Harga minyak dipam turun antara 10 dan 20 sen seliter lagi mulai hari ini.
Penurunan ketiga sejak kajian pertama harga minyak dibuat 23 Ogos lalu.
Kini rakyat Malaysia semakin yakin terhadap janji-janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak berasaskan kedudukan harga pasaran global.
Tetapi soalnya apakah rakyat benar-benar menikmati penurunan harga minyak itu?
Kita analisis kesan penurunan harga bahan bakar itu kepada rakyat negara ini.
Tajuk analisis kita ialah: MINYAK TURUN..BAGAIMANA HARGA BARANGAN?
Sekali lagi rakyat Malaysia menikmati penurunan harga minyak. Kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan. Apakah kita akan terus menikmati harga rendah bagi petrol dan diesel? Jawapannya bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia. Itulah mekanisme baru penetapan harga bahan bakar itu diperkenalkan kerajaan sejak Ogos lalu.
Apakah kesannya kepada rakyat?
Kini harga bahan bakar itu berada di paras RM2.30 SELITER bagi petrol dan RM2.20 bagi diesel. Tepuk dada, tanya selera.
Ertinya selepas tiga kali penurunan harga petrol dan diesel, harga bahan bakar itu telah dikurangkan sebanyak 40 sen.
Inilah realitinya tanpa bermain politik seperti pihak pembangkang yang menghebohkan untuk menurunkan harga pada harga kurang munasabah.
Kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan non-populis, tetapi berasaskan realiti semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.
Tetapi rakyat terus bertanya kenapa harga barangan tidak turun selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu?
Peniaga nampaknya tidak sedia berkorban, sebaliknya terus mahu mengaut keuntungan.
Walaupun harga bahan bakar diturunkan sebanyak tiga kali dan pelbagai inisiatif disediakan bagi menmbantu golongan peniaga menghadapi kesan kenaikan harga minyak beberapa bulan lalu, harga barangan tidak bergerak ke bawah.
Kenapa perkara ini berlaku?
Peniaga memberikan pelbagai alasan meski mereka sudah diberikan diskaun yang tinggi bagi pembelian diesel.
Kebanyakan peniaga menyalahkan pembekal dan pengeluar yang menyebabkan kenaikan harga barangan.
Apakah benar dakwaan berkenaan?
Bagaimana mekanisme penentuan harga barangan di kilang dan peringkat pemborong?
Kerajaan perlu mengawal harga barangan terutama barangan perlu secara lebih berkesan.
Minggu depan satu lagi perayaan akan berlaku di negara ini.
Para peniaga tidak wajar mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan .
Mereka sepatutnya bersedia menurunkan harga barangan terutama barangan perlu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah membuat persiapan di musim perayaan.
Apakah lagi alasan mereka untuk menaikkan harga?
Harga minyak men tah dunia kini berlegar sekitar US80 setong.
Kita percaya harga bahan bakar itu akan turun lagi ke paras lebih rendah.
Dan tentulah kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel itu di pam selaras dengan kemerosotan harga global.
Usaha kerajaan ini tidak memberi kesan positif kepada rakyat, jika para peniaga terus bersikap tamak dan mahu mengaut keuntungan.
Harga barangan sepatutnya dicerminkan dengan kos sebenar barangan itu.
Kawalan sahaja tidak mencukupi.Kerajaan boleh memeian peranan lebih berkesan lagi dengan mengawal harga di peringkat kilang dan pemborong.
Apakah kita memerlukan pendekatan baru?
Kita muingkin boleh mengambil model mekanisme harga barangan dari negara-negara maju.
Kajian perlu dilakukan supaya harga barangan mencerminkan kos sebenar seperti harga minyak.
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment