Assalamualaikum,
Rasanya ramai pemerhati politik dari segenap peringkat dan tempat telah menyaksikan debat antara Datuk Shabery dengan Datuk seri Anwar. sememangnya perdebatan tersebut adalah sesuatu yang perlu dan baik dalam kita cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu isu. Perjalanan debat hendaklah terurus dengan penuh adab serta memenuhi kehendak tajuk perdebatan. Kedua-dua pendebat semalam telah menyampaikan hujah masing-masing dengan cara yang sangat 'gentleman' tanpa menunjukkan perasaan marah tapi penuh dengan senyuman walaupun terpaksa.
Sekali imbas, sememangnya DSAI menunjukkan kemampuan dan kebolehan yang sangat baik di samping mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentyang tajuk perdebatan. Namun kita harus ingat, datuk shabery pun apa kurangnya. Secara keseluruhannya, debat semalam telah membuktikan kepada kita semua bahawa masih ada jalan untuk kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis tertentu. Kepada pihak kerajaan, kajilah dengan mendalam apa yang telah diperkatakan oleh DSAI dan kepada pihak pakatan rakyat, jadilah pembangkang yang berhemah dan bertanggungjawab dalam memperkatakan sesuatu isu. Bantulah kerajaan untuk menyelesaikan masalah negara khasnya yang berkaitan dengan ekonomi agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak kerana terlibat dalam menjayakan program yang begitu baik.
Bagi rakan-rakan lain di luar sana, sila beri imput anda mengenai perdebatan semalam. Sama da anda setuju atau tidak, siapa saja yang anda sokong, itu bukan menjadi persoalannya. apa yang penting, pandangan yang membina agar kita sebagai rakyat biasa dapat juga menyuarakan pandangan kita sendiri terhadap permasalahan negara kita yang dicintai. Bagi rakyat Sarawak, kita perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa agar kita dapat mencari formula yang terbaik untuk menyelesaikan mana-mana isu yang berkaitan dengan kita di Sarawak.
Salam..............
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sekali imbas, apa yang diperkatakan oleh anwar memang baik dan patut dilakukan tetapi jika kita kaji secara mendalam, ini merupakan jerat yang sangat payah untuk kita lepas jika terjerumus dalam maize ekonomi yang licik.
Negara kita akan kerugian berbillion ringit akibat subsidi minyak yang akan dilaksanakan dan ini pasti akan menjejaskan perancangan pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pelajaran dalam jangka panjang. Apabila dana kita berkurangan, maka banyaklah projek-projek rakyat terpaksa dibatal. Sekarang, siapa yang akan ternganga..?
Post a Comment