit pengorbanan agar tanah yg kita miliki dibenarkan utk dibangunkan. Saya percaya pihak kerajaan telah membuat perkiraan ttg ganti rugi yg setimpal dgn kedudukan tanah-tanah tersebut. Jgn lah kita cuba membanding-bandingkan harga tanah di kawasan maju atau bandar kerana nilainya memang berbeza. Jika kita berdegil dan tidak mahu kerajaan mengambil atau menggunakan tanah kita, maka kerajaan tidak dpt membuat pembangunan di kawasan tersebut. Cuba kita bayangkan jika semua penduduk di bandar-bandar tidak membenarkan kerajaan membuat projek pembangunan di kawasan tersebut, saya percaya kita tidak akan mendengar nama-nama bangunan besar, hotel-hotel terkemuka dan pasaraya besar di kawasan tersebut. Maka jd lah kawasan kita sama seperti zaman nenek datuk kita yg baru merdeka.

Jadi saya menyeru agar semua pengundi kawasan N.29 Batang Ai menyokong calon Barisan Nasional bagi kesinambungan kepimpinan dan sekaligus memberi ruang pembangunan yg telah dirancang dpt dilaksanakan menurut pelan yg telah dirangka. Jgn lah anda mudah tertipu dgn hasutan-hasutan org luar kerana mereka tidak tahu akan nilai budaya dan cara hidup kita. Mereka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Waktu dulu, kita tidak pernah mendengar atau melihat kelibat mereka di kawasan kita tp mengapa kini mereka begitu beria-ia nak memperjuangkan keadilan dan hak kita? Jika mereka perihatin, kenapa mereka tidak membantu kita sejak dari dulu lagi walaupun mereka tewas semasa pilihanraya negeri yg lalu? Semoga sarawak dipelihara dari bencana dan kecelaruan orang asing. Kita adalah kita. Hanya kita yg faham ttg kita. Hanya kita tahu cara kita berfikir. hanya kita yg mampu mentadbir kawasan dan negeri kita.

Saturday, March 28, 2009

Budaya "booo" kembali lagi dlm UMNO..

Saya nak tambah sikit jer. Sewaktu Datuk Seri Najib mengucapkan tahniah kepada semua pemenang jawatan tertinggi wanita, puteri dan pemuda umno, jelas kedengaran perwakilan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan mem"boo" individu tertentu. Apa yg jelas ialah setiap kali DS Najib mengucapkan tahniah kpd Khairy maka akan kedengaran beberapa bunyi "boo" dlm dewan.

Kalau anda adalah pemerhati politik yg peka dgn perkembangan semasa, cuba terjemahkan maksud "boo" berkenaan.

Seperkara juga yg menarik perhatian ialah penggunaan perkataan "melilau" oleh DS Najib. Nampaknya terma ini pasti akan menjadi trend sama seperti penggunaan terma "saf" yg digunakannya beberapa hari sebelum ini. Nampaknya DS Najib dah mula menunjukkan impak dan pengaruhnya terhadap perwakilan.

Friday, March 27, 2009

SYABAS DS NAJIB....TUN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO



Sudah lama saya tidak mengalirkan airmata bila mendengar apa-apa ucapan politik tp petang ini saya rasa terharu dan mengharap intipati ucapan penangguhan perhimpunanj UMNO oleh DS Najib dpt direalisasikan.

Beliau dgn tegas meminta semua ahli dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi utk memartabatkan kembali UMNO dan mendengar kehendak akar umbi serta rakyat dgn merealisasikannya melalui perancangan peringkat parti dan kerajaan.

Beliau juga dgn beraninya meminta agar semua ahli samada masih bersama kerajaan atau tidak, samada masih memegang jawatan parti atau tidak..supaya tidak membuat kritikan terbuka tetapi lakukannya secara mesyuarah dan secara tertutup.
Beliau juga meminta dua orang negarawan (Tun Mahathir dan Pak Lah) berganding bahu dgn beliau utk mencari jln penyelesaian terhadap semua perkara yg berkaitan dgn parti dan negara.

Akhir sekali..semua pemimpin diminta mendengar pandangan akar umbi dan turun padang bagi mengembalikan lagi kegemilangan parti UMNO sbg parti politik peneraju yg unggul di Malaysia.
"Tidak ada guna mempunyai jawatan dalam parti tetapi parti tidak dapat memerintah negara"


Saya berharap agar perubahan yg berlaku dlm UMNO akan dpt memberi impak yg positif kpd negara kita. kami di Sarawak sentiasa memerhati perkembangan politik UMNO krn sedikit sebanyak ianya memberi pengaruh kpd apa jua perkara yg berkaitan.

Saya juga berharap semua pemimpin UMNO samada yg memenangi atau tewas semasa pemilihan parti peringkat masing-masing mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka dan Barisan Nasional dan saya juga meminta semua pemimpin UMNO yg terlibat dalam rasuah politik wang mengundurkan diri secara terhormat atau disingkirkan dari parti.

Saya juga sangat terharu apabila Tun Mahathir turun ke pentas utama utk bersalaman dgn semua pemimpin tertinggi UMNO termasuklah dgn Pak Lah. Selepas itu Tun bersama pak Lah dan DS Najib telah berpimpin tangan sambil bergambar bersama-sama. Adakah ini reaksi spontan Tun Mahathir terhadap ucapan dan ajakan DS Najib? Saya rasa, ya. apa yg paling mengembirakan ialah apabila Tun Mahathir dengan rasminya memaklumkan kepada pihak media selepas sesi berkenaan akan menyertai semula UMNO. Ini merupakan satu perkembangan yg positif dan juga merupakan satu moral booster kepada DS najib dlm usahanya menyatukan perpaduan dan kekuatan UMNO.

Thursday, March 26, 2009

Katakan tidak kepada PKR..

Saya sgt tertarik bila membaca salah satu entri dlm blog rajahmas yg bertajuk Anwar juga diaibkan depan pemerhati politik di Batang Ai . Beliau menceritakan ttg tindakan penghuni Rumah Lepang Gerang, Sayat, Engkilili memulaukan kempen PKR dan DSAI.

Tindakan ini nyata sekali penduduk di sana tidak menerima kumpulan pembangkang ini. Sememangnya Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan sepatutnya pemimpin2 BN Sarawak diberi lebih banyak tempat dlm kabinet kerajaan pusat sebagai menteri.

Khairy..against all odd...

Ramai penganalisis politik tanahair sebelum ini telah meramalkan bahawa mukhris mahathir besar kemungkinan akan memenangi pemilihan sbg Ketua Pemuda UMNO namun segalanya tidak seperti yg diramalkan. Kejayaan Khairy Jamaludin, anak kepada Datuk Jamaluddin Abu Bakar (bekas diplomat) dan Datuk Rahmah Abdul Hamid, telah mengejutkan banyak pihak.

Jika kita lihat kempen2 yg berkaitan dgn pemilihan Ketua Pemuda UMNO yg baru lalu, rata-rata melihat kekuatan Mukhris adalah sgt jauh jika dibandingkan dgn Khairy. Ini jelas dilihat semasa beberapa sesi debat terbuka khasnya yg disiarkan oleh pihak media di mana Mukhris telah menunjukkan kematangan beliau dlm mengupas beberapa isu yg berkaitan dgn ekonomi dan sbgnya sementara Khairy hanyalah spt srg penumpang sahaja.

Dalam beberapa blog yg dikendalikan oleh beberapa bloggers tempatan, jelas dilihat kecenderungan mereka memberi kredit kpd Mukhris dan tidak keterlaluan saya katakan ada di antara mereka dgn terang anti Khairy dan menyeru supaya semua perwakilan UMNO khasnya pemuda agar tidak menyokong Khairy (BUDAK TINGKAT EMPAT spt yg selalu di sebut oleh srg ahli politik senior kita).

Namun, Khairy telah berjaya melepasi segala ranjau dan seterusnya memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mengapa ini berlaku? Adakah ini tanda-tanda undi protes terhadap individu-individu tertentu? Adakah para perwakilan pemuda UMNO ingin menterjemahkan keputusan ini supaya org luar khasnya yg telah meninggalkan UMNO dan menikam UMNO dari belakang agar tidak mencampuri hal-ehwal UMNO? Atau adakah para perwakilan Pemuda UMNO menginginkan seseorang yg agressif dlm menangani serta berhadapan dgn cabaran baru politik masa kini? Walau apa pun jawapannya, kemenangan Khairy sememangnya sesuatu yg di luar jangkaan ramai dan penuh dramatik.

Apa yg kita ingin lihat sekarang ialah sejauh mana pihak-pihak yg kalah ikhlas utk menyatukan kembali perpecahan pemuda kerana kita semua sudah maklum bahawa pergaduhan di antara penyokong Khairy dan Mukhris di luar dewan semalam sgt memalukan kita. Jika pihak berkuasa khasnya polis tidak masuk campur..entah apa yg akan berlaku. adakah kita akan melihat perpecahan yg semakin besar sehingga timbul Team A dan Team B dlm pergerakan Pemuda UMNO kelak? Entahlah..hanya masa yg akan menentukannya.

Segala tindak-tanduk Pemuda UMNO pasti akan menjadi perhatian ramai.

Wednesday, March 25, 2009

Keputusan terkini pemilihan wanita, puteri dan pemuda UMNO 2009...

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya menewaskan penyandang jawatan Ketua wanita UMNO iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dengan mendapat 507 undi berbanding 280 undi yg diperolehi oleh Rafidah. Kini saf baru seperti yang diminta oleh datuk Seri najib dari Pergerakan Wanita UMNO telah disempurnakan oleh perwakilan.
Namun ndemikian, pengalaman Tan Sri Rafidash selama 30 tahun memimpin Wanita UMNO haruslah di manfaatkan oleh wanita UMNO bagi mengukuhkan lagi kekuatan parti.

Sementara itu, dalam persaingan merebut Ketua Puteri UMNO pula, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah berjaya memenangi jawatan tersebut. Beliau telah menewaskan Ismalina Ismail, Shahaniza Shamsuddin, Ida Rahayu Md. Noor, Saarah Ali Bashah dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid.
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah berjaya memperolehi 245 undi dari para perwakilan.

Namun keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO amat mengejutkan dan merupakan satu keputusan "upset"..diluar jangkaan. despite segala rintangan , tohmahan dan kempen anti Khairy namun Khairy Jamaludin berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan mendapat 304 undi. Beliau telah menewaskan calon favourite iaitu Datuk Mukhris mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Keputusan ini pasti menjadi bualan dan topik hangat para pemerhati politik tanahair kerana kita semua tahu siapa Khairy jamaludin.

Semoga segala yang berlaku dlm proses pemilihan ini akan dpt membawa satu perubahan yg lebih baik samada kepada UMNO dan juga negara kita..

Tuesday, March 24, 2009

Malcolm mussen vs Jawah Gerang

Pertembungan antara dua calon ini pasti akan menghangatkan lagi senario politik negara kita masa kini namu8n adakah terdapat calon lain yg akan turut bertanding kerana spr telh memaklumkan setakat ini sebanyak lima (5) borang pencalonan telah dibeli melalui tiga individu. sama-samalah kita nanti perkembangan terkini.

Kenyataan dari blog Malaysia-Today.net

Former Lubok Antu MP Jawah Gerang is PKR man for Batang Ai.

Posted by admin
Monday, 23 March 2009 11:24

(The Malaysian Insider) - PKR has named former 5-term Lubok Antu MP Jawah Gerang for Batang Ai contest.

He will face Malcolm Mussen from Barisan Nasional’s PRS.

The outspoken Dayak politician Jawah Gerang was first elected to the Lubok Antu seat in a by-election in early 1990.
He was returned unopposed in the general election the same year, and again in the 1995 elections.

In 1999, he beat David Jemut of Parti Keadilan Nasional.

A Universiti Malaya economics graduate and former supreme council member of the de-registered Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), he was forced to relinquish the seat in the 2008 general elections as it was given to Parti Rakyat Sarawak (PRS), which he did not want to join as he was at odds with its president Datuk Seri Dr James Masing.

Nomination day is March 29 and the by election is scheduled for April 7, together with the Bukit Gantang parliamentary seat and Bukit Selambau state by elections.



Petikan Akhbar The Star Online;

Published: Saturday March 14, 2009 MYT 3:43:00 PM
Updated: Saturday March 14, 2009 MYT 7:52:06 PM
Batang Ai: BN S’wak picks PRS' Malcolm Mussen (Update)
By JACK WONG

KUCHING: The Sarawak Barisan Nasional has uninamously agreed to field Malcolm Mussen anak Lamoh (pic) as its candidate in the Batang Ai by-election on April 7.

Lamoh's candidacy will be submitted by State coalition chairman and Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for approval.

Lamoh, who turns 50 on April 30, is an engineer with the state Agriculture Department since 1984. He is expected to resign from the department next week.

Born in Danau, Engkilili, he graduated from Universiti Putra Malaysia in 1983 and obtained his Master degree in manufacturing systems engineering from University of Warwick, Coventry, UK in 1998.

Lamoh is the sole candidate recommended by Parti Rakyat Sarawak (PRS),a component of the four-member state coalition.