Friday, February 27, 2009

Jgn jd samseng..


Kalau nak rakyat percaya dgn kita, maka berlaku adil dan tunjukkan sikap serta sifat yang baik. Jangan kita asyik nak mengata org saja tp kita sendiri apa kurengnya..

Tuesday, February 24, 2009

Kelakar..wakakaka..

Apa dah jadi pak lah oooiiii !!! Patut jugak lah Tun Mahathir buat kecoh..

Terima keputusan SPRM tutup kes - PM
24/02/2009 7:35pm


KUALA LUMPUR 24 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 45 kes rasuah politik yang didakwa melibatkan pemimpin Umno kerana ketiadaan bukti kukuh, harus diterima.

Perdana Menteri berkata SPRM lebih berkemampuan dan siasatannya lebih teliti berbanding siasatan Lembaga Disiplin Umno.

“Kalau SPRM dah tutup (kes), takkanlah Lembaga Disiplin nak terus lagi (siasatan), nak korek lagi. Tapi perkara ini (nak hentikan siasatanya) mesti diputuskan oleh Lembaga Disiplin.

“Tetapi pandangan saya, kalau perkara itu sudah ke SPRM dan ia dah buat keputusan tak ada kes, eloklah kita terima,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata siasatan SPRM diasaskan kepada aduan yang dikemukakan oleh anggota Umno yang tidak menyerahkan laporan itu kepada Lembaga Disiplin.

“Mereka (anggota Umno) memilih (membuat laporan rasuah politik) itu kepada SPRM. Jadi SPRM sudah respon dan buat siasatan dan (keputusan) diumumkan. Kalau kes tutup, tutuplah,” katanya. Sebuah akhbar hari ini memetik sumber SPRM sebagai berkata sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima oleh suruhanjaya itu telah ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Sumber itu juga menyebut SPRM tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu.

— BERNAMA

Monday, February 23, 2009

Giliran Sarawak menanti perhitungan..

Perginya ADUN Batang Ai, datuk Dublin Unting akan membuka lembaran awal dlm percaturan politik Sarawak. Sudah pastinya, pilihanraya kecil bagi menentukan wakil kawasan tersebut akan diadakan. Kini tibalah giliran anak Sarawak utk menentukan wakil mereka. Jatuh bangun mana-mana parti politik kini bergantung kpd kebijaksanaan pemimpin masing-masing.

Kepada keluarga mendiang, takziah diucapkan. sesungguhnya mendiang telah mencurahkan bakti yang tidak ternilai harganya.

Sunday, February 22, 2009

Suara Rakyat

Saya ada mengikuti satu rancangan foruem di channel astro 501 baru-baru ini dan salah satu tajuk yg dibincangkan ialah ttg kehendak sebenar rakyat. Moderator menyatakan kebanyakkan ahli politik samada BN atau PR mengeluarkan statement yg mereka rasa dpt diterima oleh penyokong mereka sedasngkan apa yg sebenarnya berlaku adalah sebaliknya.

Sememangnya apa yg telah diperkatakan memang ada kebenarannya. Kita selalu mengandaikan orang setuju dgn idea atau program yg kita lakukan tanpa menyedasri kehendak sebenar penerima. Sebelum pemimpin mengeluarkan apa-apa cadangan atau kenyataan, sepatutnya mereka membuat tinjauan dari kalangan rakyat dari semua peringkat umur, gender serta tahap pendidikan. Barulah kita dpt membuat satu penilaian yg hampir tepat.

Jgnlah kita mengandaikan rakyat suka dgn kita krn kita telah melakukan tugas dgn baik tetapi disebaliknya mungkin mereka sudah tidak ada pilihan lagi. Semoga pihak pemimpin kita mengambilkira suara rakyat. Buat penyelidikan dgn menggunakankepakaran penyelidik bebas krn rumusannya tidak akan berat sebelah.

Friday, February 20, 2009

TAHNIAH SURUH MENJAYA RASUAH NEGARA HALIMUNAN !!!!!!!

BERBILIUN TAHNIAH KEPADA SURUH MENJAYA RASUAH NEGARA HALIMUNAN DI ATAS LANGIT KERANA DAPAT MENYELESAIKAN SIASATAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN KUASA MENTERI YANG AGAK BESAR SELUARNYA BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN LEMBU SERTA PEMBELIAN DAN PENYELENGGARAAN KERETA RASMI MENTERI YANG AGAK BESAR SELUARNYA. SEMUA SIATAN TELAH SELESAI DAN TERDAPAT BUKTI YANG SANGAT KUKUH BAGI MENDAKWA MENTERI YANG AGAK BESAR SELUARNYA.

SETINGGI TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KERANA LAMBAT MENYELESAIKAN PENYIASATAN TERHADAP DAKWAAN LATUK BERI AHWAR AHIM BERKAITAN ISU CUBAAN MEMBELI SALAH SEORANG AHLI YANG BERHORMAT DARI PARTI PIKAT RAKYAT DENGAN NILAI ADALAH JUTANYA.

BEGINILAH CARANYA KALAU KITA HENDAK MENGALAHKAN PIHAK LAWAN. TAK DAPAT CARA PILIHANRAYA MAKA GUNA SEMUA SALURAN YANG ADA UNTUK TUJUAN PEMURNIAN INI. SAYA CADANGKAN AGAR SATU LAGI SURUHANJAYA IAITU SURUHANJAYA DIRAJA CAKAP BANYAK TANPA BUKTI DITUBUHKAN DENGAN PERKENAN YANG DIPERTUAN AGONG BAGI MEMANTAU KARENAH PIHAK-PIHAK PEMBANGKANG. JIKA TERDAPAT BUKTI, JATUHKAN HUKUMAN DENGAN SERTA MERTA DAN KERUSI PARLIMEN ATAU NEGERI AHLI YANG BERHORMAT TERSEBUT DISERAH SECARA OTOMATIK KEPADA PIHAK YANG SANGAT MEMERLUIKANNYA.

KALAU MASIH LAGI GAGAL, LENYAPKAN MEREKA YANG DIHAJATI DENGAN SERTA-MERTA.

HIDUP POLITIK KONGKANG!!!
HIDUP POLITIK AJAIB!!!
HIDUP POLITIK HALIMUNAN!!!
HIDUP POLITIK KABOOM!!!

SORI YER..KENYATAAN DI ATAS TAKDE KENA-MENGENA KEPADA SESIAPA ATAU SESUATU SAMADA YANG MASIH BERNYAWA ATAU YANG DAH MAMPUS!!!!!!!!!!!!!!!!HANYALAH LUAHAN PERASAAN YANG TERAMAT LOYA DAN @#$%&*

Thursday, February 19, 2009

jatuh-menjatuh

Sejak akhir-akhir ini, trend utk menjatuhkan mana-mana yb dengan cara yg mengaibkan semakin menjadi-jadi. kita pernah digemparkan dgn tuduhan yg mengaibkan terhadap dsai tapi akhirnya digugurkan oleh mahkamah. Pas tu pulak skendal seks srg yb cina dari BN, kemudian kes rasuah seks dan yg terkini, kes gambar bogel.

Beberapa ahli yang berhormat khasnya dari negeri sarawak menyuarakan kegusaran mengenai trend sebegini. mungkinkah satu hari nanti kita akan dihidangkan dgn adegan seks ahli-ahli yb melalui mms atau melalui internet. dgn kemajuan teknologi terkini, apa-apa jua boleh terjadi.

Sememangnya hak privasi individu perlu dihormati tp sbg seorang ahli politik, kita hendaklah menjaga keperibadian serta tingkahlaku kita. Sekiranya kita tersilap, pasti kesilapan itu akan menjatuh kita.

Monday, February 16, 2009

siapa salah..salah siapa..?????

Saya tak nak cakap banyak..dah bosan dgn sandiwara..

1. Mengapa sirul dan azilah nak bunuh Altantuya?
2. Adakah altantuya mengenali mereka dan ada membuat salah terhadap mereka?
3. bagaimana bahan letupan yg sangat tinggi tahap clearance dpt dibawa keluar utk
tujuan tertentu?
4. Siapa beri clearance tersebut?
5. Benarkah sirul dan azilah dijadikan kambing hitam bagi melindungi seseorang yg berprofile tinggi?
6. Apakah kemungkinan ada seseorang yg mengarahkan pembunuhan tersebut dilakukan?
7. Apakah kemungkinan sirul dan azilah bukan pembunuh yg sebenar?
8. Adakah kenyataan RPK ttg kes altantuya yg mengaitkan beberaapa individu berprifile tinggi benar?
9. lojikkah, dua org pegawai polis yg sgt berdisiplin dan cekap sanggup membunuh seseorang yg tidak bersalah dan tidak dikenali?
10. Adakah anda percaya razak baginda dan mr/mrs x tidak bersalah dlm kes ini?