Sarawak ialah sebuah negeri yang indah dan makmur. Keluasannya hampir menyamai seluruh semenanjung Malaysia. Pelbagai kaum dan agama mewarnai negeri yang permai ini. Rakyatnya hidup dengan aman dan damai serta perasaan muhibbah wujud sejak dari zaman nenek koyang lagi walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi fahaman politik dan ideologi pentadbiran. Bagi mereka yang tidak pernah tinggal dan bercampur dengan masyarakat jati Sarawak, pelbagai tanggapan yang tidak tepat telah disuarakan dengan persepsi yang salah dan boleh menyebabkan mudarat jika tidak diperbetulkan. Bagi memulakan ruangan blog ini, saya sertakan sedikit info tentang Negeri Sarawak yang dicintai ini agar sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang negeri Sarawak boleh mendapat sedikit manfaat darinya.
No comments:
Post a Comment